SILA SKROL KE BAWAH UNTUK ARTIKEL TERKINI


Anti-PPSMI: Surat Terbuka Kepada Tun Dr. Mahathir


Salam blogawan.

Kali ini aku ingin paparkan satu artikel yang mungkin agak menarik (bagi sesetengah manusia) terhadap isu PPSMI. Bukan aku yang karangkan artikel ini, tetapi aku salin dari blog seseorang dengan tanpa izin. Harapnya, ini bukan satu kesalahan kerana aku hanya ingin berkongsi. Kebenarannya? Kewajarannya? Kalianlah yang berhak menilaikannya.

Tulisan ini disalin terus daripada seorang blogawan tanpa sebarang pengeditan. Cuma mewarnakannya sahaja :)

Jom kita layaaan...
__________________________________________________


PPSMI: Tun Mahathir.. bertaubatlah sebelum 'wafat'


Oleh: Ali Bukhari Amir

Kepada Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana Tun Dr Mahathir Mohamad. Salam sejahtera dan semoga sihat sahaja. Saya menulis surat kepada Tun kerana ada banyak hal yang kita perlu muhasabahkan bersama. Sebagai umat Islam yang mengaku menjadi umat Muhammad s.a.w, kita mestilah sentiasa memperbaharui taubat.
Sebagai umat Islam yang mengaku menjadi umat Muhammad s.a.w, kita mestilah sentiasa memperbaharui taubat.

Saya menyeru diri saya sendiri termasuk Tun dan kepimpinan Melayu Umno dulu, kini dan selama untuk sama-sama bermuhasabah mengenai sejauhmanakah kita telah berusaha memperbaiki taraf hidup Melayu, Muslim dan bangsa Malaysia seluruhnya.

Mutakhir ini, kita melihat keadaan yang membimbangkan. Khir Toyo mula menyerang Elizabeth Wong dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Saya dapat menghidu semua ini. Selepas kes Eli, maka gambar mereka berdua disiarkan di Agenda Daily. Memang tepat.. Khir Toyo akhirnya menyerang Khalid pula.

Rakyat tahu bahawa saat menjelangnya Perhimpunan Agung Umno, Khir Toyo cuba menonjolkan dirinya sebagai 'bakal' Ketua Pemuda dengan cara menunjukkan kejaguhan beliau menghentam parti lawan.

Walhal, apa salahnya mengorbankan lembu-lembu untuk rakyat. Beliau mengelak daripada memandu kereta rasmi, sebaliknya menggunakan kereta sendiri. Apa salahnya menggunakan peruntukan itu untuk 'maintenance' kereta peribadinya sendiri?

Kalau watak Khir soleh dan warak sangat, tanya semula anak-anak Selangor di Al-Azhar dan Timur Tengah yang terpaksa mengikat perut kerana sukar mendapat peruntukan wang zakat. Banyak betul kalau kita mahu bahaskan hal-hal hipokrit manusia yang bergelar pemimpin ini.

Rakyat tahu, pemimpin Umno rasa cemburu dan iri hati dengan kemenangan Pakatan Rakyat. Hal ini terpaksalah diakui oleh Khir sendiri. Siapa suruh beliau menghadiahkan penyapu kepada salah seorang kakitangan bawahannya?

Wanita-wanita yang teraniaya

Sejarah menunjukkan, sesiapa yang menganiayai wanita-wanita di dalam sesebuah negeri, maka kerajaan mereka bakal diterbalikkan oleh Tuhan.

Kita sama-sama anak Kedah. Langkawi bukan asing kepada kita. Pulau itu pernah ditimpa musibah akibat menghukum Mahsuri tanpa proses keadilan yang benar-benar telus. Sebelum meninggal dunia, Mahsuri bersumpah: "Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama 7 keturunan!"

Doa orang yang teraniaya, khasnya wanita itu jangan kita buat main. Tidak lama sesudah itu, Langkawi diserang dan dilanggar dengan kejamnya.

