“...Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak..." Surah Maryam: ayat 88-91
Pada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 nanti, satu lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat di sepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.
Untuk mengetahui kiraan waktu gerhana dari lokasi bandar-bandar utama di malaysia, sila klik di sini
Alfu wa alfu mabruk buat sahabatku, alories (Fifi) Selamat diijab-kabulkan dengan pasangan pilihan hati
Gembiraku mengatasi hibanya si Syaitan yang menangis Doaku ku tumpang bersama penghuni langit Memohon kepada Tuhan Penakluk hati Agar ikatan terus terpatri Kekal berkasih hingga ke Raudhah Firdausi Peroleh zuriat mengenal Ilahi Menjadi pewaris perjuangan Nabi
Sulaman suka dan duka pantas diharungi Ombak dan badai bisa direntasi Musibah dan dugaan sabar dilalui Kegembiraan dan kebahagiaan tahu disyukuri
Sahabat... Secebis kalam ini yang mampu ku hadiahkan Semoga Allah meredhai serta membarkahi kalian
"1 Malaysia. Melayu, Cina, India, sama-sama baju ketat, seluar ketat. Semua sama. Pakat dedah aurat. Pakat bercampur jantan betina.
Hatiku berbisik sendiri, "Ini pasti SMS dari BUKAN penyokong kerajaan."
Kadang-kadang, ada betulnya juga SMS tersebut.
Justeru, apa tindakan kerajaan untuk men'sifar'kan gejala ini? Atau hanya ibubapa dan masyarakat yang harus bermatian membenterasnya dalam keadaan ledakan hiburan yang melampaui tiada batasnya? Harus begitukah? Dan...mampukah?
Tengok saja pada seragam sekolah (perempuan) sekarang, tidak perlu berteka-teki lagi apakah warna baju dalam atau coli mereka. Fahamkah maksudku? Maksudku adalah seragam mereka sekarang amat nipis. Bukankah hal demikian akan mengundang 'petaka'di kemudian hari? Kementerian Pelajaran tiada kuasakah dengan situasi ini? Menteri agama tidak pernah membuat pemantauankah di sekolah anak-anak yang bakal memimpin negara kita ini?
Itu baru sepotong dari sejuzuk kecelaruan yang berlaku. Bagaimana pula dengan sistem pendidikan kita? Siaran hiburan di kaca TV, radio, dan festival-festival yang dianjurkan di seluruh negara?
Argh! Begitu memenatkan.
Sudahlah. Sekadar meluahkan apa yang membuak di hati, sebelum ia meletup. Fikir-fikirkanlah...demi generasi depan.
Baru sahaja dunia melangkah ke tahun baru Hijrah (sedikit lagi akan ke tahun baru Masihi pula). Pastinya pelbagai sambutan, aktiviti, dan upacara akan diadakan. Ianya sudah menjadi rutin tahunan masyarakat kita. Tahukah kalian tema Ma'al Hijrah pada kali ini?
Sebelum kalian menjawab soalan tersebut, suka saya bertanyakan satu soalan yang lain. Untuk apakah Ma'al Hijrah diperingati? Untuk membawa kalian ke jalur yang lebih jauh lagi, mari sama-sama kita membelek sejarah dengan satu lagi soalan,apakah itu Ma'al Hijrah?
Ma'al Hijrah disambut adalah untuk memperingati permulaan bermulanya perkiraan tahun Hijrah. Satu detik sejarah yang agung buat penganut agama Islam.
Sememangnya ini merupakan suatu yang berantaian. Maksudnya, tiada Ma'al Hijrah tanpa berlakunya hijrah. Dan tiada hijrah seandainya Rasulullah SAW tidak berhijrah dari Mekah ke Kota Madinah. Persoalan besarnya ialah, kenapa Nabi Muhammad SAW, rasul nan agung itu sanggup bersusah-perit untuk berhijrah?Mengapa?
Ya, jawapannya adalah kerana Rasulullah SAW ingin menyempurnakan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Baginda. Pasti sesiapa yang pernah mendengar akan sirahnya akan dapat menjawab persoalan itu dengan baik.
