Cakap pasal kawin di usia muda nie kan, kekadang mari terfikir di kepala aku…Haruskah? Ataupun salahkah?
Ada di antara ibubapa yang tidak setuju, lalu tidak membenarkan anak-anak untuk berkahwin di usia ‘hingusan’, gelar mereka. Sebabnya umur masih terlalu muda. Tidak matang. Tiada kerja tetap (bagi lelaki). “Belajar dulu biar habis. Biar berjaya. Barulah nak fikir pasal kawin”, ujar mereka.
Ada pula yang mengalakkan anak-anak mereka untuk kawin awal. Taklah duduk menggatal sana-sini, kata mereka. Senang, lepas tanggungjawab (bagi pihak perempuan).
Ada juga ibubapa yang ‘no komen’. “Pakcik tak kisah. Yang penting, mereka tahu tujuan berumahtangga. Tahu tanggungjawab masing-masing serta mampu memikul amanah dari Tuhan itu”, ujar seorang Pak Arab yang aku temui.
Ketiga-tiga pendapat ini aku rasa ada benarnya. Tapi bagi aku yang paling tepat dan dekat dengan kehendak agama ialah pendapat yang ketiga itulah. Bukan aku nak membela pendapat ini. Bukan jugak aku nak memperlekeh pendapat lain. Namun inilah natijah yang aku temui selepas setahun dua aku duk perati gelagat orang dalam masalah ini.
Inilah ‘agak’nya hikmah kenapa Islam tidak menghadkan berapa usia perkahwinan. Benar bahawa Islam ini selari dengan fitrah kejadian manusia. Kerana manusia akan mendirikan rumahtangga apabila ‘sampai seru’, kata orang. Tak kira berapa usianya ketika itu. Ada orang yang seusia belasan tahun dah kawin. Ada orang di awal 20an dah kawin. Ada juga sudah 30an belum kawin-kawin lagi. Bahkan ada sampai mati pun masih membujang. Tak apalah. Itu masing-masing punya hal. Masing-masing mempunyai pendapat sendiri. Asal tidak membuat kemaksiatan kepada Allah sudah.
Berbalik kepada pendapat yang ketiga tadi. Kenapa aku menyokong pendapat ini? Adakah kerana aku nie masih di usia muda remaja? Adakah kerana sudah membuak-buak naluri aku untuk berumahtangga? Ataupun adakah aku nie dah ‘gila’ untuk kawin?. Semua persoalan ini tidak benar dan tidak tepat (kalau ada pun…hanyalah kesan sampingan aje :)).
Dulu aku ada tonton seorang syeikh menyampaikan kuliah di sebuah stesen TV Saudi Arabia. Beliau ada membacakan sepotong hadis yang berbunyi : “Wahai golongan pemuda. Barang siapa di antara kamu yang mampu untuk berkahwin, maka kahwinlah. Dan kepada sesiapa yang tidak mampu, maka berpuasalah…..”. Setelah selesai syeikh itu menyampaikan kuliah, terdetik di hati aku sesuatu berkenaan hadis di atas. Kenapa Rasulullah SAW memfokuskan kata-kata Baginda kepada ‘pemuda’? tidak kepada ‘lelaki’ ataupun ‘manusia’?.
Berpandukan hadis tersebut, hati kecilku mengatakan bahawa betapa pentingnya perkahwinan di usia muda. Itulah barangkali yang tersirat di sebalik kalam insan kekasih Allah itu.
Di waktu muda remajalah kemuncak gelojak nafsu. Ketika inilah puak-puak Iblis dan kuncunya berlumba-lumba untuk merosak serta menjauhkan anak Adam daripada ketaatan kepada Allah SWT. Apa yang mereka fikir di masa ini adalah keseronokkan semata. Tanpa panduan ilmu agama, mereka akan memenuhi nafsu mereka dengan apa cara sekalipun.
Tambahan pula pada zaman sekarang, apa yang disajikan di kaca-kaca TV dan di dada-dada akhbar amat menghantui keinginan batin para remaja. Ditambah lagi dengan bermacam-macam stail fesyen pakaian yang bukan setakat menjolok mata, bahkan sampai memeningkan kepala. Sehingga dapat mengaktifkan situa bangka untuk membaham simuda bergetah. Walaupun mangsanya adalah anak cucu sendiri. Keadaan ini samalah dengan orang yang kelaparan. Mengambil mana yang tercapai. Dengan perkahwinanlah yang dapat menyelamatkan anak gadis dari ratahan syaitan bertopeng manusia ini.