Anak perempuan Sang Rajuna Tapa dibunuh sultan tanpa diteliti dosa-dosanya, isteri Laksamana Bentan Megat Seri Rama dibunuh cuma kerana mengidam buah nangka raja. Semua ini contoh-contoh klasik.

Bagaimana pula dengan contoh-contoh moderen dan pasca-moderen berhubung kaum wanita yang terbunuh tanpa keadilan ini?

Wanita berdoa menggunakan hati dan perasaan. Kaum Adam menggunakan pemikiran. Sebab itulah doa kaum wanita lebih mudah dimakbulkan Tuhan. Marilah kita lihat dan bermuhasabah, sudah berapa ramaikah wanita-wanita yang terbunuh di dalam negara kita mutakhir ini.

Kita mungkin terlupa nama Mustakizah. Contoh popular ialah Altantuya of Mongolia. Tunggulah azab Tuhan. Najib masih belum menerima pembalasan.

Tapi, mereka ini semuanya dilantik dan terangkat ketika tuan menjadi Perdana Menteri. Tun juga mesti bertanggungjawab termasuk rakyat yang mengangkat Najib melalui undi-undi mereka.

Keadilan sukar ditegakkan bagi kes-kes ini. Mereka sedang ghairah di puncak kekuasaan. Jadi, sebelum kita menyeru anak-anak didik kita bermuhasabah, marilah kita bermuhasabah mengenai hal-hal yang sedikit ringan. Apa kata Tun, untuk kali yang pertamanya, kita berbicara mengenai isu PPSMI ini?

Menjadi amalan khalifah terdahulu, mereka kerap bermuhasabah. Tapi, dalam realiti sekarang.. akhbar-akhbar boleh juga menjadi saluran, sumber peringatan kepada sang pemimpin untuk kembali membetulkan kesilapan mereka.

Hari kematian Tun makin hampir

Tiada siapa yang dapat menduga ajal seseorang. Mungkin Tun akan meninggal dunia esok, lusa, minggu ini, minggu depan, bulan ini atau bulan depan. Kita tidak tahu bilakah maut datang menjemput.

Dan, saya juga risau, jika usia muda saya direnggut sekarang, maka tidak sempatlah saya sampaikan peringatan kepada tuan berhubung maksud kehadiran surat ini.

Maka, sebelum terlambat.. Saya rasa perlulah saya menyampaikan peringatan kepada Tun berhubung isu-isu yang pernah Tun lakukan sepanjang pemerintahan sebelum ini.

Kalau mahu disentuh semua, tentulah panjang berjela. Maka, saya memilih satu perkara sahaja yang rasanya perlulah Tun lakukan sebelum Tun meninggal dunia.

Hal itu berkaitan dengan PPSMI. Umum diketahui bahawa Tun adalah pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini. Jadi, saya dan rakan-rakan amat berharap supaya Tun dapat segera betulkan hal ini melalui kenyataan-kenyataan Tun. Jangan sampai murid-murid dan guru-guru sekolah kita menderita dengan sebab PPSMI ini.

Roh Tun di alam barzakh kelak akan terseksa dengan sebab PPSMI ini. Dasar ini telah banyak memenatkan mereka. Pada era penjajahan, sememangnya keseluruhan murid-murid pada zaman itu terpaksa belajar dengan menggunakan bahasa Inggeris.
Sebenarnya, mereka pun bermasalah dengan matapelajaran mereka itu. Tapi, apabila ditinjau semula, kita masih boleh menerima keadaan tersebut kerana kita belum merdeka sepenuhnya.

Kini.. selepas merdeka, kebanyakan guru, murid-murid dan setiap anggota masyarakat kita tidak dapat menerima dasar tersebut. Dasar ini telah menyusahkan mereka. Di sini, kalau Tun enggan membantah PPSMI, maka padah akan menimpa roh Tun kelak setelah kematian Tun nanti.

Setiap kali mereka merungut dengan sebab kesusahan ini, maka roh Tun akan terseksa mendengar kutukan dan kecaman mereka ke atas Tun. Sekurang-kurangnya, Tun perlu mengeluarkan kenyataan membantah PPSMI ini. Tiada salahnya..

