SILA SKROL KE BAWAH UNTUK ARTIKEL TERKINI


Ni Entri Selingan (kenangan dulu2)

Sebelum aku publish-kan sesuatu yg baru pada minggu depan (iAllah Ahad ini), hari ni aku nak sama-sama berkongsi suatu kenangan dengan kalian (biar la kalo korg tak sudi nak baca pon). Kenangan dulu2. Masa duduk jauh2. Sorang2. Hanya bersama kawan2.

Entri ni didedikasikan buat teman2 seperguruan semasa di Republik Yaman dahulu. Sebenarnya, masa aku nak balik aritu aku tak sempat nak buatkan suma ni kepada kalian. Eh, bukan tak sempat...tp kepala waktu tu 'macam' tak berapa nak betul. Ok, sekarang mari kita membacanya.

Entri yang aku kebas dari blog Bro Ayub, hehehehek.....

-----------------------------------------------------------------------------

1 Syawal 1429H.


Itu Aidilfitri terakhirku di Republik Yaman. Raya terakhir untuk ku di tanah berdebu penuh nostalgia ini. Ya, kali terakhir. Bukan kebarangkalian lagi. Aku yakin. Penuh pasti.


Pagi itu aku singgah sebentar di rumah Watary. Sekilas terimbas kenangan-kenangan di kotak memori. Teman-teman sejalanan di rumah ini yang kini masing-masing telah pulang. Berjuang di medan sendiri. Sekarang, generasi baru yang menghuninya. Junior get ready untuk sebuah pengembaraan ilmi. Aku doakan agar mereka menempa kenajahan hakiki.


Aku kemudiannya menuruni anak tangga bayt Watary satu-persatu. Mengatur langkah ke Restoran Damai yang tidak sampai 50 meter dari bayt Watary. Restoran tertutup berusia hampir setahun itu milik seorang usahawan dari Malaysia. Pak Cik Mohammad panggilan timangannya. Di situlah majlis Aidilfitri yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) akan berlangsung pada pagi 1 Syawal yang ‘damai’ itu.


“Ini raya terakhir,“ getar hatiku.


Sejurus memasuki perkarangan Restoran Damai jiwa terus diusik kesayuan. Terlihatkan teman-teman bermanis muka tanda kemenangan sebulan di madrasah siyam begitu mengheret emosiku. Langsung ragaku berpinar tatkala bertukarnya ucap salam minal ’aidin dengan mereka yang tampak kemas berpakaian meneledani sunnah. Aku juga tak ubah halnya seperti mereka, begitu pada lahirnya. Namun jika tersingkap hijab lahiri itu, jelas sangat berbeza antara aku dengan mereka. Kerana, seperti yang digetarkan oleh hatiku, “ini raya terakhir”.


Benar, itu raya terakhir buatku di Bumi Iman dan Hikmah ini. Justeru dalam masa terdekat ini juga aku sudah menjadualkan untuk pulang ke tanah air, Malaysia. Kembali ke sisi keluarga dan bonda tercinta.


Ahh, bonda.


“Maaf bonda, kepulangan anakandamu ini tidak sebagaimana yang bonda citakan.”


“Namun, Insyallah akan anakanda buktikan kepada bonda seisi keluarga bahawa perjalanan anakanda selama hampir satu dekad di sini tidak sia-sia.”


Itu anakanda semat sebagai janji.


Pagi itu, sahabatku Bilal tampil berdiri segak di hadapan para jemaah untuk menyampaikan khutbah Aidilfiri. Beliau juga selaku ketua kami. Presiden persatuan pelajar yang kami support selama ini. PERMAYA.


Hurm, PERMAYA.


Terlalu banyak nostalgia pahit-manis, hilai-tangis bersamanya untuk dikenangkan. Dari mula berpijak di sini, aku sudah mulai mengenal PERMAYA. Hingga ke hari ini, aku telah penempuhi satu tempoh yang panjang bersama PERMAYA.


