Salam kesejahteraan dunia untuk semua. Para pembaca, penziarah, penyinggah, pengkritik, pendukung, pendorong, penyibuk, dan sesiapa saja yang pandangan ataupun jiwanya pernah menjamah serta menjelajahi blog usang kami ini. Salam penuh penghargaan buat antum (kalian) semua.
Telah kira-kira tiga bulan aku menyepi dari Celoteh Kami ini. Bukan dah melupakannya. Bukan cuba menguburkannya. Tak juga sebab diserang kejemuan. Bahkan, kami mahu saja selalu bersama korang jika berkunjung keluangan.
Sebenarnya, masa sangat tidak mengizinkan. Ruang serasa begitu sempit. Hingga hala jadi sedikit kurang menentu. Dengan kesibukan (?) karenah seharian. Dikalutkan lagi dengan tugas-tugas persatuan. Sebetulnya, idea semacam malu-malu untuk singgah ke kotak minda. Ada pula bisik-bisik mengatakan kami jer yang buat-buat sibuk. Kerja tak setara mana pun.
“Hmm, entah la. Memang camtu lagak dunia kan?”.
Tepikan aja soal tu. Malas nak kami hiraukan benda yang tiada berpenghujung. Janji amanah terpikul kami laksanakan sekadar apa yang ada. Mengikut kudrat yang seizin. Dan Alhamdulillah, walaupun agak perlahan, dapat juga kami mencelah kesempatan untuk bersama korang. Meng-update kamar maya ini. Bersama korang dalam perjuangan siber ini.
‘Gamitan Gelombang Biru’. Itulah inti yang mahu aku celotehkan pada kali nie. Apa la agaknya yang tersirat dalam tajuk tu yer.
Tiada pape pun sebenarnya. Pada musim soifi (panas) tak lama lagi, sebahagian besar daripada geng kami akan berangkat pulang ke tanah air. Balik bercuti. Ambik sepoi bayu Laut Cina Selatan. Cutinya panjang. Mulai bulan Ogos sampailah penghujung bulan Oktober. Kiranya, selepas sambutan Aidilfitrilah baru kembali semula ke bumi Yaman ini.
Aku, Man, Bun, Budin, Hadi, & Usop yang akan pulang. Man ngan Usop hanya pulang bercuti. Bun, Budin, dan Hadi pula akan pulang terus. Kerna telah pun menghabiskan pengajian Ijazah. Tapi mungkin diorang akan pulang agak lewat, dalam bulan 9 atau 10 gitu. Sebab perlu dibereskan urusan syahadah (sijil) terlebih dahulu. Aku pula akan pulang pada bulan tujuh ini jugak.
Diorang yang akan pulang terus tu didoakan agar dibukakan jalan dalam meneruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa, serta bahasa di tanah air tercinta.
“Jangan lupa, carik calon suri rumah dulu bila dah tiba kat Malaysia tu yer...ehehe”.
Kaitan dengan istilah ‘Gelombang Biru’ tu pulak untuk menyatakan bahawa kami yang akan pulang nie semuanya anak jati negeri Darul Iman. Negeri tersebut kan pernah di suatu waktu dulu sohor dengan jolokkan begitu :)
Korang tolong-tolonglah doakan sepatah-dua kepada kami agar terus istiqamah di jalan perjuangan ini. Sama ada di dunia nyata, mahupun di alam maya. Gusar sebenarnya. Kerna perjuangan hakiki kayak itu khabarnya tak terjangka penangannya. Juga tidak terduga ujiannya.
“Allahumma thabbit quluubana ‘ala diinik wa ‘ala to’atik”.
Wahai Tuhan, tetapkanlah hati-hati kami di atas paksi agama-Mu dan juga di atas ketaatan kepada-Mu. – PieKunto

6 comments:
Mahu pulang belaka...bagus tuh..
mana tau PR dalam tempoh terdekat nih...Byk gerak kerja yg mahu dibuat tuh..
Negeri hampa ni byk berubah sejak pertukaran tampok kerajaan. Kalo masuk kusza, tiada lagi kemanisan & ketenangan seperti selalu..
Ada ka patut sekarang 2 blok asrama dalam diberi pada muslimin walhal ada muslimat masih dok luar...
apa lagi bercampur gaul lah dekat cafe tuh laki & puan... berjanji temu dan mcm2 lagi...sedih melihatkan hal ini.
psst: eh antusufi itu gelaran mr bun ka? saja tanya.. ;P Apa pun selamat berjuang utk semua anak2 ganu!
PR (PilihanRaya)? ha`a..mmg byk tugas yg perlu dibuat...kami mmg sentiasa bersama mereka yg mahukan kebenaran samawi(sapa tuu??;)...tapi perlu dibereskan satu PR yg masih tertunggak..iaitu PR (PilihRegu)..ada paham ka? hahaha..
Alaa..bese la tu..bila dah kerajaan bertukar..pastu tampuknya jadik berbeza, hehh..
Mungkin geng Muslimin tu dah booking awal² kut..dan nak bagi pihak Muslimat belajar berdikari...ni tak, asyik² kitorg yg kene lepak luar...(eh, salah ke?) hehee..
Cafe tak byk kut...student lak kian bertambah..camne nak atasi.
ehem: aku? anTusufi? mr. Bun? Ntah..kalu hang paham perenggan ke 8 tu...mungkin soklan tu tak timbul, hehh...tima kasih atas doa hang tu..moga kita suma tergolong dalam doa tu :)
- anTusufi
salam...
sebenarnya idea untuk menulis bukan senang juga ya..apatah lagi blogging cenggini...
ape pun......selamat berurusan dengan apa sekali urusan dan sentiasa menjalani ibadah dgn bahagia..insyaAllah.....
Ya..semoga hati-hati kita ditetapkan juga......:)blog yang usang namun ia berharga...tetap menjadi satu kenangan buat semua sekali...
jazakallahh
OOoo oooo...baper banyak nama samaran hang ada? piekunto hang gak ka? konpius aku...haha...
takpalah... ;) nanti aku suh dektetif indigo siasat. huhu..~ okeh..
salam perjuangan!
mardihah
Mmg setiap perjuangan itu pasti ujud kesusahan seiringannya...nak² perjuangan untuk martabatkan kebenaran samawi...jadi, selalulah kita mendampingi-Nya..mudahan Dia yang maha Esa membuka pintu keringanan dalam perjuangan kita :)
Terima kasih atas setiap ucap kata :)
tinta
hehh..nampak cam hang dah paham tu..elok la:) ...aku hanya bertiga wajah, tak byk pon...sumenya berada dlm teratak maya nie...
Detektif Indigo? hang ade skandal ngan si Faisal Tehrani ke? hehehe..
ehem: bayangan Gelombang Biru dah semakin hampir..sudah kedengaran deru hempasannya ;)
Salam,
Selamat kembali ke Malaysia...pastinya lambaian semua kenangan dan wajah kesayangan menjelma dalam setiap inci kepala....Semoga barakah...
Allahumma salli ala muhammad'
Ahlan wa sahlan ya akhi.....
welcome bac to malaysia....
perjalanan jauh tak ku rasa..
kerana hatiku melonjak sama...
ingin berjumpa sanak saudara
yang selalu bermain di mata...
:)
Post a Comment