Kenapa dahulu, Tun boleh keluarkan kenyataan bahawa Auku sudah tidak lagi diperlukan, dan sekarang tidak boleh keluarkan pandangan membantah PPSMI? Sedangkan kedua-duanya; Auku dan PPSMI adalah produk dasar yang diperkenalkan melalui gagasan Tun.

Usia Tun sudah lanjut dan hampir menuju ke alam barzakh. Banyak betul yang perlu Tun perbetulkan segera. Saya dan rakan-rakan cuma meminta agar Tun dapat berikan kenyataan kepada kerajaan supaya PPSMI itu ditarik balik pelaksanaannya.

Itu saja. Kami tidak minta lebih-lebih. Sementara waktu yang masih tersisa ini, manfaatkanlah segala waktu dengan membanyakkan muhasabah.

Umno berjiwa Inggeris?

Arakian.. baru-baru ini, saya membeli buku Memoir Shamsiah Fakeh. Termuat di dalamnya beberapa pandangan berhubung perbezaan antara Umno dan PKMM.

Menarik juga sesekali diselak jendela pemikiran watak-watak Melayu berhaluan kiri. Pandangan beliau mengenai Umno adalah seperti berikut:-

Sewaktu aku berada di Kampung Gemuruh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, aku sering ikut dalam pertemuan yang dianjurkan oleh Umno iaitu kependekan dari bahasa Inggeris, United Malaya National Organization.

Sebenarnya dalam bahasa Melayunya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau singkatannya Pekembar, tetapi pertubuhan ini lebih suka memakai nama Umno. Seterusnya, nama Umno saja yang digunakan sehingga sekarang.

Tun.. Nampak kelihatan jelas di sini bagaimana Shamsiah Fakeh tidak senang dengan sikap Umno yang mengenepikan nama pertubuhan Pekembar, bahasa Melayunya sendiri. Pemakaian nama Umno itu sendiri menunjukkan bagaimana Umno terjajah dengan mudahnya daripada sudut pemikiran mereka.

Oh ya Tun..sekarang jam 10:15 malam. Kebetulan ketika sedang menaip kepada Tun ini, mesin faks di tepi saya sedang mencetak surat cabaran daripada Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub kepada Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein. Saya catit sedikit kenyataan yang tertera di dalam surat tersebut..

"Saya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan ini mengemukakan cabaran untuk berdebat dengan YB Dato' Seri sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

"Saya menyerahkan pemilihan tarikh, tempat dan masa yang sesuai kepada pihak YB Dato' Seri dan mencadangkan supaya ianya disiarkan secara langsung di mana-mana saluran televisyen untuk membolehkan rakyat mengadilinya.

"Saya berharap YB Dato' Seri dapat memberikan jawapan dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini."

Tamat isi surat. Tapi, menurut Tun, adakah Hishammuddin itu boleh berdebat? Saya tidak fikir beliau berani. Seorang ahli remaja Putera Umno pernah memberitahu saya tentang sikap Hishammuddin ketika beraksi di atas pentas sebelum berucap dalam Perhimpunan Agung Umno dahulu.

"Dato' Hishammuddin upah budak-budak untuk tepuk tangan kepadanya ketika dia mahu naik ke pentas untuk berucap," kata ahli Putera Umno tersebut.

Bermakna, Dato' Hishammuddin sendiri sedar bahawa beliau tiada sokongan akar-umbi ke atas dirinya sendiri, sehinggakan beliau terpaksa 'mengupah' orang-orang tertentu untuk bertepuk tangan apabila dia sedang berucap.

Sebab itu, saya yakin bahawa cabaran Salahuddin Ayub yang baru saya taip kepada Tun ini tidak akan disambut oleh Hishammuddin. Saya lebih yakin kepada Tun untuk mempertahan PPSMI itu sendiri. Tun mungkin tidak lari.

