Hari ketiga. Semalam kami bersarapan nasi putih berlaukkan itik masak kurma. Hari ini pula kami bersarapan nasi putih berlaukkan ikan gulai kuning. Begitulah suasana di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Rata-rata kedai makan menyediakan nasi berlauk sebagai menu pagi mereka. Dan kami tidak melepaskan peluang untuk sama-sama mencubanya.
Malam tadi merupakan waktu paling kronik buat geng Mukjizatsaintifik. Mana tidaknya, kebanyakan tugas-tugas teknikal pameran terpaksa mereka yang uruskan. Pihak urusetia program semacam tiada persediaan rapi, sedangkan ini program besar dan julung-julung kali diadakan. Hinggakan ada di kalangan geng Mukjizatsaintifik yang tidak sempat untuk makan malam. Dalam jam 12 malam barulah kami dapat menikmati makan malam.
Bila pulang ke tempat penginapan pula, bukan dapat terus tidur dan berehat. Malah banyak lagi permintaan akhir minit yang diminta oleh pihak penganjur agar mereka laku ataupun sediakannya. Saat aku tidur pada jam dua pagi, kelihatan dua orang daripada mereka masih bersekang mata menghadap laptop masing-masing di ruang tamu rumah penginapan. Aku terlelap dan entah jam berapa mereka tidur.
Pagi ini pula, ketika kami mahu bertolak ke tempat pameran di Balai Islam Lundang, tengok-tengok di luar pintu empat pasang kasut kami telah dirembat oleh entah penyangak mana. memang bikin panas la di pagi hari camni. Dah la kasut spair tadak. kasut yang hilang tu pulak bukannya yang cincai-cincai, semuanya yang branded punya. Antara yang hilang ialah kasut aku. Huh! Sepasang kasut Dockers present daripada abang aku. So, terpaksalah kami yang kehilangan kasut ini masuk kereta dengan berkaki ayam.
Planning untuk terus ke tempat pameran bertukar tiba-tiba. Kami ke kedai bundle kasut untuk memilih kasut-kasut yang berkenan di hati. Sekali lagi kami terpaksa berkaki ayam masuk ke kedai tersebut (tapi aku pakai stokin, hehe). Setelah masing-masing menjumpai kasut atau sandle yang berkenan, terpaksalah kewangan milik Teguh Iman Resources dikeluarkan bagi membayar kasut-sandle yang telah dibeli. Kami terus bergegas ke tempat pameran.
Inilah antara cabaran yang terpaksa diharungi. Begitu teruja. Bukan senang rupanya untuk kita ingin membawa agenda 'iman' ke alam realiti. Banyak halangan (ujian) yang perlu diharungi.
Aku doakan agar Teguh Iman Resource menghadapinya dengan cekal. Biasalah 'ayam baru'. Budak yang baru mahu melangkah memang sering rebah. Tapi teruskanlah cita-cita itu sehinggalah kamu mampu berlari. Kala itu, tak mustahil kamu akan dapat terbang tinggi ke angkasa pula. Jangan lupa ajak aku sekali, hikhik...
Ehem:
: anTusufi melaporkan dari kompleks Balai Islam Lundang, Kelantan ;)
Dunia
10 years ago
5 comments:
Haaa malam ni jangan lupa lak bawa kasut masuk dalam rumah.
Takpa apabila pihak penganjur melihat kesungguhan kamu semua, itu akan memberi satu input yang baik. selain mempopularkan geng hangpa. Pasni leh la buat show tempat lain plak atau dapat projek baru...
kehilangan kasut tu moga akan diganti dengan ganjaran yg lebih besar.
k, chow!
okies..pesan hang akan ku pesankan pulak ke geng2 kaki ayam tu :D
I/Allah..moga depa akan lebih maju dalam agenda dakwah saintifik depa...haa, hang ejas la biar kami leh masuk ke kampus hang..wat projek ;) hang kan amik cos cam sains2 gak aku nampak...hehehe
yup..itu suma cobaaaan :)
k, chow laaa ;p
Salamualaikum...Tinta Hati dan Antu Sufi...terima kasih di atas keprihatinan kalian...semoga Allah memberkati kita semua...
Buat kerja biarlah ikhlas, Jgn asyik2 tunding jari kat orang. ahaaha. Kata nak bawa iman, tapi korang tu ada berakhlak degan iman ke?
Aku tak block kehadiran makhluk limunan...
Dari itu, dpt kita mengenal si hati tikus..dan siapa yg berhati singa ;)
Org limunan biasanya tidak seberani Jebat...jiwanya tidak sehebat Tuah..
Allahu musta'an...
Post a Comment