Tidakkah terfikir oleh ibubapa bahawa berumahtangga dapat menyelamatkan anak-anak mereka? Terutama bagi anak perempuan. Dah banyak kes yang berlaku. Rogol. Sumbang mahram. Bunuh. Buang anak. Berpeleseran. Pelacuran. GRO. Perempuan simpanan. Gigolo. Homoseks. Lesbian. Bohsia. Bohjan. Dan pelbagai istilah lagi yang tak terbilang dek jari tangan. “Eh…anak makcik baik. Tak keluar malam. Mengaji agama. Tak kawan lelaki”. Kena ingat makcik, kita bawak kereta tak langgar orang. Tetapi orang belum tentu tak langgar kita.
Bukankah lebih terjaga seseorang perempuan itu apabila berada di samping suami? Risiko kena kacau pun kurang (bukan tak ada). Bukan nak kata yang ibubapa tak reti jaga anak. Tetapi, aku yakin bahawa ketaatan kepada suami nie lain caranya. Para Syaitan akan menangis ketikamana diijabqabulkan dua insan.
Antara lain tujuan perkahwinan adalah untuk meramaikan zuriat umat Muhammad. Nabi berbangga dengan umat Baginda yang ramai di akhirat kelak.
Mengenai zuriat ini, aku akan sebutkan secara ringkas kajian sains mengenai kesuburan wanita.
Menurut kajian saintifik, setiap seorang di kalangan wanita mempunyai tidak lebih daripada 400 ovum (telur; yang akan melahirkan zuriat). Mereka akan kehilangan satu ovum apabila setiap kali mereka ber'cuti' (period la). Cuba kita bayangkan berapa telur wanita itu telah berkurangan daripada mula-mula mereka period sehinggalah dewasa. Lagi lambat wanita berumahtangga, makin berkuranganlah umat Nabi kita.
Sesungguhnya masalah perkerjaan tidak boleh dijadikan alasan. Bukan perkerjaan yang dapat menjamin kebahagian rumahtangga. Rezeki di tangan Tuhan. “Cakap senanglah. Takkan nanti kamu nak bagi anak makcik makan pasir. Dengan cinta bukannya kenyang. Orang nak kawin memanglah nampak yang positif jer”. Kata-kata macam tu pernah gak aku dengar dalam filem.
Kita beriman dengan hari akhirat. Percaya bahawa jika berbuat baik, nascaya akan diganjarkan pahala di sana kelak. Orang yang berjuang di jalan Allah pula teramat yakin dengan janji kemenangan daripada Allah. Yakin bahawa Allah akan memberi pertolongan kepada mereka sebagaimana yang telah dijanjikan di dalam Al-Quran : (“Barang sesiapa yang menolong agama Allah, Allah akan menolong mereka”).
Tidakkah dengan berumahtangga juga telah menolong agama Allah? Menjauhkan diri daripada maksiat. Membina sebuah keluarga Islam. Mendidik anak-anak menjadi orang yang patuh dan taat kepada ajaran agama. Mengeratkan silaturahim. Apakah itu semua bukan menolong agama Allah? Kalau jawapannya ialah Ya, tak yakinkah kita bahawa Allah akan menolong mereka yang menolong agamaNya? Sekira jawapannya Tidak, terpulanglah.
Belajar juga adalah merupakan satu alasan yang tidak releven. Cuba ‘habaq mai’ berapa orang yang gagal dalam pelajaran selepas berumahtangga? Ramai manakah pula yang berjaya setelah berumahtangga?. Itu jer soalan daripada aku. Aku tak naklah karang panjang-panjang mengenai pelajaran nie. Nanti aku dikatakan pro kepada golongan yang kawin awal pulak (memang pro pun).
Apapun, sebagai seorang muslim kita harus kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah ketika mana berlakunya pertelingkahan. Itulah pesan Tuhan kepada kita di dalam kitab suciNya.
Rasulullah SAW mengajar umatnya apabila hendak memilih pasangan, maka pilihlah yang baik agamanya. Bukan yang cantik rupanya. Bukan yang melimpah hartanya. Bukan kerana kemegahan keturunannya. Bukan yang ada bergulung-gulung sijilnya. Bukan yang ‘tersohor’ namanya. Rasulullah juga ada memesan kepada kita bahawa apabila datangnya seseorang yang diredhai agamanya, maka terimalah dia.