Sebaliknya, Hishammuddin akan mencari helah nanti. Kalau tak percaya, tengoklah selepas ini. Bukannya mudah Kumpulan Prihatin mahu menyusun pertemuan dengan Hishammuddin.

"Pembantu Hishammuddin akan selalu cakap bahawa jadual menteri tu dah penuh," kata seorang penggiat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP). "Jadi, kami tak dapat ruang untuk turut berbincang dengan Hishammuddin berhubung isu PPSMI ini."

Kemudian, apabila GMP mengajak orang-ramai pakat-pakat turun ke jalan raya, Hishammuddin, Naina Merican GPMS dan juak-juaknya mula menyusun ayat-ayat klise, "Kenapa harus turun ke jalanan. Marilah berbincang secara elok-elok."
Apa Tun rasa kalau Tun berada di tempat saya? Memang mulut dan hati saya jadi jahat dan panas baran tatkala mendengar perkataan seumpama ini. Nak maki, mencarut pun ada.

Tapi, itulah ujian dan dugaan dalam perjuangan ini. Saya memang panas baran. Mamalialah katakan. Lagi pun saya orang muda yang memang disifatkan sebagai 'angry young man; (tetapi sedikit berjiwa romantis).

Saya yakin Hishammuddin akan mengelak pertembungan dengan Salahuddin Ayub. Sehingga surat ini ditulis, saya tidak tahu adakah Tun mahu bermuhasabah terhadap keburukan PPSMI atau masih lagi mahu memperjuang dasar tersebut.

Jika Tun mahu menebus kesilapan, maka saya syor Tun menggantikan tempat Salahuddin dan betulkan semula Hishammuddin (itu pun kalau Hishammuddin berani sahut cabaran Salahuddin).

Tapi, jika Tun tetap tegar pendirian dalam mempertahan PPSMI, maka saya ada syor lain pula.

Antara ramai-ramai Menteri Pelajaran Umno, selain Tun dan Hishammuddin, Tun Abdul Rahman Yaakob adalah sosok yang begitu istiqamah menentang PPSMI.

Jadi, jika debat antara Hishammuddin dan Salahuddin itu terbatal, tertangguh atau ditunda, maka ruang kekosongan itu mungkin boleh diisikan dengan debat antara Tun dengan Tun Abdul Rahman Yaakob. Ini berlaku jika Tun masih lagi tegar mempertahan PPSMI.

Soalan cepu saya kepada Tun, beranikah Tun berdebat dengan Tun Abdul Rahman Yaakob berhubung isu PPSMI itu?

Sekian Tun.. Tun buatlah keputusan dengan bijaksana dan penuh waspada. Jika Tun insaf dengan kesilapan Tun dalam memperkenal PPSMI, maka saya minta Tun dapat menasihati Abdullah Ahmad Badawi, Hishammuddin dan kelompok mereka agar segera memansuhkan PPSMI itu.

Tapi, jika Tun masih tegar dengan pendirian Tun, bahawa PPSMI ini suatu tindakan yang sah, betul dan wajar, maka saya mencabar Tun berdebat dengan mantan Menteri Pelajaran, Tun Abdul Rahman Yaakob sebelum menjelangnya kematian Tun, sebelum ajal datang menyambar maut.

Kalau Tun bijaksana dalam bermuhasabah, bermula hari Tun membaca surat ini, maka hendaklah Tun melakukan solat sunat istikharah, memohon petunjuk kepada Allah untuk mendapatkan petunjuk yang tepat tentang bagaimana yang seharusnya Tun lakukan selepas ini.

Saya berwasiat begini, kerana usia dan hayat tempoh Tun akan berakhir tidak lama lagi. Mungkin juga hayat dan tempoh hayat saya juga tak panjang. Soalnya, yang paling penting.. adakah kita bersedia bertemu Tuhan di Padang Mahsyar kelak untuk bersoal jawab dengan Tuhan berhubung isu PPSMI ini?

Malam ini juga, di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, telah berhimpun segala pimpinan Pakatan Rakyat dalam meratibkan jiwa sengsara rakyat dalam isu PPSMI ini. Dan mereka telah berusaha keras untuk memansuhkan PPSMI.

