- Dirembat dari laman PERMAYA Online
Pekan Dairy. Tengah hari tadi, selepas menunaikan solat Jumaat aku menyertai rakan-rakan dari Unit IT PERMAYA Sesi 2006/2007 untuk bersama-sama mereka menghadiri ‘kenduri’ di rumah PERMAYA. Kenduri ini julung-julung kalinya diadakan bagi sesi 2006/2007. Pantas juga disebut sebagai ‘jamuan perpisahan’, fikirku.
“Kita buat majlis makan-makan pada hari ni adalah sebagai tanda penghargaan kepada para petugas PERMAYA Online tahun ini”, ujar Mat Amin dengan tutur pelat Kelantan pabila aku bertanya objektif utama majlis ini diadakan.
Sahabatku Mat Amin, atau nama sebenarnya Muhamad Amin Ismail itu merupakan Timbalan Presiden PERMAYA Sesi 2006/2007. Juga merangkap Pengarah bagi sidang PERMAYA Online pada sesi ini.
Tahun ini aku tidak tersenarai di carta sidang Unit IT. Kerna serasa sudah tak kuasa lagi menguruskan amanah lainnya yang menggunung. Di PERMAYA Online, aku hanya bergerak ‘di bawah meja’. Hulurkan bantuan sekadar termampu di sebalik tabir. Berkongsi secangkir pengalaman yang ada.
Walaupun aku tidak lagi memikul apa-apa jawatan dalam jawatankuasa PERMAYA Online pada sesi ini, tapi mereka turut menjemputku. JazakumulLah khair aku ucapkan buat kalian.
Tadi hanyalah majlis makan-makan. Tiada agenda selain makan-makan. Sambil berbual kosong, kami yang seramai 14 orang jumlahnya hanya makan-makan. Dengan nasi putih berhidangkan lauk-pauk ala selera kampung menjadi juadah untuk kami makan-makan. Pelbagai aneka lauk berulam air Teh-O ais yang memenuhi ruang meja itulah sebagai mangsa pelepasan ‘nafsu liar’ makan-makan kami. Abang Lah yang tersohor dengan jolokan ‘chef power’ oleh sebilangan ahli PERMAYA itu pula menjadi tukang masak bagi majlis makan-makan kami siang tadi.
Di penghujung majlis tersebut, kami dikejutkan dengan satu tragedi mencuit hati. Prraaakk. Seorang rakan yang juga tetamu jemputan seperti aku gedebuk jatuh terjelupuk ke dada bumi. Rupanya satu dari empat batang kaki kerusi yang dia landing tu terpatah. Langsung menyembam ke tanah.
Apa lagi, aksi stunt daripada rakanku itu terus kami sambut dengan hilai tawa. Si ‘mangsa’ pula hanya tersengih selamba. Mungkin tak berapa malu kerana kami dah teramat biasa antara satu sama lain. Roh ukhuwwah sudah meresap sedaging dengan liang naluri dalam persahabatan kami di perantauan ini. Jangan marah yer. Aku bercerita sekadar untuk melahirkan humor kita dalam berukhuwwah.
Walaupun masing-masing terbuai dengan keasyikan penangan menu kampung itu, kami masih lagi berkesempatan untuk bergambar. Hanya sebagai kenangan bersama. Gambar-gambar tersebut ada disemadikan kat bawah entri ini (klik sini untuk lihat gambar).
Di sini aku mencuri sedikit peluang untuk minta ampunan kemaafan daripada rakan-rakan seperjuangan terhadap salah-silap dan apa jua kekuranganku dalam gerak kerja PERMAYA Online. Selama kurang-lebih tiga tahun aku mengikat ‘kontrak’ bersama Unit IT itu. Juga buat sahabatku al-akh Ayub dan Bob yang melangkah seiringan denganku di persada PERMAYA dot org. Syukran atas kerjasama serta bantuan berharga kalian.
Kepada generasi mendatang yang akan merentak perjalanan PERMAYA Online, berhikmah dan bijaksanalah dalam usaha antum meneruskan nawaitu utama tertubuhnya laman rasmi PERMAYA ini. Dakwah Islamiah di ruangan maya bukanlah semudah sangkaan minda. Tidak juga segampang yang terjangka. Justeru, setiap tapak yang dilangkahi itu haruslah sentiasa berjaga-jaga.
Salam perjuangan daripadaku buat semua...
- anTusufi,
11.30 pm,
Jumaat, 22 Jun ‘07,
Republik Yaman.
Dunia
10 years ago
5 comments:
Waaa nampak enak sungguh hidangan itu. Pandai sungguh Abang Lah itu memasak. Rasa saya pun tidak sehebat itu..huhu~
Bila baca artikel ni, teringat sahabat2 sendiri..tapi masing-masing dah bekerja sekarang dan berkahwin pun!
psst: oh ya tercari-cari juga empunya diri yg mengaku mukanya sebiji mcm lakaran lukisan itu. Haha... ;P
Nampak enak..kalo mengecapnya lagi bess..cakap kat adeq hang..bulan depan mula kelas masak..hehh
ehem, psst: tak jumpe ke? dia tu kekadang berwajah lain, ikut cuaca..laakin not animal tau..huhuhu
- anTusufi
Dia sekolah lah. Mana dan. Tahun ni nak SPM lagi. nnt lepas SPM cheq suruh lah.. Itu pun kalo dia nak.
Eh tapi yang pandai masak tu abang Lah bukan hang! hehe...;D
psst: berubah2 eh? hurm... ;P
SALAM,
Kasihan yang jatuh kerusi tu....
waduh...sakitnya terasa sekali.
artikel yang menarik ya...
ini cerita menarik juga
Dia perdengarkan kembali ayat berkenaan. Suasana surau satu masa dahulu kembali menyinsip naluri. Wajah-wajah sahabiah seperjuangan terus menerawang dalam minda dia. Bulatan usrah kembali menggamit diri. Tuhan….kembalikan kekuatan kami. Kembalikan kekuatan diri-diri kami. Kami kadang-kadang terlupa …bukan sikit..tetapi banyak. Air mata dia mengalir lesu. Pilu...dan andai diri terlupa...siapakah yang akan mengingatinya....Bukankah zikir-zikir itu menjadi peneman diri..Bukankah ada Allah sentiasa "Maha Kasih Sayang kepada tiap Hambanya"? Dan teman sejati...saat selawat itu dialunkan..........Nabi kesayangan umat...yang sentiasa bibir nya menyebut Umati..Umati...Umati.................
Kisah di atas cukup memilukan....
http://mardihah.blogspot.com
terima kasih bagi kalin yang sudi menyinggah diri di sana...syukran banyak2..
salam mesra!
Salam...
tetiba teringat nak tanya...
kamu yang berpakaian putih, duduk dihujung meja kan? ;P
Post a Comment