Pantas sekali jika ku menjunjung kasih kepada pihak PERMAYA. Terima kasih buat abang-abang dan juga teman-teman yang banyak menghulurkan bantuan serta kerjasama juga tunjuk ajar mereka yang amat berguna bagiku. Banyak pengalaman dan amali hidup bermasyarakat yang dapat aku pelajari daripada kalian. Serius, memang sukar untuk diungkap betapa ku ucapkan penghargaan kasihku kepada kalian.


Allahukbar. Allahuakbar. Allahukbar.


Sebelum solat Aidilfitri yang diimamkan oleh kamcingku, Ustaz Aisar (di kalangan kami beliau femes dengan gelaran Cha), aku sempat duduk bersila menyertai sahabat-sahabat yang sedang asyik bertakbir penuh bersemangat membesarkan zat Tuhan Pencipta. Allah maha besar. Dia maha berkehendak. Dia menggenggam segala apa yang berlaku. Semua Dia sudah tetapkan. Dengan kuasa KUN, serata penduduk bumi dan petala langit sujud, akur dengan-Nya. Semua adalah rahsia-Nya. Apa jua kejadian. Dialah yang maha mengetahui yang terbaik buat hamba-Nya. Buat kita. Juga diriku yang lemah hina ini.


Sungguh, Aidilfitri itu amat-amat mengusik jiwaku. Bagai terpampang episod ilusi di ruang mata. Kenangan demi kenangan tidak henti berkunjung. Tiba sebabak-sebabak tanpaku arah. Ahh, begitu indah walaupun terselit kepahitan di celahnya. Kenangan yang mengajarku arti kehidupan. Kenangan yang bisa mematangkan langkahku di hari mendatang. Yang pantas menunjukki buatku nilai sebuah persahabatan. Kasih sayang dan cinta.


Kepada sahabat dan teman-teman yang mengenaliku atau yang pernah bersua denganku walaupun sedetik ketika berada di Yaman, ku menyusun jemari minta kemaafan. Aku tadah jiwa raga memohon keampunan daripada kalian semua. Aku tahu, dengan kelemahan diri ini, banyak kesilapan yang sudah ku lakukan. Tidak sedikit ketaksiran yang pernahku ciptakan. Bukan sekali keterlanjuran telahku pertontonkan.


Al-maklum, kita bukannya malaikat Tuhan yang jauh dari pencemaran dosa-dosa. Dari itu, kemaafan, kemaafan, dan juga kemaafan yang ku pinta daripada kalian atas segala dosa-dosa. Pasti ianya ujud dalam sedar mahupun tidak. Pemaaf itu sifat termulia para rasul kan? Aku yakin kalian arif tentangnya. Justeru, ampunkan dosa-dosaku.


Ampunkanlah.


Kepada kalian yang masih tegar di bumi perantauan Hud-hud ini, teruskanlah perjuangan murni kalian. Ku seru kepada Tuhan penakluk alam, permudahkanlah sahabat-sahabatku mendalami ilmu-Mu. Kurniakanlah kepada mereka ilmu bermanfaat di dunia juga akhirat. Moga kalian mendapat kemanisan iman serta kehebatan hikmah yang tertanam di tanah kontang ini. Kalian juga jangan terlepas mendoakan ku. Hasanah duniawi hasanah ukhrawi. Itu doa termulia ku fikirkan.


Ohh ya! Hampir terlupa pula inginku berpesan agar sama-samalah kalian terusan mendokong PERMAYA. Itu persatuan kita. Itu sejuzuk dari perjuangan kita. Ahh, itu sudah di anggap keluarga antara kita. Dan ingat, itu sebuah amanah yang ditaklifkan kepada kita. Amanah. Bukannya jalan pintas untuk mencipta nama. Bukan juga pentas untuk operakan drama.


Aku berhenti setakat ini saja. Entri ini persis kata hati. Luahan terbuku yang minta dimengerti. Selagi langit dijunjung tinggi, dan hamparan bumi mengalas kaki, pasti suatu masa kita bersua lagi. Demikian janjiku seizin ilahi.