Sempurnakan ajaran? Apa tidak sempurna lagikah ajaran Islam sewaktu di Mekah dahulu? Para pembesar Musyrikin Mekah pernah menghantar rombongan menghadap Rasulullah SAW dengan membawa pelbagai barangan bernilai ditambah pula dengan tawaran jawatan sebagai pembesar Mekah agar Rasulullah SAW dan kaum Muslimin pada ketika itu hanya tinggal diam beribadat di masjid-masjid. Tinggalkan semua ajakan kepada cahaya Islam buat umat.
Namun, sepertimana yang terkisah di lipatan sejarah, Rasulullah SAW dengan tegas dan penuh keyakinan mengungkapkan satu ucapan masyhur:
"Seandainya diletakkan matahari di tangan kananku,dan diletakkan bulan di tangan kiriku,untuk aku meninggalkan urusan ini (dakwah),sesekali tidak akan ku tinggalkan"
Melalui kisah ringkas ini kita sudah dapat mengerti bahawa dengan hanya melakukan ibadat asas dalam ajaran Islam, belum lagi dikira sebagai sempurna. Islam meliputi seluruhnya termasuk amal ibadat, muamalat, munakahat, politik, pemerintahan, kemasyarakatan, sosial, dan segala apa yang ada hubung-kaitnya dengan kehidupan. Dunia dan akhirat. Semuanya perlu berlandaskan ataupun mengikut ketetapan yang telah diwartakan oleh Allah SWT, Pencipta segala yang ada.
Lalu, dapat disimpulkan bahawa perkara yang paling penting dan aula dalam peristiwa hijrah ialah keutamaan menyebarkan ajaran Islam kepada seluruh umat manusia. Bukan setakat menyuruh masyarakat ke arah kebaikan, bahkan juga berusaha dengan apa saja daya yang ada untuk mencegahmereka dari melakukan perkara maksiat dan kemungkaran kepada Allah SWT.Hal ini dipertanggungjawabkan kepada semua pihak.
Daripada yang bergelar individu, ibubapa, para pendidik, penulis, blogger, masyarakat setempat, ketua masyarakat, kerajaannegeri, pemerintah di peringkat pusat dan negara, serta seluruhnya. Ya, serulah dengan konsep 'amar makruf, nahi mungkar'melalui bidang kuasa masing-masing kerana semua pihak akan dihitung pada setiap amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
"Setiap kamu adalah pemimpin,dan setiap pemimpin akan dipersoal tentang kepimpinannya" - Maksud Al-Hadis
Justeru, usah menuding jari kepada sesiapa lagi. Tiada guna salahkan pihak ketiga ketika berlakunya kebobrokan sosial (YA, hari ini ia kian membusuk). Cuma jalankan tugas masing-masing. INGAT! Tugas tersebut adalah AMANAH daripada Tuhan semesta. Tetapi AWAS!Sekiranya kita satu pihak sahaja yang berhempas-pulas mengislahkan umat (anak muda khususnya), manakala satu pihak lagi dengan penuh tawa menjamu nafsu mereka sepuas-puasnya, maka kita harus menentang pihak itu atas kemungkaran yang dilakukan. Tidak kira siapa pun yang mewakili pihak itu.
Kalaulah anak muda yang 'bersosial' itu kita misalkan mendapat 10 dosa atas kelakuan jijik mereka, selayaknyalah kita katakan bahawa pihak yang membentangkan permaidani kepada mereka untuk satu keburukan akan mendapatsejuta dosa.
Di bawah ini sedikit sedutan 'sembang rakyat' yang aku kumpul dari kes peraduan kira seluar dalam wanita. (kalau rajin, kira je bulu kat dalam sekali)
Tak percaya? klik-di sini- _________________________________
"Eh, manusia sekarang ni dah tak ada segan dan silu ke?"
"Aku ingat lagi dulu waktu kecik...akak aku suruh belikan 'mende' tu kat kedai...makcik kedai tu siap bungkus dengan surat khabar dulu, barulah masukkan dalam plastik".
"Orang dulu-dulu lain. Jangankan nak buat, sebut 'mende-mende' camtu pun tak. Aib. Sebab tu la kalau kita renung-renung, orang dulu tak seteruk orang zaman sekarang".
"Ni semua bahana kemodenan ke apa pun aku tak tahu. Memang bala".
"Ye la...kita susah-susah duk didik anak-anak. Tub-tub, ada apa-apa hal, kita jugak yang ditudingnya".
