- Entri nie aku karang pada tahun 2005...mase duk penin² masalah nak bayaq ongkos tahunan universiti..huhuhu
Oleh: anTusufi
Ilmu merupakan asas terpenting yang diperlukan dalam kehidupan umat manusia. Tanpa ilmu, nescaya perjalanan hidup manusia akan terumbang-ambing. Tanpa ilmu, manusia pasti tidak akan mampu membina kemegahan ketamadunan. Apabila manusia menguasai sesuatu yang bergelar sebagai ilmu, akan berbahagialah mereka sama ada di dunia ataupun akhirat.
Namun, penguasaan keilmuan tanpa hadirnya pengetahuan tentang ketuhanan, akan rosak binasalah binaan tamadun ilmu tersebut.
Bagi umat Islam, penguasaan keilmuan mestilah seiring dengan ketahuan terhadap sang Pencipta ilmu itu sendiri demi untuk meraih ketenangan di dunia serta kebahagiaan di akhirat sana.
Di kesempatan ini penulis tidaklah ingin untuk membincangkan berkenaan tuntutan dalam penguasaan ilmu yang berpaksikan ketuhanan. Kerana sudah pun dimaklumkan oleh para ulama kita akan anjurannya yang banyak daripada Allah SWT di dalam Al-Quran berkaitan ilmu.
Yang ingin penulis bicara di sini ialah wajarkah sekiranya dikatakan bahawa institusi ilmu kini telah pun diperdagangkan seperti mana tajuk di atas? Mungkin kata-kata ini agak kasar. Tetapi inilah saja yang dapat penulis ungkapkan bagi menyingkap persoalan yang bermain di minda untuk dikongsi bersama.
Cuba perhatikan kepada institusi ilmu di dalam negara kita sebagai contoh. Institusi-institusi ini seolah sudah menjadi satu perniagaan untuk mengaut keuntungan buat habuan sesetengah pihak. Dari penubuhan pra sekolah dan seterusnya hinggalah ke IPT di bawah takluk kerajaan mahu pun swasta. Semuanya ini memerlukan kepada kewangan yang tinggi untuk menampung perbelanjaan di setiap tahun. Adakah tidak tepat lagi kalau diistilahkan sebagai ‘perdagangan’ ilmu?
Mungkin fenomena ini tidak memberi masalah kepada mereka yang bertaraf hidup tinggi. Tapi bagaimana pula halnya dengan golongan bawahan, petani, tukang kayu, penarik beca, dan sewaktu dengannya? Semestinya keadaan sebegini akan menjadi satu kesengsaraan kepada golongan ini.
Sedangkan sudah termaklum kepada semua kepentingan menuntut ilmu bagi setiap individu sebagaimana juga pentingnya suruhan mengerjakan solat. Kerana tanpa memiliki ilmu, mana mungkin seseorang itu mampu untuk melaksanakan suruhan Tuhan dengan sempurna.
Pasti ada yang berkata, tidak sepatutnya kita persalahkan pihak institusi kerana untuk membina sesebuah institusi memerlukan perbelanjaan yang banyak. Kos menyelenggarakannya juga cukup tinggi. Kata-kata ini juga semacam ada benarnya.
Justeru, bagaimana untuk mencari jalan penyelesaiannya? Adakah perlu kita berdiam diri lalu memerhatikan saja golongan ‘berada’ dengan mudah menuntut ilmu dan membiarkan golongan ‘papa’ terus buta? Bukan ini ajaran Islam kepada umatnya.
‘Bagaimana’ dan ‘macam mana’ yang harus berlegar di kepala setiap Muslim. Bukan hanya membuta mata dan memekak telinga.
Di sini ada satu contoh yang mudah;
Apa kata kita sekiranya institusi masjid mengenakan bayaran kepada setiap ahli jemaah yang mahu ke masjid? Atas alasan peralatan, penyelenggaraan, serta kos untuk pembinaan masjid yang selesa di masa sekarang begitu tinggi. Penulis pasti semua orang akan meradang. Kerana hak ke masjid adalah hak setiap individu Muslim. Tugas penyediaan masjid pula haruslah dipertanggungjawabkan kepada sesebuah kerajaan yang memerintah.
Begitu jugalah keadaannya dengan institusi ilmu. Hak menuntut ilmu tidak jauh bezanya dengan hak untuk ke masjid. Kerana keduanya itu adalah suruhan agama.
Dengan izin, ingin penulis katakan bahawa tugas sesebuah kerajaan bukan setakat membina institusi ilmu. Tetapi lebih dari itu, kerajaan juga semestinya bertanggungjawab dalam memastikan ilmu dapat disalurkan ke segenap lapisan masyarakat kerana dengan penguasaan ilmu, secara tidak langsung akan menguatkan kerajaan itu sendiri di samping dapat membina satu kelompok masyarakat Islam yang bertamadun. Sejajar dengan laungan Islam Hadhari oleh pimpinan kita ke seantero dunia.