Renungan: Meraikan Zulhijjah


Setiap tahun apabila tibanya bulan Zulhijjah, orang akan mengaitkannya dengan ‘pengorbanan’. Di masjid-masjid, balasah, akhbar-akhbar, dan di kaca tv pasti akan mengupas tentang roh pengorbanan yang menjadi ‘trade mark’ kepada bulan Zulhijjah. Ianya berselingan pula dengan perbincangan mengenai ibadat haji yang dituntut di bulan tersebut bagi sesiapa yang berkemampuan.

Tentunya semua sudah termaklum tentang peristiwa yang berkait rapat dengan sebuah pengorbanan besar yang berlaku pada bulan Zulhijjah. Ya, peristiwa yang dialami sendiri oleh nabi Allah Ibrahim dan juga puteranya Ismail alaihimassalam. Satu pengorbanan yang membuktikan nilai kehambaan serta ketaatan seorang manusia yang menjadi utusan Tuhan.

Dari sejarah, kita dapat mengetahui bahawa demi kepatuhan kepada perintah Allah SWT, nabi Ibrahim rela serta redha mempertaruhkan putera kesayangannya, nabi Ismail sebagai korban. Begitu juga halnya dengan nabi Ismail, sanggup melalui saat getir menjadi korban penyembelihan demi mentaati Allah SWT. Peristiwa tersebut merupakan ujian kepada mereka sekeluarga. Dari sudut yang lebih luas, peristiwa tersebut adalah aturan Allah sebagai iktibar dan garis panduan buat kita dalam menjalani kehidupan harian.

Peristiwa yang ditempuhi oleh dua orang nabi Allah itu harus dijadikan sandaran ataupun tauladan bagaimana erti ketaatan sebenar yang mesti ditanam dalam diri-diri kita. Ketaatan itu bukan hanya terlafaz di bibir sahaja. Malah, konsep ketaatan kepada Allah SWT itu mestilah mengatasi apa jua yang selainnya.

Bulan Zulhijjah juga adalah satu bulan yang terdapat di dalamnya ibadat haji. Iaitu ibadat yang difardhukan kepada umat Islam yang punyai kemampuan untuk menunaikannya di tanah suci Mekah. Ia menjadi rukun Islam yang kelima. Pada waktu itulah satu perayaan besar bagi umat Islam dilangsungkan. Aidiladha ataupun yang kebiasaan masyarakat Melayu menamainya sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban itu jatuh pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun.

Pada kesempatan kali ini marilah sama-sama kita menelaah sedikit adab-cara atau tatasusila dalam menyambut Aidiladha mengikut perspektif yang dianjur oleh junjungan kita, Muhammad SAW. Aidiladha bukanlah semata-mata hari untuk bersuka-ria dan bergelak-tawa. Ia bukan sekadar hari untuk kita mengorbankan haiwan ternakan. Seeloknya setiap kali tibanya hari raya, kita serikannya dengan perkara yang dianjurkan oleh sunnah Baginda SAW.

Bermula dari hari Arafah (iaitu hari kesembilan Zulhijjah), kita digalakkan untuk bertakbir sebanyak-banyaknya. Terutama sekali selepas setiap kali solat fardhu. Keadaan begini berterusan sehinggalah masuknya waktu solat Asar pada hari raya keempat Aidiladha. Berlainan pula pada sambutan Aidilfitri. Tempoh bertakbir raya untuk Aidilfitri hanyalah dari sesudah solat Maghrib di malam pertama sehinggalah pada keesokkan harinya. Iaitu berakhir dengan solat Aidilfitri.

Pada pagi Aidiladha kita diajar supaya mandi sunat Aidiladha. Seterusnya bersiap untuk sama-sama keluar solat sunat Aidiladha berjemaah dengan memakai pakaian yang paling elok yang kita miliki. Juga dengan mengenakan aroma bau-bauan yang semerbak mewangi seperti semburan atar (bagi lelaki). Bukan hanya kaum Muslimin, malahan golongan Muslimat dan kanak-kanak juga digalakkan untuk bersama-sama bersembahyang dan juga mendengar khutbah Aidiladha di masjid ataupun di kawasan yang lapang seperti padang.

