Sudah kurang lebih seminggu blog ini sepi-kali dari sebarang kegiatan posting. Banyak hala sebenarnya yang perlu didahulukan. Justeru, membuatkan kepala hotak ini tidak berkudrat mengorek idea untuk disiarkan. Tetapi hari ini berlainan pula iradah-Nya. Tangan terasa gatal-gatal saja untuk mem-posting-kan sesuatu.
Baru sekejab tadi aku terbaca satu berita di Utusan Online. Berita yang begitu menarik perhatianku. Hati aku sedikit tergelak apabila selesai membacanya. Kadang-kadang timbul juga perasaan kecewa. Tapi inilah realiti dunia kan. Apa pun boleh berlaku. Hanya dengan seizin Allah, Tuhan yang maha Kuasa. Jalan sudah terbentang. Hanya berarah dua hala. Itulah saja pilihan yang ada. Pilihlah dengan bijaksana. Penglihatan, pendengaran, ilmu dan pemikiran telah disediakan sebagai alat bantu memilih antara jalan kebenaran mahupun lorong kebatilan.
Aku tak mahu mengarang panjang. Di bawah ini aku kopi-peskan berita yang aku baca itu. Mungkin kepada sesetengah orang, berita ini tiada apa-apa dan biasa. Tapi bagi aku, berita ini memang ada apa-apa dan luar biasa.
'Kalau menang belah dia tidak apa'
IPOH 23 Mei - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini membidas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Beliau berkata, mereka sepatutnya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan tidak menimbulkan masalah apabila keputusan itu tidak memihak kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.
''Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang," katanya ketika dihubungi semasa berada di Mekah, di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selama tiga hari mulai Selasa hingga Khamis depan bagi mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.
Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya,".
Zambry pula semasa diminta mengulas rancangan pembangkang itu berkata, biarlah rakyat menilai sendiri sikap mereka.
___________________________________________________________
Ehem: Antara komen MB 'haram' Perak dan Mufti 'halal' Perak itu, kelihatannya komen daripada si MB lebih Islamnya jika dibandingkan dengan komen si Mufti.
3 comments:
Salam Syed, Pak Mufti dah penat tu ...
Syed, kita tentu ada membaca tentang kebobrokan kepimpinan khalifah masa dulu-dulu. Yang zalim kita tentang, tapi adakah dengan cara menyiksa diri sendiri? Dibuatnya orang tak peduli sampai kita mati, agak2 dpt masuk syurgakah? Mogok lapar ... macam budak-budak! Islam suruh begitukah?
Kalau akak silap, tolong betulkan.
Salam kembali buat ummu (kak zulina)...
Saya setuju 200 peratus, mmg Islam tidak mengajar mogok lapar, apatah lagi menyiksa diri sendiri. Malah, azab balasannya kpd sesiapa yg mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.
Yg saya pertikaikan dlm posting ini adalah berkaitan respons daripada Pak Mufti kesayangan ramai ini (dulu, pernah disayangi oleh Pas juga)...
Jawapan drpd beliau itu hanyak layak dikeluarkan oleh saya yang jahil tukil ni, jawapan sebegitu tak layak keluar dari mulut sorg bermaqam mufti...
Jawapan beliau nampak sgt menyebelahi pemerintah yg korup dan zalim itu. Beliau sepatutnya menjawab secara ilmiah.
Perlu kita sedari, PR Perak menganjurkan mogok lapar mengikut cara masing2....Pas menyahut mogok lapar itu dgn berpuasa tiga hari berturut-turut, adakah itu salah? tambahan pula sekarang adalah awal bulan, bukankah itu digalakkan?
Parti komponen PR yg dua lagi tu saya kurang pasti pula bagaimana kaedah yg diambil dlm mogok lapar ini. Khabarnya mereka siap mempunyai doktor utk memantau kesihatan...makna kata, kalau sampai memudharatkan diri, individu itu akan menghentikan mogok laparnya.
Sepatutnya, Pak Mufti itu tak boleh menjawab terlalu umum dan pakai muat je...kamu tu mufti, bkn penjual ikan di pasar..so, bercakapplah dgn 'profesional' seorg Mufti...
Malu kat budak2...
Ok ummu...itu penjelasan saya :)
Terima kasih kerana sudi kasi komen kat sini...dan, mabruk kerana projek novel ummu dah semakin mantap :D
Post a Comment