Harap Tun membuat keputusan dengan bijaksana sebelum ajal Tun menjelang tiba tidak berapa lama lagi.

Syahadan.. Tun, berjuanglah bersama kami.. Mansuhkan PPSMI!



10:57 p.m, 23 Februari
Sekolah Pemikiran Kg Baru


Syor, kritikan dan maklumbalas boleh dimajukan lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com

Anti-PPSMI: Majlis Bacaan Ikrar

Pada hari ini (Isnin, 23 Februari 2009) akan diadakan Himpunan & Ikrar Membantah PPSMI di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur, berdekatan dengan Stadium Merdeka. Program tersebut bermula pada jam 9.00 malam.

Himpunan ini adalah antara momentum awal ke arah Rapat Raksasa Membantah PPSMI anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI di depan Istana Negara pada hari Sabtu, 7 Mac 2009 yang akan datang.

Antara acaranya ialah:

Ucapan penjelasan daripada pihak penganjur
Deklamasi sajak oleh Dinsman dan rakan-rakan

Bacaan ikrar yang diketuai oleh YB Ahli Parlimen Kuala Terengganu

Ucapan kemuncak oleh pimpinan-pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat


PARA PENCINTA BAHASA, BANGSA, & AGAMA DIJEMPUT HADIR!!
  • Para blogger dan pembaca iklan ini sila war-warkannya
  • Warna tema pada himpunan tersebut ialah PUTIH

Anjuran:
Lajnah Pendidikan PAS Pusat

KISAH BENAR: Lembu Untuk Palestin

Salam blogawan.


Tadi aku ada terbaca satu artikel menarik. Ia tentang kisah seorang perempuan tua yang sayu hati mendengar khabar peperangan di bumi Gaza, Palestin. Dia kemudiannya dengan serba kedaifan itu berusaha sedayanya untuk membantu mereka.

Apakah usaha perempuan tua itu? Marilah sama-sama kita ikuti kisah benar yang menarik ini. Semoga kisah ini dapat memberi suntikan kekuatan kepada kita dalam memperjuangkan nasib umat Palestin.

Artikel ini disalin terus dari Harakahdaily tanpa sebarang pengeditan.
____________________________________________________________


Oleh: Azamin Amin

Thu | Feb 19, 09 | 10:35:48 am MYT


Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.

Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

ImageDengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.

Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.

Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.

Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

ImageSebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.

Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."

Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.

"Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.

Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.

Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.

Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.

Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.

Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.

Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!

Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.

"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.

"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaImagean penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.

Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan. - azm


Sekiranya anda bersimpati, sudilah hulurkan sumbangan,demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 1406 9010 0212 98

(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah Arab)


EHEM:

: Ingin aku membuat sedikit pembetulan. 50 Riyal Yaman = RM 1. Jadi 500,000 Riyal Yaman bersamaan dengan RM 10,000. Mungkin penulis artikel di atas tersilap. Walau bagaimanapun, ianya tetap satu jumlah yang tersangat besar untuk seekor lembu tua.

: Bantulah gerakan yang memperjuangkan Islam di negara kita ini demi untuk mendengar suara pembelaan yang lebih bersungguh terhadap umat Palestin.

Valentine Day D'Tv

Salam blogger.



Entri kali ini aku berkenan untuk menyentuh ringkas mengenai hari kelmarin. Kenapa dengan hari kelmarin?

Kelmari
n adalah hari Sabtu. Hari kelmarin bertarikh 14 Februari 2009. Kalian tahu apa yang ada pada hari kelmarin? Ya, rasanya ramai yang mengetahuinya. 14hb Februari adalah Hari Kekasih ataupun yang lebih 'majunya' disebut Valentine Day yang disambut saban tahun oleh masyarakat dunia.