Pada hari Aidilfitri, kita disunatkan agar makan dahulu sebelum ke masjid. Tetapi, pada hari Aidiladha kita disunatkan supaya makan selepas pulang dari masjid (daging korban). Secara ringkasnya, binatang-binatang ternakan yang boleh dijadikan korban ialah unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri, dan kibash.

Semoga percutian kita pada kali ini dilalui seiring dengan roh kehambaan kepada Pencipta segala jadi. Selamat Menyambut Aidiladha al-Mubarak!

Ehem:

Siapa tau macamana rupa kibash? :)

Masa Untuk Kembali

Hurmm...rindu.


Berbulan-bulan aku biarkan blog ni sunyi sep
i. Udah bersawang. Kekadang, terasa macam seolah ada makhluk lain yang menghuninya pun ada. Sebenarnya aku tak ke mana-mana. Ada je kat sini membilang hari, menempuh waktu, mengislah hayah.

Aku duduk diam bertafakkur di sini mencari cinta. Mencipta cinta. Juga menjiwa cinta. Mengertikan diri makna sebuah cinta. Tulus. Mulus. Dan suci. Ya, Dia yang mengurniakannya. Kepada hamba. Kepada dunia. Kepada semesta. Ada kita dengan cinta. Dia mencukupkan kita juga dengan cinta. Cinta khalid kepada makhluk. Apa yang kita peroleh. Yang kita punyai. Yang kita kecapi. Semuanya atas nama cinta.

Emm...Cinta. Kasih. Sayang. Hidup. Ma
ti. MingKa.

Aku berpaling ke kanan. Melepas pandang melepasi jendela cermin sisi pejabat. Kelihatan pelajar-pelajar berada dalam beberapa barisan menghadap seorang guru yang di dalam genggamannya ada sebatang rotan panjang sebesar ibu jari. Di hadapan mereka kelihatan juga talam, pinggan, dan gelas-gelas bertaburan di atas tanah. Sedang apakah mereka itu?

Aku menelah. Membaca situasi itu. Mereka dimarahi guru kerana membiarkan bekas-bekas bekas makan berselerak. Tanpa mencucinya. Tidak membersihkannya. Malas menyusunnya. Mereka didenda. Kelihatan cikgu sedang berleter. Mengangkat-angkat rotan di tangan tanda amaran. Inzar pabila mereka tidak berdisiplin. Mereka memang pantas dihukum. Dek kerana tidak bersyukur. Mereka lupa kepada anugerah cinta. Rezeki yang dikecapi atas nama cinta mereka alpakan. Mereka sepahkan tanpa nilai kesyukuran. Tanpa sifat keabidan. Atau, mungkinkah mereka tidak mengerti? Mustahil guru tidak terangkan ini kepada mereka. Oh, tidak.

Abaikan saja. Coretan warna berlainan itu hanyalah selingan saja.

Kawan-kawan, sekarang aku kembali. Aku tidak lagi mahu menyepi. Sudah bosan aku duduk hanya memerhatikan laman yang kaku ini. Aku mahu kembali bersama kalian, kawan-kawanku. Bolehkah? Atau aku sebenarnya tidak punyai kawan di sini?

Ahh, pedulikan.

Pokoknya aku ingin sekali bersama kalian. Memartabatkan agama dan nusa. Ingin ku luahkan rasa cinta itu mengikut acuan yang ditukang sendiri. Melakarkan keindahan cinta dengan cara ku. Cara mereka yang punyai cinta. Yang memahami cinta. Mereka yang tersingkap hijab cinta. Kerana itu, aku perlukan kalian. Aku ingin bersama kalian untuk bernafas semula. Agar aku perolehi kekuatan untuk menghiasi kembali kamar bersawang ini. Dan akan ku serikannya dengan permaisuri. Serikandi cinta yang akan membawaku ke ruang cinta yang maha Agung.

Cinta agung Sang Ilahi. Ya, pasti tiada dimungkiri. Membawaku tenggelam di alam sufi.