"Cuba tengok iklan kat tv tu...alamak ai, kekadang tu segan nak tengok. Kadang-kadang leh terangsang pulak aku dibuatnya". <<- dialog ini diselangi sedikit gelak kecil.
"Iklan 'ubat' ketiak kena eksploitasi awek-awek seksi (cun tak setara mana pun). Habis ditunjuknya segala gunung-ganang dan lurah-lurah".
"Malu (maruah) sekarang dah jadi sampah di tepi jalan. Bersepah-sepah. Disepak-sepak".
"Kalau masing-masing memain peranan, insya-Allah semua dapat setel".
"Takkan bapak mufti leh diheret ke mahkamah kes takde tauliah, tapi budak-budak spara bogel yang berkeliaran jantan betina melayan nafsu tu takleh nak jamah sedikit pun".
"Hellooo...jangan jadi dayus la. Kuasa dah ada sebesar petala langit".
"Roadblock tu, jangan saman orang tadak lesen je...yang berkepit berpeluk atas motor dalam kereta tu saman jugak. Susah sangat ke?"
"Alaa, cakap banyak takde guna jugak kalau depa ni pekak dan membuta".
"Buat penat mak bapak didik kat rumah...buat letih cikgu ajar kat sekolah. Akhir sekali, bila keluar dari rumah, bila keluar dari sekolah, semua bebas. Sepatah pun orang tak berani nak tegur".
Malam ini aku keluar ronda-ronda seorang diri. Malam ini malam Sabtu. Masih dikira malam minggu buat warga Bandaraya Kuala Terengganu. Bandaraya? Apa yang ada pada batang tubuh bandaraya ini? Kenapa ia dibangga-bangga serta dikejar-kejar oleh segolongan manusia?
Biasanya malam-malam begini aku akan keluar bersama tim partner aku, Ady & Apits. Berbincang-bincang apa-apa yang patut untuk mencipta kemajuan diri. Tapi malam ini mereka tiada. Mereka ke Kemaman, menyertai program anjuran pemuda.
Malam ini aku hanya bertemankan mini komputer punyaan Apits. Nawaituku hanya untuk menyiapkan sebahagian dari tulisan yang masih terbengkalai. Namun niatku itu terbengkalai juga. Belum pun sampai setengah muka aku mengarang, aku berhenti. Kerana, terpanggil untuk membuat tulisan ini.
Sambil menaip dan menggali idea, aku dihiburkan dengan dendangan muzik dari corong suara headphone yang ku kepit di kepala. Jam baru menunjukkan pukul 11:27 minit malam. Ya, barangkali malam masih muda. Bukan padaku, tetapi kebarangkalian itu mungkin bagi diri anak-anak muda yang sedang melata itu. Aku sekarang berada di Taman Pesisir Air. Berhampiran hotel Felda, Kuala Terengganu.
Sebentar tadi hujan turun renyai-renyai. Mereka yang berkeliaran di taman ini masing-masing mengangkat kaki. Takut benar kepada basah. Sekarang cuaca cerah kembali. Mereka yang lain pula seorang demi seorang datang menghiasi panorama taman ini. Ada yang menaiki motosikal dan ada juga yang berkereta. Lelaki dan perempuan, itu satu kepastian.
Antara mereka ada yang memancing. Ada yang berkepit-kepit (membikin ‘air’) kat atas motor. Ada yang lepak-lepak di wakaf-wakaf taman yang terbina cantik. Oh ya, tidak berapa jauh dari tempat aku melabuhkan kereta, ada sekumpulan anak muda-mudi bersuka-ria menyambut hari ulang tahun (barangkali: kerana mereka sedang menunggu untuk memotong kek yang ada di sisi mereka).
Sekejap lagi aku mahu ke Pantai Batu Burok pula. Melihat apa yang terhidang di sana. Tetapi tulisan ini aku akan selesaikan di sini kerana bateri mini komputer ini sudah lemah. Sudah tidak mengizinkan lagi untuk berlengah-lengah.
Sejenak terfikir; kepada siapakah mahu dipersalahkan dengan keadaan yang sedang ku saksikan ini? Atau ianya bukan lagi suatu kesalahan? Alah bisa, tegal biasa kan? Sudah tidak terasa apa-apa lagi. Puas si Iblis puas dengan gelagat anak Adam dan kelakuan anak Hawa ini. Puncak nafsu mengatasi segalanya.