Sedarlah bahawa sekarang kita hidup di zaman yang bersepah dengan fitnah. Besar. Kecil. Tua. Muda. Lelaki. Perempuan. Minah jalanan. Pelajar universiti. Student agama. Semuanya tidak terlepas daripada terkena percikkan fitnah yang membahang ini. Kepada golongan remaja, untuk mengelaknya adalah dengan perkahwinan. Bukan aku kata dapat lari terus dari fitnah ini. Tetapi aku yakin mereka akan dapat menjauhkan diri mereka daripada satu juzuk fitnah ini. Di samping mendalami ilmu agama pada setiap masa dan waktu.
Kawin awal juga akan menjamin kehidupan kita di hari tua. Kerana apabila menjelang usia tua, di waktu itu kita sudah mempunyai anak-anak dewasa dan matang yang dapat menjaga kita. Mereka yang berkahwin awal juga dapat mendidik anak-anak dengan sempurna. Mereka juga masih bertenaga untuk menjaga anak semasa anak-anak itu melangkah ke alam remaja. Kerana kita perlu fikirkan bahawa keadaan masyarakat dan para remaja pada 20 atau 30 tahun akan datang adalah lebih teruk daripada keadaan sekarang.
‘Ala kullihal, aku menghormati pendirian masing-masing. Mungkin aku yang kurang ilmu ini tidak terfikir apa yang orang lain nampak. Cuma apa yang aku katakan di atas hanyalah merupakan satu pandangan yang ingin aku kongsikan bersama korang semua. Apa yang baik itu daripada Allah dan yang kurang itu daripada diri aku yang lemah ini. Adios...
By: anTusufi
Dunia
10 years ago
12 comments:
Satu komentar yang telus,segar dan sentiasa bermukim di setiap hati insan kesepian..
InsyaAllah...
Dengan nisbah 1:4 (L:P) wajib juga si gadis mencontohi Saidatina Khadijah melamar Rasulullah s.a.w.
Jodoh terlalu rumit..
Masing-masing mempunyai pendirian yang berlainan...
jodo, maut, ajal pertemuan semua di tangan Allah..
"Tidak perlu mencari teman secantik Balqis..
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Tidak perlu Seteguh Nabi Allah Ibrahim,
Andai diri tidak sekuat Siti Hajar,
Mengapa mengharap Teman sekacak Yusof A.S,
Jika kasih tidak setulus Siti Zulaikha,
Mengapa di damba Teman hidup sehebat Saidatina Khadijah,
Andai diri tidak Sesempurna Muhammad s.a.w..
Allahurabbi..betapa kerdil diri...
Salam Perpaduan
pandangan sihat drpd ukhti mudahan dpt mencairkan adat 'takkan perigi mencari timba'...tapi biarlah sepadan dgn kehendak Pencipta cinta itu sendiri...iya kan?
syukran buat ukhti mardihah kerna masih sudi menjenguk blog muda nih :)
- anTusufi
Salam kunjung balas..
Satu artikel yg bagus. sekurang-kurangnya membuka mata mereka yg terlelap. Benarlah kawin itu tidak mengenal usia dan keadaan asalkan mereka tahu tujuan berumahtangga, tanggungjawab serta mampu memikul amanah masing2.
Kdg2 di suatu pihak sudah bersedia tetapi tidak lah pula ada jodoh yg bersesuaian dgnnnya..payah juga kan?
Antusufi sendiri bagaimana? Udah bersedia?
hehh..ade gak yg berkunjung balas...thanks ya cik tintahati..
bersedia? mmg dah kut...tapi lebih didambakan 'cinta' jauh nun di puncak petala langit yang tujuh..
tintahati kata: "Kdg2 di suatu pihak sudah bersedia tetapi tidak lah pula ada jodoh yg bersesuaian dgnnnya..payah juga kan?" << cam pengalaman sendiri jerk..moga nanti ketemu...
kawan² anTusufi kat sini pon ramai dlm pencarian (selogho:)
- anTusufi
salamualaikum..ada kalanya nikah dikala muda mmg digalakkan. namun ilmu agama mestilah mantap. ini kerana ramai dikalangan orang muda tak sempat nak bersosial lantaran terlalu awal berumahtangga..hidup dizaman belajar amat meletihkan+membosankan hingga tiada berkesempatan untuk melakukan sebarang aktiviti sosial..akhirnya ramai golong tua mula hendak bersosial kerana mereka dulu belum pernah bersosial...ok..saya bagi contoh ada sesetengah manusia umur dah masuk 30-an baru berjinak dengan disko dll...kenapa ini terjadi, kerana dizaman mudanya tiada berkesempatan untuk melakukannya kerana kahwin awal... dari kes ini, siapakan teraniaya? tentu sekali para isteri dan anak2.