Aku rasa semua sudah maklum bahawa Hari Kekasih ini merupakan sambutan tahunan bagi memperingati seorang paderi yang telah berjasa besar dalam usaha meruntuhkan empayar Islam di Kardova. Malang sekali, ramai umat Islam terutamanya generasi muda terikut-ikut dengan tren barat yang jelas menghina agama Islam itu sendiri. Aku tidak mahu mengulas perkara ini selanjutnya kerana ia sudah termaklum dan sudah ramai pak-pak ustaz yang telah membincangkannya.

Ini yang aku nak leterkan. Pagi kelmarin, kira-kira jam lapan pagi aku on-kan tv untuk menonton sementara menunggu sarapan siap dihidangkan oleh isteri tercinta. Rancangan keudara ala-ala Selamat Pagi Malaysia gitu. Atas sebab-sebab tertentu, aku tidak mahu sebutlah cenel apa yang aku tengok.

Dua pengacara rancangan sedang rancak bersembang mengenai topik pagi itu. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Antara yang diseb
utnya ialah mengenai Hari Kekasih inilah. Sekadar pesanan, mereka berdua mengucapkan selamat buat sesiapa yang menyambut Hari Kekasih. Mereka juga sempat berpesan kepada muda-mudi khususnya yang beragama Islam agar menjaga tatasusila serta adab sopan mereka dalam menyambut hari tersebut. Jangan sampai ada yang berbuat apa-apa yang tidak sepatutnya.

Sekali dengar, memang kata-kata pengacara itu amat murni sekali kan? Tetapi jika diperhalusi, sang pengacara yang petah bermadah itu mungkin
sudah tersilap bicara. Agaknya dalam tidak sedar dia telah tersalah kata. Memang pesanan itu suatu yang baik, namun kenapa dia seolah-olah membenarkan pula sambutan Hari Kekasih oleh penganut Islam? Senang kata macam ni lah: "Tak apa nak sambut pun, tapi jagalah tingkah laku tu, jangan buat menda tak elok."

Dengan berkata demikian, sang pengacara yang kata-katanya itu tersiar ke seluruh negara memberi tanggapan kepada golongan remaja Islam bahawa tiada salahnya menyambut Hari Kekasih, asalkan dijaga tingkah dan laku. Sedangkan sudah berbuih mulut para alim ulama di seluruh dunia menegah umat Is
lam tidak kira tua atau muda untuk menyambutnya. Kerana perayaan itu merupakan satu bentuk penghinaan terhadap agama Islam yang kita anuti. Harap kalian faham apa yang ingin ku sampaikan ini.

Gambar ini disalin dari geniusblog

Jadi, kepada 'orang tv' terutamanya yang muncul di depan skrin aku berpesan, kalian harus berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada dengan setiap patah ucapan yang keluar dari mulut kalian. Kerana kata-kata kalian sangat diguna-pakai oleh para penonton khasnya muda-mudi dan kanak-kanak. Tolong jadikan medium siar-raya kalian itu sebagai alat bantu kepada penonton untuk memahami Islam yang sebenar.

Itu tugas kalian sebagai 'orang tv' dalam menyedarkan masyarakat di tika rancangan-rancangan tv pada hari ini penuh dengan dosa-dosa yang berterusan melekakan para penonton. Jika agenda tv negara kita masih dan terus dengan kelam-kelibut yang tidak mengenal agama, apa akan jadi dengan generasi kita kini dan akan datang?

Lu pikir la sendiri...!


EHEM:

: Sedang aku menaip entri ini, ada sms iklan langganan lagu sempena Hari Kekasih sampai ke inbox hp aku. Duhai malangnya ummah. Dot.

Sumpah Maha Datuk

Kekalahan demi kekalahan,
Kepincangan demi kepincangan,
Perbalahan demi perbalahan,
Perebutan demi perebutan,
Malu dan amat mengaibkan.

Dub-dap jantung mengah berlari,
Senario di hadap semakin runcing,
Dia gusar,
Kalut dia kalut,
Dia tidak akan berputih mata,
Menyerah kalah begitu sahaja,
TIDAK! Bentak dia.

Oh ya, dia seorang 'datuk',
Datuk kematian nenek mungkin,
Datuk yang maha kuasa,
Kuasa yang diadun seenak rasa,
Sesuka hati,
Sepuas nafsu,
Sebati,
Maha rakus,
Dan maha liar.