Aku tidak suka menyalahkan mereka itu. Kerana apa? Kerana itulah naluri mereka. Mereka mungkin jauh dari didikan. Didikan diri. Didikan ibubapa. Didikan kaum keluarga. Didikan sanak saudara. Didikan sahabat handai. Didikan masyarakat. Didikan pemerintah.
Aku sudah bosan dengan keadaan begini. Mana tanggungjawab mereka yang aku sebutkan di atas. Tanggungjawab tersebut harus dipikul bersama. Ia sangat tidak berkesan dan membazir jika hanya diusahakan oleh sesetengah pihak sahaja. Lakukan tanggungjawab mengikut kemampuan masing-masing.
Mereka yang berilmu pun mampu disekat memasuki masjid apabila tiadanya tauliah kan? Takkanlah anak muda kita yang berkepit-kepit, berfoya-foya di taman, yang berpakaian bagai mahu terjeluak buah dada, dan yang bagai nak tersembul lurah di celah peha tidak mampu kalian cegahkannya?
Itu semua tidak mengganggu-gugat takhta kamu bukan? Ya, itulah sebabnya. Usah banyak berdalih lagi. Setiap dosa dan noda yang mereka anak muda ciptakan itu kalianlah yang menanggungnya. Ya, kalianlah penanggungnya tanpa berkurangan sedikit pun dosa mereka itu.
Keterlaluan? Habis, bagaimana lagi harus aku meluahkannya?
Alhamdulillah, Suasana pagi makin berseri-seri bilamana matahari mula menjenguk diri dan memancarkan cahayanya untuk menyinari bumi ini, terlukislah keindahan dalam keharmonian, maka terpamerlah akan kekuasaan Ar-Rahman...Allahu Akhbar!!!
Jam 07 pagi: Kami (aku, ma abah, dan siti) mula bertolak. Destinasi pada kali ini adalah Kg. Wakaf Beruas, Kuala Terengganu.
Kami ke sana adalah untuk menghadiri upacara majlis akad nikah salah seorang daripada sahabat baik ku yaitu Ust. Zulkhairi Ngah, yang juga mantan presiden PERMAYA. Dalam pada masa yang sama juga, bakal pak mertuanya adalah kenalan ku ketika berada di Tanah Suci Mekah pada tahun 2004 yaitu Ust. Mad Ali. Bakal abang iparnya pula adalah Apit (bekas webmaster www.permaya.org), dan birasnya pula adalah Ust. Rafizal (Lepasan Jamiah Ulum, Sana'a). Jadi, kali ini ku tiada rasa 'kekok' bilamana bertemu dengan ahli keluarga sebelah pengantin perempuan (Ust. Mad Ali).
Tepat jam 10:10 pagi, tibalah pengantin lelaki yang dinanti-nantikan. Ehems-ehems...Begitu bergaya dengan stail 'keMELAYUan'nya. Pada waktu yang sama, di dalam bilik pengantin, si mempelai perempuan semakin tersipu-sipu dan berkembangan bunga keayuannya.
Sejurus selepas masuk ke rumah. Majlis ijab dan qabul dilangsungkan. Ianya dimulai dengan penerangan ringkas dari juru nikah, khutbah nikah, dan diakhiri dengan bacaan doa selamat sejahtera. Moga Tuhan merahmati kehidupan kedua mempelai dalam melayari bahtera rumahtangga dan diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan al-haq di muka bumi ini.
Di antara bekas pelajar Yaman yang hadir pada upacara majlis akad nikah tersebut ialah akhi Syed Ahmad dan juga Ust. Ismail.
Oh ya, di kesempatan ini ingin juga kami (aku & antusufi) ucapkan alfu mabruk buat akhi Zamir kita yang juga telah mengakhiri zaman bujang beliau pada awal bulan Syawwal baru-baru ini. Moga Tuhan memberkati kehidupan kalian hingga ke akhirnya.
"Maaf Mir, kami tak berkesempatan nak ke walimah kamu. Jauh sangat :)"
Ah...sebelum pembaca boring dengan tulisan ini, baik aku stop dulu. Jom kita pakat tengok gambar yang sempat aku 'perintahkan' antusufi abadikannya di dalam kamera digital ku.
