Ye la, ye la...aku update la ni. Tima kasih buat cik mardihah. Thanx untuk sis tinta. Dan syukran kepada bro docker'z. Mekasih la bebanyak coz korang duk suh aku update. Aku dah pon update nie. So, lepas nie takde la korang nak bising-bising kat aku lagikan. Tapi masalah problemnya, nape hangpa tak kasi tau idea untuk aku update skali. Ingat senang ke nak update-update nie? nak-nak manusia yang pemalas cam aku nih, huhuhu.
Aku dapat rasakan yang entri kali nie cam nak tunggang-langgang. Tengok, bahse dia pon dah bercampur-aduk. Kalo cikgu SPM periksa, kompem tak lulus. Jika Dato' Menteri Pelajaran tengok, mesti beliau sedih. Andai orang sastera baca pula, pasti dianggap sampah. Ini semua takde idea la punye kes. Menjatuhkan reputasi kesufian aku jerk, (konon-konon je la tu).
Apa yang aku nak catatkan kat sini ekk untuk mengisi ruangan edisi update ni? Isy, payah betol la kalo otak dah beku nie. Lagi payah kalo otak macam dah tak betol. 'Macam' jer tau, bukan betol-betol tak betol, hehh.
Okay, camni kisahnya, dalam dua-tiga hari lagi insya-Allah aku akan publishkan satu entri iklan promosi. Iklan nie berkaitan projek terbaru geng Teguh Iman, kenal tak? Alaa, Mukjizatsaintifik The Group tu la. Projek diorang akan diadakan di Negeri Cik Siti Wan Kembang, negeri Kelate yang ijau pekat tuh. Tunggu sajalah eyh iklannya. Mereka dah pun kasi permit ke aku untuk siarkan iklan tersebut. Tapi aku bimbang gak kalo-kalo angin malas aku tu datang balik. Alamatnya, bersawang pulak la blog nih.
Kisahnya lagi, skarang kat Bumi Bestari nie sedang berlangsung kejohanan Monsun Cup, pertandingan berprestij layar terkaya bertaraf dunia itu. Aku sempat gak pegi silau-silau ke Pulau Duyung, tempat berlangsungnya kejohanan tersebut pada hari pembukaannya.
Wah, nampaknya 'kampung kita' dah dikenali dunia. Mat-mat dan minah-minah saleh cucu cicit penjajah itu ada di sana sini di tanah ulama ini. Kalo korang nak tahu, inilah kemajuan. Ini satu ketamadunan yang terpahat. Dengan perkongsian sosio budaya, kita mampu mencipta sejarah. Dengan perbelanjaan tidak kurang dari 250 juta ringgit Malaysia untuk menganjurkannya, kita berjaya membawa anak bangsa ke mata dunia. Dan tak mustahil, kita akan slow-slow membaratkan ketimuran masyarakat tempatan. Hebat bukan? Tapi sayang sekali, aku tak dapat merakamkan detik bersejarah ini kerana kamera tadak, huhuhu.
Cukup la dulu edisi update nih. Lain kali lak aku sambung. Insya-Allah aku akan melaporkan dari waktu ke waktu (kalau tak malas la) perihal keadaan bandar yang akan dinobatkan sebagai Bandaraya bermula pada satu Januari 2008 ini. Ya, itu satu lagi kejayaan kita.
Dah ngantuk dah, nak tidur lak. Nak mimpi yang best-best lak. Dalam mimpi je aku leh kecapi ke-best-an itu :)
Chow.....
Ehem:
: Sis tinta, hang jangan seske hati hang menggosipkan aku dengan berita perkahwinan. Nanti aku saman baru hang terbeliak biji mata ;p
: Cik mardihah, amacam ngan projek hang tu? dah berkali-kali aku tanye, tapi hang lom jawab pon.
: Bro docker'z...sampaikan salam sayang rinduku kat awak-awak Al-Watary eyh ;)
Dunia
10 years ago
4 comments:
sampai terpaksa ko eh?ish ish..kesian plak aku membacanyer..
*gelak jap*
ko watpe skrg nih?menganggur?citer la pasal apa yg ko buat tiap2 hari..
aku pun dlm proses nak menulis satu citer pasal penganggur terhormat ni..
*gelak lg sekali*
sesaje nak bagi idea kat ko..jgn marah plak yek..Encik antu!
Encik Antu?
Hurmmm...lebih antu dari ke'sufi'annya...hehe...
*gelak jap* [tiru gaya annas]
Aih memang berterabur entry nih. Tak tau apa yang hang nak cerita sebenarnya.
Jadi tak dapatlah nak komen apa-apa. Tapi cam annas cakaplah, citerlah apa yang hang dok buat hari-hari? Yerla takkan asyik bungkus gula-gula jer? Tau buat hantaran? Tau mimpi si dia jer...Hehehe.... ;D
*larikkkk*
annas
ko mmg suka gelak la annas..jgn gedlak kuat2, tak manis dipandang..lagipon, akan malap hati nanti :)
tintahati
owh cik tintahati...tak baik sungguh fe'el hang yang suka meniru ;p
nie hang cite ape lak gula-gula..hantaran, n mimpi si dia tu? melalut-lalut je eyh...
Good blog ppost
Post a Comment