29 Ogos 2007, 9 pagi.
Malam tadi cuaca agak mendung. Dari Maghrib lagi langit udah kelihatan gelap. Tiada sinar rembulan. Malah, kelibat bulan pun tidak kelihatan. Menyorok diam di balik awan likat kehitaman. Hanya sesekali menjengahkan diri. Bintang-bintang juga tidak menjelmakan kerdipan indahnya. Malam tadi hanya awan hitam likat yang menguasai segala perhiasan langit.
Malam tadi, seusai saja solat sunat gerhana bulan berjemaah di masjid, Tok Khatib melangkah naik ke mimbar. Bersedia untuk membaca teks khutbah gerhana bulan yang disediakan. Jemaah tak ramai yang datang. Bebudak tadika kemas pun mampu mengira jumlahnya.
Malam tadi sekali lagi Tuhan menunjukkan kekuasaan-Nya. Demikian ucap Khatib. Gerhana bulanlah sebagai ayat-Nya. Justeru, kita selaku manusia harus berfikir seketika. Adakah kejadian alam itu mempunyai kaitan ataupun tidak dengan Sang Pencipta. Sebetulnya itulah tugas kita. Bukan hanya mendengar dengan mata yang pekak membuta.
Malam tadi menceritakan bahawa tiada kekuasaan yang dapat membatasi mahu Tuhan. Tidak bulan. Tidak matahari. Tidak juga segala isi alam. Termasuklah makhluk kerdil bernama manusia.
Malam tadi mengkhabarkan seandainya bulan yang hebat itu tidak mengikut peraturan-Nya, maka akan malaplah sinarnya. Si matahari yang pernah diagungkan sebagai tuhan itu pula sekiranya ingkar dengan fitrah dan hukum yang telah ditetapkan, akan tawarlah sengatan baranya.
Malam tadi seolah terdetik sesuatu; Bagaimanakah pula dengan manusia? Dapatkah kudrat manusia menandingi kilauan bulan menyuluh malam hari? Mampukah manusia melebihi kehebatan si matahari membakar keringat bumi? Itu kalam Tuhan. Menanyakan fikiran hamba-Nya manusia.
Malam tadi juga ada Pak Khatib bacakan serangkap ayat dari Kitab Suci. Sesungguhnya pada penciptaan petala langit dan lapisan bumi, serta silih pergantian malam dan siang itu terdapat tanda-tanda bagi mereka yang akur berfikir. Lupa pula aku ayat tersebut dipetik dari surah mana. Berfikir. Ulul albab bunyinya kalau diikutkan kamus kerajaan bestari Darul Iman kini. Berfikirlah.
Malam tadi akhirnya tercurah juga deraian hujan yang sedari Maghrib lagi memberati awan ketika jam hampir pukul 10 malam. Banyak sudah ‘tanda’ diturunkan. Disaksikan Tuhan di hadap kita. Masih belum mahu kamu berfikir wahai ulul albab?! Salam sufi...
Ehemm:
: Lokasi masjid terpaksa dirahsiakan atas sebab keselamatan :)
4 comments:
Salam tuan rumah,
Setiap penciptaan dan kejadian itu, pasti ada rahsia di sebaliknya.
Apa pun petang semalam hingga ke malam hari cuaca dingin saja. Hujan yang mencurah tu begitu menyejukkan hati saya yang sedang membara..haha..
psst: itu gambar yang diambil kelmarin ka atau sekadar penghias kulit? Heh! Gambar itu cantik bangat..
salam ziarah,
munzu zaman ana la azuru ila hazihi blog, waatamanna lakum bittaufiq ilaka waila ittihad attalabah al-maliziyyin fi yaman.
p/s: sallim ila akhi, ismuhu hakimi wa fadhli min biraq.syukran 'ala musa'adatikum.wslm
salam,
baru saya dapat menjengah ke laman alwatary...kesibukan sedikit, meski pernah janji untuk segera berikan komen2 banyak2...
Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat dan dalam penulisan...insyaAllah.
Setiap malam yang dijadikan adalah satu keindahan bukti kebesaran tuhan. Malam memberikan maksud, percaya kepada setiap pusingan siang dan kehidupan. Semoga sentiasa kita merenung keajaiban ciptaan Allah..
Ameen
Salam untuk semua...thanx ya sudi menjenguk kami ;)
tintahati
Elok la tu sejukkan hati ngan air hujan...len kali tadah air ujan tu,simpan...nanti kalo terpanas hati lagi leh amik air tu siram..takyh la tunggu ujan..hikhikhik
Ehem: Pic tu sekadar hiasan daa...juga aku rembat dr pc my akhi nie..saje, kasi cun skit :)
: Sori...dah lama aku tak bertandan ke blog korang..line tenet kat umah ni demam sih..siap muntah² lagi,huhuhu
achik_sufi
Mekacih ya achik..didoakan achik pon terus berjaya mengorak langkah perjuangan :)
I/Allah salam tu akan disampaikan..diorg berdua tu dah ade kat mesia..balik bercuti, sambil² ikat kontrak jadik imam Terawihhh
Ehem: Tak dpt chek nak jwb ikut Arab..lupe sih semenjak dua menjak balik mesia nie..jadik hilang identiti bahasa..ngak tahu mane satu mau pilih..Arab ka, omputih ka, bahsa melayu ka, or Bahase Malaysia..
: Sori...dah lama aku tak bertandan ke blog korang..line tenet kat umah ni demam sih..siap muntah² lagi,huhuhu
qudwah_mardihah
Takpa la lambat pon..janji jengah :)..kalo tak, putus kawan laa,hehehe...
Syukran atas doa...moga keikhlasan itu mendapat resti jua redha Tuhan...saudari pon harapnye begitu...projek camne sih? dah di-apply ke belom ke PTS? ;)
Ehem: Sori...dah lama aku tak bertandan ke blog korang..line tenet kat umah ni demam sih..siap muntah² lagi,huhuhu
- anTusufi
Post a Comment