Akhirnya apa yang dirancang kurang lebih dua minggu yang lepas dapat dilaksanakan dengan lancarnya. Ia sangat berjaya.
Pada malam dua minggu yang lepas Fakhrurazi (Koji) memanggil kami untuk berbincang-bincang. Kami bertemu di kedai lampu milik ayahnya, di hujung pinggiran Bandaraya Kuala Terengganu. Kami beberapa orang, Koji, saya, Hadi, Apits, Zulkhairi, dan Aiman. Semuanya bekasan pelajar Malaysia yang pernah bermain debu Yaman dalam mencari segeluk ilmu Tuhan yang luas. Kecuali Koji seorang. Beliau belum lagi ‘bekasan’ seperti kami kerana beliau sedang ber’utlah dan akan kembali ke Yaman pada bulan Oktober ini, menyudahkan pengajian beliau.
Isu perbincangan kami pada malam tersebut ialah seputar Yaman. Mengenai sahabat-sahabat di sana. Juga mengenai PERMAYA, satu-satunya persatuan pelajar Malaysia yang ‘halal’ di Republik Yaman. Koji menyarankan agar diadakan satu kutipan derma bagi menjana ekonomi persatuan kesayangan kami itu. Tapi bagaimana?
Disebabkan Koji merupakan salah seorang imam solat terawih yang bertugas di Masjid Pengadang Baru KT, kami sebulat suara dan bersetuju untuk mengadakan kutipan derma di masjid tersebut. Paling kurang, di masjid tersebut kami mempunyai tiga kelebihan.
Pertama, masjid tersebut memang sebuah masjid yang aktif dan dihadiri oleh para jemaah yang ramai pada setiap waktu. Kedua, Koji sendiri memainkan peranan yang besar kerana beliau adalah imam jemputan di masjid tersebut sepanjang Ramadhan ini. Dan ketiga, sekarang adalah bulan Ramadhan, bulan orang menjadi baik hati serta pemurah.
Koji sedang mempengerusikan majlis
Bak kata Koji, “Kalau boleh, kita kena buat program ni (kutipan derma) dalam bulan Ramadhan ni jugak. Barulah dapat lebih.”
Kutipan dana
Pada hari Selasa, 15 September baru-baru ini bersamaan dengan 25 Ramadhan 1430H, kami telah berjaya mengadakan program kutipan dana untuk PERMAYA di Masjid Pengadang Baru, KT. Alhamdulillah, program ringkas tersebut berjalan dengan jayanya. Tuhan telah permudahkan gerak-usaha kami. Dia maha Pemurah lagi maha Pengasih.
Program bermula dengan solat Isyak berjemaah, solat terawih, tazkirah, dan diakhiri dengan solat witir. Pada malam tersebut solat terawih hanya dilakukan sebanyak lapan rakaat. Empat rakaat pertama diimami oleh Koji sendiri dan empat rakaat akhir diimami oleh pasangan imamnya. Di pertengahan solat terawih pula diadakan tazkirah khas bertajuk ‘Ibadah Puasa Dari Perspektif Al-Quran & Sains’ yang disampaikan oleh YM Ustaz Syed Norhisyam, pendakwah bebas yang berasal dari Kampung Paloh, KT.
Sebelum slot tazkirah dimulakan, Koji selaku Pengerusi majlis terlebih dahulu menerangkan kepada para jemaah tujuan program tersebut diadakan. Beliau turut memperkenalkan PERMAYA dan latar belakang kehidupan pelajar-pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Republik Yaman. Kemudian barulah beliau menjemput al-fadhil ustaz bagi menyampaikan tazkirahnya.
YM Ustaz Syed Norhisyam sedang menyampaikan tazkirah
Permulaan tazkirah yang disampaikan membincangkan mengenai tanda-tanda kerasulan pada rasul-rasul yang terdahulu sebelum nabi Muhammad SAW seperti nabi Nuh, Musa, serta nabi Isa alaihimussalam. Tanda-tanda kerasulan itu juga dikenali sebagai mukjizat.
Pentazkirah yang juga mantan Presiden PERMAYA awal tahun 2000 itu seterusnya menyampaikan inti utama tajuk yang diamanahkan kepadanya dengan membincangkan mukjizat nabi Muhammad SAW yang antaranya masih kekal sehingga sekarang, iaitulah Al-Quran.
