Ya, benar sebagaimana kata-kata bekas Ketua Polis Negara yang melahirkan rasa kebimbangan beliau bahawa Malaysia sekarang sudah TIDAK SELAMAT untuk didiami.
Ini semua berpunca dari kegiatan jenayah yang semakin membarah.
Persoalannya KENAPA??
Jangan nanti bila terkena kepada diri, anak-bini, adik-kakak sendiri baru melopong mulut. Semua pihak tanpa mengira warna kulit dan rumpunan bangsa ataupun ideologi politik haruslah bahu-membahu dalam usaha membenterasnya.
Persoalannya BAGAIMANA??
Setiap agama tentunya ada prinsip tersendiri dalam menentukan keamanan sejagat. Adakah pihak yang bertanggungjawab sudi mendengar walau sejenak kata mereka?
Ketakutan ini sudah pun melingkari pada setiap langkah anda. Hanya menunggu masa untuk menerkam. Tak kira di mana juga ketikanya. Justeru, anda sendiri yang harus menentukan sendiri jawapan persoalan di atas.
Ehem:
Image Adik Sharlinie ini diihsankan dari blog Dihah
Artikel lepas berkenaan 'Noda Modenisasi', klik di sini
1 comments:
salam ya saudara,
terima kasih info dengan PTS. saya agak sibuk kebelakangan ini. Blog jarang melayari dan sentiasa sibuk. Semoga Allah masih melapangkan masa saya dengan kerja-kerja penulisan. saya rindu betul......terima kasih banyk2 dgn info itu ya...saya tak dapat pergi.....
jazakallah
Post a Comment