Inilah saja jalan penyelesaiannya untuk membersihkan apa yang diistilahkan oleh penulis sebagai ‘perdagangan’ ilmu.
Usah bebankan masyarakat dengan pinjaman (baca: hutang siswa). Boleh jadi dengan sistem pinjaman ini akan membebankan pihak kerajaan di kemudian hari dalam menangani masalah sosial kerana untuk menjelaskan hutang yang menjangkau angka ribuan itu memungkinkan orang yang berkenaan mencari pekerjaan ‘negatif’ atas dasar ‘terdesak’ atau pun ‘darurat’.
Ucapan ahlan wa sahlan perlu dilafazkan kepada anak-anak yang ingin mendalami ilmu dengan segala kemudahan dan bantuan yang tidak membebankan.
Begitulah juga seharusnya ditangani berkaitan masalah masyarakat yang lain seperti pernikahan, tanah untuk dijadikan tempat tinggal, rumah, dan seumpamanya.
Kalau inilah yang dilaksanakan oleh kerajaan yang memiliki sebuah negara yang berlimpah ruah dengan kekayaan sumber alam dan juga masyarakat yang berdaya saing, tak mustahil impian yang berslogankan Islam Hadhari akan menjadi realiti.
Dunia
10 years ago
7 comments:
salamualaikum....biasala hidup dalam dunia sekular yang kapitalis.. orang kaya terus kaya, org miskin semakin miskin dan org kelas pertengahan tetap ditakuk lama...bagi yang kaya dan miskin sudalah maklum akan keadaannya...cuma yang teruk golongan pertengahan yang terdiri daripada goverment slave dan para self employee....kesian...hutang belajar tak habis lagi, dah kena hutang untuk kawin, lepas tu bayar muka kancil pulak, sewa rumah lagi, tak termasuk lagi bil api, air, astro, telefon, streamyx dan lain-lain...gaji memang naik, tapi barang pun naik...sama ja..
apa yang antu sufi ni tulis melambangkan kegatalan dan kemiangan hasil dari kudis kapitalis yang ditenggala oleh para kuman sekular...
jadi apa pilihannya? anda tiada pilihan lain selain dari memilih Islam sebagai penyelesaian...
yup, camtu la...ape yg aku tulis ni mewakili luahan sume individu yg senasib...virus nie dah menular dlm seluruh dunia 'umat Islam'...amat berjaya usaha puak2 yg berideologi sebagaimana yg budak gemok katakan...hinggakan segenap kepakaran yg dulunya dipelopori oleh bijak-pandai Islam sudah berada di genggaman mereka..telahpun diciplak oleh mereka...siapa yg harus dipersalahkan? mereka? sesekali tidak!!!
jalan penyelesaian yg begitu wajar drpd sahabatku budak gemok...namun, perjuangan tersebut tidak semudah teorinya...
salam kembali...
- anTusufi
salam,
salam membalas kunjungan..
perkara2 mcm ni amat perlu kita ketengahkannya untuk pengetahuan umum supaya tidak ada lagi nanti yang buta utk menilai mana hak dan yang batil..
(",)
salam sufi
betoi kata hang tu. la ni bkn saja ilmu diperdagangkan. nak bina masjid pun org 'perdagangkan' juga. kan? kan? kan? susah betoi..
dulu para ulama' dan ilmuan islam depa menghafal Quran dulu baru mentelaah ilmu perubatan dll. tp la ni org pentingkan ilmu duniawi dulu. sbb tu la byk berlaku penyelewengan ilmu bila mana hok yg penting (akidah) tdk diperkukuhkan dlm diri. betoi dak?
bang_gugar
time kasih la berkunjung balas...tapi kami ni org bujang belaka..tadak la angkat ape2..minum² pon tadak(gula abiss)...ehehe
moga kita bersama diberi 'inayah-Nya utk buka mata mereka dgn tak lupa membuka mata kita juga :)
tintahati
mmg sume dah diperdagangkan kini...sampai maruah n tubuh pun dah takde nilainye..apatah lagi mende² lain...masya-Allah..berilah taufiq dan petunjuk-Mu kpd kami umat akhir zaman ini...
salam sufi...
- anTusufi
Semoga kita sentiasa bangkit dari "tidur" dan ditidurkan..
Semoga kita sedar tentang maruah Islam yang makin diperdagangkan..
Ya Akhi,
Selamat meneruskan ilmu dalam diri...
Takbir!
Post a Comment