Turut dibincangkan ialah mengenai pelaksanaan ibadah puasa yang diperintahkan di dalam Al-Quran. Jelas bahawa tuntutan ibadah berpuasa selain menjadi bukti kehambaan kita kepada Allah SWT, ia juga mempunyai faedah yang sangat besar kepada pengamalnya. Terutamanya dari sudut kesihatan. Ia terbukti dan diperakui oleh kajian-kajian saintifik klinikal.
Akhirnya, pentazkirah sekali lagi menjelaskan kepada jemaah objektif kutipan dana ini diadakan. Beliau sempat mengimbau kembali bagaimana bantuan daripada dana pendidikan negeri Terengganu yang disalurkan kepada anak Terengganu di Yaman dari tahun 2001 – 2003 telah ditarik balik oleh kerajaan negeri tanpa alasan yang munasabah.
Para jemaah memenuhi ruang masjid
“Kepada mereka yang bersama merancana kemenangan kerajaan negeri pada Mac 2004 yang lalu harus bertaubat, pintu taubat sentiasa terbuka buat kalian.” Seru Ustaz Syed di akhir ucapan beliau.
Ya, mereka harus bertaubat dan mohon keampunan kerana telah menarik (baca: merompak) hak kami tanpa memberi sebarang alasan yang bertepatan dengan agama. Ingat, di hari pengadilan esok tiada seorang pun yang akan terlepas dari pandangan-Nya.
Kepada semua yang terlibat dengan program ini terutamanya pihak Masjid Pengadang Baru KT yang sedia menghulurkan kerjasama, diucapkan setinggi penghargaan. Usaha kita ini pasti akan mendapat ganjaran kebaikkan yang berlipat ganda daripada-Nya yang maha Pemurah dan maha Pengampun.
Untuk makluman semua, kutipan dana PERMAYA pada malam tersebut hampir mencecah RM10,000. Terima kasih Tuhan. Ku pulangkan segala kesyukuran ke hadrat-Mu yang maha Kaya lagi Pemurah. Salam-selawat buat rasul akhir pilihan-Mu, Muhammad SAW.
Terkini: Kutipan keseluruhan pada lima hari akhir di bulan Ramadhan hampir-hampir RM15,000.
Sama ada berjaya ataupun tidak, ucapan terima kasih dan setinggi tahniah harus dirakamkan kepada para pejuang kebenaran dan keadilan yang begitu kental semangatnya berhadapan dengan pelbagai tektik menggagalkan daripada 'bala tentera' kerajaan Barisan Nasional. Mereka dengan tiada belas kasihan dan berperi kemanusiaan telah bertindak ganas terhadap rakyat yang hanya mahu berhimpun secara aman menyatakan isi hati mereka terhadap pelaksanaan ISA yang bagi mereka sudah tidak relevan lagi kini. Dan...jelas ia amat bercanggah dengan undang-undang Islam.
Ada yang mengatakan bahawa perhimpunan itu gagal. Ya, memang perhimpunan tersebut gagal jika contoh mudah yang akan saya bawakan di bawah ini juga disebut 'GAGAL'.
Ada seorang pelajar yang akan menduduki ujian SPM pada akhir tahun ini. Pelajar itu memasang azam dan semangat agar diskornya A pada ujian besar tersebut. Dia tidak mahukan keGAGALan. Namun, disebalik usaha, semangat, dan keazamannya itu, dia terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan juga halangan.
Ibubapanya, awal-awal lagi tidak memberi sokongan dan semangat yang sepatutnya. Bila di rumah, dia disuruh membuat itu dan ini. Dia diarah membuat kerja-kerja rumah sehingga tak menang tangan. Dia dihalang untuk ke sekolah selagi kerja-kerja rumah tidak disiapkan. Kelas tambahan pula usah ditanya. Memang tidak berpeluang. Keinginannya untuk bersama-sama rakan ke kelas tuisyen telah di'roadblock' dari rumah lagi. Percaya atau tidak, hingga beg kepunyaannya pun digeledah ibubapanya. Jika ada buku berkait dengat SPM, pasti akan dirampas.