Orang berkata perihal kuasanya,
Seluruh jajahan maklum sudah,
Datuk kini berubah wajah,
Semakin buas,
Kian menggila,
Jangan seorang pun cuba membantah,
Nescaya buruklah padah,
Dimakan tulah,
Ditelan serapah,
Binasa disumpah.

Ini benar bukan cereka,
Ada yang sudah jadi sesumpah,
Bersalin kulit, warna pula berubah-ubah,
Nun di ceruk kota menjadi katak,
Melompat-lompat bagai si anak,
Di kota juga ada berlaku,
Disumpah menjadi pendurhaka tuanku,
Hatta raja pun sudah beradu lena,
Mungkin tertelan ubat guna-guna,
Yang dibawa oleh inang istana,
Dicampur ke dalam santapan baginda.

Kini datuk kian berkuasa,
Ya, maha kuasa,
Apa dikata akan diiya,
Segala dicita akan dicipta,
Akan dipasti menjadi nyata,
Dengan apa cara,
Dengan segenap kuasa,
"Kun fayakun,"
Kata orang, itulah falsafah datuk,
"Sesat,"
Kata orang lagi.

Inilah hikayat datuk Bijan,
Termaktub dalam kutub persilatan,
Kisah masyhur dijadi tauladan,
Angkara khianat kepada sultan,
Berlaku zalim rakyat jajahan,
Juga menderhaka perintah Tuhan,
Di akhir hayat terima pembalasan.

Mangkat dia tanpa bernisan,
Ditimpa penyakit tiada ketahuan,
Berbintik badan bernanah hitam,
Berbau hanyir kepahit-pahitan,
Tinggal sendirian di mahligai kekuasaan,
Semua pendamping telah menghilang,
Membolot harta, merampas takhta tanpa ihsan.

Akhirnya bertandang gerombolan malaikat,
Bengis muka, berwajah penglaknat,
Merentap nyawa pulang ke Tuhan,
Tertutup sudah pintu taubat.

Pernahkah kalian terbaca akan hikayat maha mual-tragis ini?


antusufi
080209 / 13 Safar 1430
10.30 pagi


Anti-PPSMI; Pelancaran Kempen

Kelmarin. Sabtu. 31 Januari 2009. Tepat jam 3.05 petang aku dengan my bro sampai di hadapan kompleks Sogo.

Sehari sebelum itu aku menerima info via sms yang mengatakan pada jam 3 petang Sabtu akan diadakan demo pelancaran kempen nyahkan PPSMI
di hadapan Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jadi, kebetulan aku sudah berada di KL, aku pun turut tergerak hati untuk menyertainya. Walaupun aku ni bukanlah 'somebody', sekurang-kurangnya dapat juga menambah jumlah mereka yang hadir. Kan :)

Ramai la juga para pejuang baha
sa yang nama mereka sudah menjadi 'samebody' turut hadir menyatakan bantahan mereka. Tak perlulah aku sebutkan nama mereka satu per satu.

Demo yang diadakan penuh dengan gimik kerana mereka, para 'kepala' kempen ini hanya bersantai dengan meminum kopi di kafe di anjung pintu utama Sogo
. Mereka terpaksa berbuat begitu untuk elakkan gangguan daripada pihak abang polis.

Pun begitu, walaupun kempen berjalan dengan lancar, aman, dan tenteram, juga tanpa pembesar suara, abang-abang polis tetap mengarahkan supaya mereka pencinta bahasa agar bersurai. Hmm, duhai apakah nasib. Sebenarnya mereka juga hanya mengikut arahan 'somebody'(?).







Suasana betul-betul lengang pada jam 4 petang. Oh ya! Mekacih banyak-banyak buat alories yang meruangkan masa melayan karenah kami selama 2 hari 2 malam di KL.



Ehem:

: Lagi entri anti-PPSMI di sini
: 2 gambar di atas di kopi dari UNIKA PTS