namun sekiranya di dada dibekal iman yang mantap serta pengamalan agama yang konsisten, insyaAllah gejala ini tidak terjadi...bukan salah berkahwin awal, tetapi diri sipenikah awal perlu di koreksi... sekian
yup..betul tu budak gemok....ape² pon akan tempang dan porak peranda kalau tanpa bertawajuh kepada ajaran langit..
pabila kamu dah tekad dlm membuat sesuatu perkara hanya kerana Dia...maka bertawakkallah kpd-Nya yang maha Mengetahui....
- anTusufi
salam `alaik ya akhi al-kareem,
al HamduliLlah,
apa khabar aL-Watary Geng`z...? :)
| tidak ada harta yang paling berharga
di dunia ini selain isteri yang solehah|
ayuh, tanamkan niat untuk menjadikan
alam rumah tangga ini sebagai suatu amanah
"perjanjian yang amat berat" di sisi ALLAH `Azzawajalla,
kerna amanah dan tanggung jawab ini akan dipersoalkan
di mahkamah ALLAH `Azzawajalla kelak.
| cintai la seorang suami dengan budi,
kasihi la seorang isteri dengan hati |
jika seseorang itu mengerti akan tujuan
dan matlamat perkahwinan yang diinginkan oleh Islam
dan seterusnya dengan rela hati
menerima konsep pernikahan ini tanpa sebarang paksaan,
insya`ALLAH,
mereka akan merasakan kebahagian
dan sakinah hidup berumah tangga,
walaupun kadangkala mereka terpaksa
mengharungi rintangan hidup
yang penuh dengan onak dan duri.
| suami soleh + isteri solehah = baiti jannati |
akan tetapi,
ia tidak menghambat mereka
dalam melayari bahtera berumah tangga
kerna sang nakhoda faham akan arah
dan destinasi yang ingin ditujui.
p/s:
akhi anTusufi bahkan kepada antum juga, dengan izinNYA,
moga diperkenankan niat kalian untuk ke bumi al-Haramain,
ana doakan.
|ALLAHumma amiin...|
jazakALLAHu khairan kathira,
wALLAHu a`lam bisawab.
salamz kembali buat nt ya ukhti27 :)
alHamdulillah, kami sekuarge sehat seadanya...dengan berkah dan petunjuk-Nya...mudahan mendapt keredhaan-Nya :)
tima kasih dengan pandangan yg ku kira suatu nasehat drpd ukhti :)
tima kasih lagi skali kerna mendoakan kami..dah ke blog syifa ekk?
moga kami N kita semua sentiasa di 'sirootol mustaqim' dengan petunjuk-Nya...insya-Allah
- anTusufi
salam..
hai,sufi.. dah nak kawin ker?
betul.. kahwin ini terletak pada jodoh.. dan semuanya di tangan Allah.. tp kena cari gak.. he..
teruskan menulis...
kawin tu nak...tapi org lak takder yg nak..huhuhuhu...
thanks ya syifa..letih² balik dr Haramain, sempat gak bertandang ke sini....tapi yg sedihnya tu...lain kali bawak la air zam² ke..kurma madinah ke...hehehe
- anTusufi
as-Salamu`alaikum wa RahmatuLlah...
syukran jazilan diatas nasihat
serta doa yang dikirimkan :)
al HamduliLlah...
moga taufiq, hidayah, inayah
dan maghfirrah ALLAH `Azzawajalla
senantiasa berserta antum.
ALLAHumma amiin...
p/s:
komentar dihari itu ada la nasihat
untuk diri ana juga;
hamba yang senantiasa dhoif dihadapanNYA.
na`am, dengan izinNYA,
ana di blog syifa` sebelum singgah ke blog al-Watary.
fi amanALLAH
wALLAHu a`lam bisawab.
salam...kadang2 bile ank nk kawin di usia mude,ibu bape akan melenting...mcm2 alasan yg diberi..tp si ank pule memang da bersedia nk kawen...
bgaimanekah care untuk memahamkan mereka? xkan nk kawen snyp2,kan? hehhe
Post a Comment