Miggu lepas aku ada terbaca satu berita kat dalam Harian Metro...ataupun Kosmo (ntah, aku dah lupa). Kalo tak silap, tajuknya begini 'Iklan Aidilfitri Ciplak?'...ataupun lebih kurang camtu la bunyinya. Ia berkisar seputar iklan Aidilfitri di dada cenel TV perdana.
Iklan panjang itu mengisahkan cerita tentang seorang ayah menanyakan anaknya burung apakah yang hinggap di dahan pokok hadapan mereka. Si anak menjawab yang burung itu burung gagak. Namun si ayah tetap bertanyakan soklan yang sama beberapa kali, persis anak-anak kecil saja tingkah si ayah itu kerana walaupun sudah dijawab, tetap juga bertanyakan soalan yang sama. Akhirnya si anak nampak sedikit baran, lalu menengking ayahnya.
Isy, malas la aku nak bercerita sampai habis...isunya di sini, aku nak bertanyakan korang satu soklan. Pernahkah korang terbaca ataupun terdengar kisah ini?
Sebenarnya keratan akhbar tu memberitakan bahawa ada seorang rakan blogger yang macam marah-marah dan mengatakan idea iklan tersebut diciplak dari ideanya. Dia berkata yang kisah tu dia yang cetuskan dan menyiarkannya dalam blog miliknya pada awal Januari lalu. Maknanya, pihak pengiklan TV itu sudah merembat ideanya tanpa sebarang notis rasmi. Dia langsung mengambil keputusan menghebahkan kejadian ini kepada pihak akhbar. Maka, terlahirlah berita ini di dada akhbar.
Aku tulis pasal ni bukan nak menghukum sesiapa. Cuma, aku rasakan kisah si burung gagak tu dah aku baca beberapa tahun yang lepas. Maknanya, sebelum Januari 2007 lagi kisah tu dah tersebar. Hmm, ntah la...apa-apa pun boleh terjadi di dunia penyiaran dan juga dunia siber. Korang pula bagaimana?
Ehem:
: Nie hang punye pasal la cik tinta...aku tadak idea, hang paksa gak aku update. So, soklan aku yang terakhir tu hang la yang patut jawab dulu..hikhik
: Aku pon dah ingat² lupa akan berita tu...kalo aku tersilap, tolong perbetolkan!
6 comments:
Betoi, betoi kisah ni dah berzaman dah aku dengar. Kisah berbentuk moral utk tauladan. Ntah siapa la pencipta ulungnya.
Tapi, biasalah sekarang cetak mencetak idea orang ni dah lama berlaku. Sejak aku buat tesis ni bab2 plagiat ni macam isu hangat. Silap cara tulis orang boleh kata kita ciplak tulisan orang.
Eh dah alang-alang ni, aku nak rembat lah mentol hang tuh...nampak macam kreatif aja..haha ;D
ehem: jgn asyik berkurung aje kat rumah. Bila kurang berjalan, takda pengalaman, pulak tu kurang membaca, jadi idea tak ada lah...huhu... *larikkk*
Nasihat ikhlas dari aku utk bro. hehe.. ;D
Ehem:
: rembat la hang nak rembat pon...mende alah tu pon aku rembat kat akademi penulis nye site :)
: Eh, hang mane tau aku duk lepak kat umah je? (takde la kene kurung,heheh) tp nasehat hang tu cam betoi la...kemungkinan tu gak la agaknya yg membekukan otak aku nih...
: Jom arr kita kuaq p mana²..carik pengalaman..aku p amik hang eyh..hikhikhik... (yg ni iklan jer..hangpa jgn buruk sangka lak) :)
: Mekacih la sudi bg nasehat kat aku noo...'nasihat ikhlas' >> org kata, kalo org tu sebut 'ikhlas'..maknanya, dia cam tak ikhlas..hehe..
huh! antusufi ajak cik tinta keluar.?? huh! sah ko kena kawin syed!!!.. blog mukjizat dah update baru ni..pasal cellular memory..dah baca ke blum nih
lama tul tak jenguk ruang antu nih..ahakz..jangan mare..
aku tak penah dgr pon citer tu..baru aku tgk dlm tv raya hari tuh..tapi dlm alam realiti aku,memang selalu kena gitu..
ntahla..saman je la kalu betul diciplak..marah sorg2 nak wat pe kan?hehe
aieee...keluaq dengan aku bukan menambahkan pengalaman tapi menambahkan dosa adalah...hehehe... ;D
ehem: tak pi perhimpunan 10hb?
budak gemok
Ko jgn macam² eyh..aku acah je tu..tak mau eh aku ajak si tinta tu kuaq..nanti kene gosip lak..hehe
tapi yg aku musykilnya..ape kene mengena lak ajaq kuar ngan kawen? aku tau la ko dah nak dpt baby..ingat aku jeles ke :P
annas
annas?
Yup..saman jer...sekarang org leh jadik jutawan ngan pekerjaan saman menyaman nie..yg tak kaya² abg polis jerk..hikhikhik
tintahati
perhimpunan 10hb? polis tak kasi p..so, aku tak p la...malas la nak carik balah nge diorg..baru jer bermaafan raya lepas :)
Ehem: Sakit tekaaak...
Post a Comment