1 Dekad aLwatary (?)

"Haa, satu dekad?"

"Ye la, dari 1998 hingga tahun 2008. Dah seploh tahun la bai. Tu la pasal kitorg ingat nak buat majlis makan2 sikit."

"Ajak kaum kerabat menjamu selera. Tanda kesyukuran la lebih kurang."

"Baru ni persatuan pelajar dah buat sambutan satu dekad mereka, ni geng Watary lak nak buat. Wah! Main angin dengan persatuan nampak, ehehehe."

"Takde la..kebetulan kan. Lagipon dah lama tak ajak kawan2 makan kat umah."


Tup. Tup. Tup. Dah sepuluh tahun rupanya rumah Watary didiami oleh para student dari Malaysia. Tak terperasan lak aku. Separuh dari waktu tu akulah yang menghuninya bersama beberapa teman lagi. Sekarang generasi baru yang mengambil alih. Sampai bila? Masa itu tetap dalam perkiraan Tuhan. Aku tak tau. Kami memperjuangkan semangat kerjasama. Kemuafakatan ukhuwwah. Tiada umpat cela di belakang. Berbaik bicara. Dan yang penting, simple.

Oh ya! Usah me
nghukum pada yang sekilas di mata. Jangan mengherdik pada yang sepintas di pandang. Dekati dan amati, baru la dapat memahami. Ingat pesan ini selalu.

Ha, kat atas tu perbualan aku dengan si alories di YM. Dia salah seorang 'penunggu' rumah Watary dan akan pulang ke Malaysia bila2 masa saja dari sekarang. Katanya, diorang nak bakar ayam. Aku pesan la kat dia agar buat entri N amik gambar skit mase tu. Kat bawah ni aku siarkan entri dan gambar2 mase sambutan satu dekad Watary yang di-copy dari blog alories.
..........................................................................................

Dipetik dari alories blog (tanpa sebarang pengeditan)




1 dekad terlah berlalu untuk umur Al-watary bait…walaupun aku hanya 2tahun menetap di teratak AL-watary nie…macam-macam kenangan yang terpahat disini...malam nie diadakan majlis makan-makan.....tak lama lagi aku mau pulang ke tanah air tumpah tanah tercinta...entah bila pula dapat kembali ke tanah yang penuh hikmah Yemen nie...genarasi demi genarasi telah meningkalkan tanah penuh hikmah Yemen nie....sedih dan gementar pun ada nak pulang tanah air tercinta Malaysia ku....sedeh nak tinggalkan kawan-kawan seperjuangan disini....

Si alories sedang sibuk meng-handle-kan ayam bakarnya :)


Al-watary ada nama rumah yang telah disewa oleh pelajar-pelajar Malaysia di Yemen ni..dah sedekad berlalu..rumah Al-watary tetap disewa oleh pelajar-pelajar Malaysia..tuan rumah pun baik dah anggap kami macam anak-anak sendiri..kadang-kadang time nak bayar sewa rumah boleh lak tanya ada duit nak makan ke tak? kalu tak ada tak yah bayar lagi..BAIKnya laaaa tuan rumah aku nie....


Santapan dalam talam, bisa merapatkan ukhuwwah...
Kalo tak caye, cubalah :D


generasi terdahulu rumah Al-watary ni berbaki tiga orang jew lagi...tapi dah ada genarasi-genarasi terbaru nak join rumah nie...dekat atas nie adalah sedikit gambar-gambar majlis makan malam 1dekad Al-watary bait...Cuma menjamu tetamu dengan ayam bakar..nasi putih berkuahkan sambal CHIANG RAI...hehehe....terima kasih kepada yang terut terlibat dalam menjayakan majlis nie..walaupun santai..kita orang tetap
HAPPY dengan kehadiran tetamu...

SEMOGA UKHUWWAH YANG KITA BINA KEKAL SELAMANYA!

Ehem:

: Usia Blog aLwatary baru satu tahun :)
: Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas
: Rinduu sih kat korangg :)