Salam blogawan.
Sudah agak lama kiranya aku tidak membuat sebarang posting di sini. Tapi kesepian ini mungkin tidak menggusarkan sesiapa pun kerana (bak kata sahabatku, BudakGemok) aku bukanlah seorang yang boleh dianggap sebagai 'somebody' yang mana blognya mahupun tulisannya dinanti-nantikan oleh para warga maya. Namun begitu, aku tetap puas apabila setiap kali melihat posting terbaru disiarkan oleh aku sendiri di dalam blog ini. Ya, aku begitu puas.
Kali ini, aku akan siarkan satu artikel yang sangat aku tertarik selepas membacanya. Penulisnya pun aku anggap sebagai seniorku dalam hal tulis-menulis ni (namun, beliau entah kenal aku ke tidak, hehehe).
Malam semalam, sedang aku menunggu hidangan makan malam di dapur, aku sempat menjeling rancangan tivi yang sedang ditonton anak-anak saudaraku. Ketika itu rancangan yang tersiar ialah Pilih Kasih, satu rancangan realiti huburan tivi (yang tak berapa real).
Ntah apa-apa. Itulah komen aku. Terkinja-kinja. Terlalak-lalak antara lelaki dan perempuan. Pakaian sendat pengacara menambahkan kemualan aku. Sudahlah bodi tu berlapis-lapis. Nasib tak termuntah je. Rasa bagai dah tak ada kata yang dapat aku ungkapkan dengan lagak dan gaya kejahiliyahan mereka itu.
Aku mengeluarkan arahan kepada budak-budak yang sedang asyik menikmati rancangan yang tiada langsung ruh kesenian itu agar menukar siaran lain. Kalau tidak, tutup saja tivi. Perintah itu mereka turuti.
Aku berkata kepada umi yang berada di dapur, "Huh, rancangan yang merosakkan. hanya melahirkan orang yang glamer dan kaya-raya dengan duit. Tapi, muflis dengan jiwa dan jauh dari erti 'seni' yang sebenar."
Ok, marilah nikmati sajian fikrah yang aku kopi-pes dari blog Faisal Tehrani ini.
________________________________________________
Anak Wayang Dan Pilih Kasih
Maafkan saya, kalau berasa rimas dengan budaya pop murahan; khusus mencari bintang-bintang menerusi rancangan realiti di kaca televisyen. Ada produk rancangan tersebut kini, ajaib sekali, telah menjerat sahabat saya sendiri. Ia memang murah. Ia mendorong penonton menghabiskan masa yang disebut oleh Allah sebagai mereka yang rugi. Kerana tunjang rancangan murahan itu tidak ada keimanan kepada Allah, tidak ada amal soleh, sambil tidak pula berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.
Adakah saya anti rancangan realiti di televisyen?
Tidak. Kalau ia berguna.
Mari saya beri cadangan yang lebih bermaruah dan mendatangkan manfaat buat ummah.
Pernahkah anda mendengar Star of Science (Bintang Sains: klik sini)?
Ia adalah sebuah rancangan realiti televisyen anjuran Qatar Foundation for Education, Science and Community Development. Ia dihoskan oleh Khalid Al-Jumaily, dari Qatar. Program ini berlangsung dari 29 Mei sehingga 26 Jun lalu. Terdapat 5 episod waktu perdana dengan durasi masa 90 minit. 20 episod harian, dari hari ahad ke hari khamis. Rancangan ini dirakam di Doha, Tunis, Kaherah dan Beirut. Ia ditayangkan di 15 buah negara khusus negara yang bertutur dalam bahasa Arab.
Ia tentang apa?
Setiap hari penonton akan menyaksikan 16 peserta berusia antara 21 hingga 31 tahun (dari 11 negara) menerokai pelbagai bidang sains untuk mencipta pelbagai alatan yang berguna bagi kegunaan orang awam. Bidang sains tersebut melibatkan bidang fizik, kimia, kejuruteraan dan lain-lain. Mereka diberi kemudahan makmal dan bengkel. Dibantu dengan krew yang tangkas. Peserta kebanyakannya adalah pelajar sains. Mereka akan memberi penjelasan saintifik dan menunjukkan bagaimana alat yang mereka cipta itu dapat digunakan. Dalam masa yang sama, syarikat yang berminat boleh membida produk sains tersebut. Justeru mereka berpeluang memasarkan hasil ciptaan ke dunia luar. Terdapat beberapa wanita dalam kalangan peserta. Ini begitu membanggakan. Pemenang yang berjaya mendapat USD 300,000 dan barangannya tentu akan diberi perhatian oleh pelbagai firma atau syarikat yang berkenaan dengan bidang sains yang mereka terokai.
Penonton bukan sahaja bertambah pandai, peserta juga didedahkan dengan interaksi bersama saintis terkemuka yang akan menjadi juri. Antaranya ialah Dr. Sadeg M. Faris (dari Libya), Dr William Sawaya (dari Lubnan), dan tokoh pemasaran produk, iaitu Dr. Mona Zaki (dari Mesir).
Di akhir penonton akan memilih menerusi sms, di mana penonton akan memilih barangan manakah yang paling munasabah dan praktis mereka gunakan dalam kehidupan seharian. Jadi, pemilihan sms bukan berdasarkan nafsu kerana muka si peserta itu jelita atau jambu.
Dua peserta terakhir ialah Bassam Jel'a berumur 22 tahun, seorang pelajar kejuruteraan robotik dari Lubnan yang mencipa alat elektronik yang berguna memainkan semua instrumen muzik Arab. Ciptaan atau inovasi kedua datang daripada Mohammad Othman Farah berusia 26 tahun, dan berasal dari Sudan. Beliau mencipta sejenis alat memeriksa kualiti minyak masak dengan menggunakan laser. Alat tersebut tentu sahaja murah dan boleh digunakan oleh tukang masak atau chef di restoran.
Pemenangnya ialah Bassam.
Mengapakah kita masih mencari lagi bintang-bintang murahan untuk memeriahi dunia pop dan hedonisme kita yang sudah cukup bobrok? Mengapakah kita kekal bangkrap idea, dan muflis kreativiti? Bagaimana ilmuan kita boleh terheret sama?
Tidakkah boleh kita mencari bintang yang membawa hasil untuk masyarakat? Dengan rancangan seperti 'Bintang Sains' tadi adik Nik Nur Madiha yang bijak misalnya dapat menunjukkan kebolehan mencipta sesuatu.
Argh, mengapakah kita yang mahu mengejar wawasan 2020 (ada sedekad lagi), masih mencari bakat anak wayang dan pilih kasih untuk membintangi filem murahan tentang mat rempit, pelacur, bohsia dan samseng?
Tidakkah menyedihkan nilai masyarakat kita hari ini?

2 comments:
salam..
saje,nak menyatakan tahap setuju yang setinggi2nya!!
ada ke patut tv sekarang ni duk tunjuk menda2 gitu!annas memang nok maroh sunggoh..walaupun dk rajin tgk pun pilih kasih tu..hehe
betol antu sufi..ambe pun pernah tulis di blog ambe pasal relaiti tv malaysia ni...tiruk barat tak tentu pasal...yang baik tak nak tiru..yang bukan2 nak tiru
Post a Comment