- Dipinjam dari laman PERMAYA ONLINE
Entah apa yang harus diperkatakan lagi. Tiada penawar yang dapat mengubatinya lagi. Hanya khabar dan khabar lagi. Hampir setiap ketika dan saban hari. Fenomena ini belum pun menjelmakan tanda-tanda keinsafan diri. Terus berlarutan tanpa henti-henti. Tidak mengendah, walaupun masyarakat hingar mengutuk tanda simpati.
Takziah kami ucapkan. Simpati kami lahirkan. Namun begitu, masih tidak mampu bagi kami untuk meluahkan belas yang begitu membungkam. Atas dasar ‘cinta’ ini, kami daripada Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) turut bersikap mengutuk kejadian pilu ini. Sekaligus menegaskan bahawa kami akan bersama pencinta keharmonian Islam dengan terus memperjuangkan agenda meruntuhkan segala bentuk penganiayaan, penindasan, kezaliman, dan ketidak adilan.
Adik Nurin kini telah menjadi salah seorang daripada sekian ramai mangsa ‘manusia binatang’ ini. Bayangkan andainya kita di tempat keluarga mangsa ketika ini. Tambahan pula ianya berlaku ketika tirai Ramadhan baru sahaja dibuka. Ya, begitu memeritkan. Amat melukakan. Tidak ada yang dapat memastikan bahawa peristiwa tragis ini tak akan berulang. Bahkan tidak dapat disangkal kemungkinan kejadian ini akan terus berlarutan. Kenapa?!
Bukankah pihak berkuasa dan yang bertanggung jawab telah bertungkus-lumus menyelesaikannya pabila saban kali tragedi ngeri ini berlaku? Pelbagai usaha untuk memulihkannya telah dijalankan? Bermacam kempen memeranginya telah diuwarkan? Tetapi semua itu masih belum membuahkan hasilnya yang ranum. Kalu ada pun, udah ditebuk burung atau tupai. Masih tidak menampakkan kejayaannya. Kenapa?
Ayuh sahabat, mari kita kembali kepada azali. Amat perlu untuk kita membelek semula helaian Al-Quran yang tersimpan di rak-rak hiasan. Sangat wajar untuk kita menekuni, mengkaji, seterusnya mencipta satu formula baru dari kitab suci itu bagi membunuh virus kebobrokan sistem fe’el masyarakat kini. Inilah buah dari modenisasi yang tidak terkawal. Yang tidak mengenal Pencipta. Yang melupakan Penguasa. Penuh noda. Amat menakutkan.
Semua daripada kita sudah tidak selamat walaupun di desa sendiri. Anak-anak perlu diawasi walau hanya ke pasar malam ataupun ke pusat tuisyen. Hatta di sekolah sendiri. Hari ini mereka, siapa sangka besok kita pula?
“Ya Allah, Tuhan Penguasa alam, amankanlah kami dari amarahmu ini ya Allah”
Ayuh, jangan dilengahkan lagi. Inilah saat kita perlu kembali!!!
Ahmad Bilal Bin Rahudin
Pemangku Presiden,
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA)
Ehem:
: Tak sempat aku nak update...so, aku panjangkan tangan meminjam bahan dr PERMAYA Online...Sori nooo :)
: Pic comel Adik Nurin pula aku 'curik' kat paparan blog kawan yg belom ku kenali, Qudwah_Mardihah....makcik jgn marah ye :)
- anTusufi
Dunia
10 years ago
8 comments:
Salam,
Semoga KAK NGAH sentiasa tenang di sana, Inilah dunia....
AL-FATIHAH..
pstt...tak aper, nak ambil gambar ni terus simpan pun tak apa...kongsi kenangan sedih bersama....:)
semoga adik nurin dalam ingatan...ameenn.....
balasan dunia pasti ada.itu pasti nyata....beringatlah...
semoga doa itu diperkenankan-Nya...amiieen
Ehem: mekasih yer makcik...tapikan, jarang je kot org yg nak memorikan kenangan sedey ni... :)
- anTusufi
Mana hasil tangan tuan rumah ni...Asyik cedok orang lain punya saja...huhu...
Apa pun kisah yang berlaku ini bisa diambil pengajaran darinya. Dunia hari ini memang tidak selamat lagi. Jangan kata si Gadis, kalau sudah menjadi zaujah orang nanti pun tetap harus berjaga2...dunia hari ini macam2 boleh berlaku.
ehem: salam ramadhan. Yok kita memburu al qadr!
Tintahati...
utk pengetahuan hang, Nie la salah satu hasil tgn aku...mempromosi laman rasmi PERMAYA :)
Ehem: asal agenda dakwah jalan sudah..walaupun bkn dr gerak tanganku
: biasenye hang guna 'psstt'...nape kali ni hang ikut aku? ehehhee
Haa..satu lagi lupe nak kasitau kat hang tinta...hang dah lawat blog mukjizat tu kan...dah bace perbincangan diorg pasal buku puasa tu?..
haa...buku tu kalo hang nak ada ngan aku...bukan aku nak kasik...tapi aku nak jual noo, hehehe...harga 10RM je..murah bangat.. :)
Ehem: Dah alang² hang ni biase lepak kat ganu kan...tu la yg aku btau kat hang tu...jgn pk laen lak ekk... ;)
Aku menghormati tuan rumah lah...Bak kata pepatah melayu, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak (kot) ;D Aku tak pasti la kandang apa yg aku masuk ni....hehehhe ;P jangan marah na!
Alaa takkan tak boleh pinjam kot...huhu...Aih setakat ni aku tak pernah melepak lagi...huhu...tapi selalu ada la kat kampus ni. Hang nak suh aku tlg juai ka? Blh ja tlg promote kat geng2 aku....Kalo terjual 10 biji, kasi free la satu sama aku...orite tak? :D
ehem: Tapi, kalo nak kena cepat lah. Buku ni gerenti hit bulan posa. Ni pun dah masuk fasa 3 ni...
Tintahati
Huhuhu...nie baru dpt online
ok jer....aku bagi kat hang satu noo...betol ke ni?
kalo betol..nah! amik my phone number: 017-9475873...jgn kasitau org eyh no ni..hehehe
okieesss chow..nak gi berbuka lak nie.....
salam,
selamat hari raya maaf zahir dan batin...kim salam kat hakimi n fadhli.
Post a Comment