Pelik bukan? Tapi itulah kenyataan dunia hari ini. Terutamanya di negara kita ini. Jadi, usah dipertikai logikalnya. Memang kisah ini hanya rekaan semata-mata. Pelajar tadi, akhirnya selepas menduduki ujian SPM dan mendapat keputusannya, target yang diidamkan tidak dapat digapai. Ada juga A yang kecundang. Di samping, masih ada A yang tetap ditentukan Tuhan menjadi miliknya.
Gagalkah pelajar tersebut untuk meraih A keseluruhan? Gagal ataupun tidak berpeluang? Ia adalah perkara yang berlainan. Ha, fikir-fikirlah sendiri.
Perhimpunan Haram Halal
Ada yang lebih melucukan. Perkara ini sudah sering kali sebenarnya terjadi. Setiap kali adanya pihak-pihak yang tak sebulu dengan kerajaan ingin membuat perhimpunan, pasti keluar pelbagai kenyataan menyokong (baca: mengampu) dikeluarkan.
"Pihak berwajib harus mengambil tindakan tegas kepada perhimpunan haram yang akan diadakan nanti"
"Perhimpunan haram akan mencetuskan keadaan huru-hara. Menyusahkan banyak pihak"
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengikut perhimpunan haram. Ia salah di sisi undang-undang"
Itu...itulah antara kebiasaannya kita dapat dengar reaksi media yang dikeluarkan oleh orang-orang yang 'ada nama' di dalam kelompok masyarakat.
Tetapi saya pelik, banyak perhimpunan yang jelas haram di mata agama dihalalkan pula oleh kerajaan ini. Lagi memualkan, tiada lagi kedengaran kenyataan orang-orang tadi mempertikaikan perhimpunan 'halal' tersebut. Eh, tidak beragamakah mereka ini? Atau bagaimana?
Kalau di Terengganu sekarang, pelbagai karnival telah berlarutan sejak berbulan-bulan yang lalu. Di setiap karnival, wajib akan diadakan persembahan hiburan kekuningan yang mengikut acuan Barat. Waktu itu, anak-anak muda akan berhimpun dan berbuat beraneka perangai yang jelas tidak mengikut lunas Islam.
Pergaulan diHALALkan sebebas-bebasnya. Aurat diHALALkan pendedahan semahu-mahunya. Dengan bahasa jijiknya lagi, nafsu diHALALkan menjadi hidangan generasi muda dengan percuma. Masakan tidak, para pemudi pelbagai lapisan umur sudah tidak rasa bersalah mendedahkan badan. Buah dada ditonjolkan menjadi tontonan umum. Hatta di celah kelangkang dan punggung pun kita dah dapat congak berapa saiznya. Kadang-kadang, seluar kecik juga kita dapat tahu bagaimana corak dan warnanya. Tidakkah itu akan membangkitkan syahwat sesiapa sahaja? Tidakkah itu dapat menjahanamkan negara? Maaf kerana menulis begini. Inilah saja gambaran yang dapat saya terjemahkan.
Itu baru bercakap mengenai negeri Terengganu. Kalau di Kuala Lumpur, memang tak terkejarlah kita. Sudah bermacam-macam aktiviti HARAM telah diHALALkan. Tengok saja pada sambutan kemerdekaan negara penghujung Ogos nanti (tapi aku doakan agar trend kuning itu diubah Najib).
Hah, mana hilangnya mereka yang kononnya mahukan keamanan dalam negara? Mana pembela golongan pelajar? Mana hilangnya jurucakap agama? Mana suara lantang ahli politik? Ke mana dicampak sensitiviti Islam mereka? Kenapa tiada kedengaran kenyataan yang mempertikaikan perhimpunan HARAM yang diHALALkan itu? Kalau mereka kata penganjur yang menganjurkan perhimpunan seperti Bantah ISA itu bermotifkan politik, mereka pula bermotifkan apa? keharmonian negara? Kepatuhan agama? Kesusilaan adab dan sopan? Tidak, tidak sama sekali. Mereka hanya bermotifkan pangkat, darjat, dan temolok nasi.
"Kalau nak terus berkuasa pun agak-agak la, takkan sampai nak hancurkan masa depan anak muda kita"
"Berusahalah dengan seribu kekuatan, usah berdalih dengan seribu alasan Tawakkal, sabar, & redha dengan segala ketentuan Berimanlah! Sesungguhnya Tuhan maha Berkehendak Aturan dan segala kesudahan-Nya adalah terbaik bagi setiap hamba
GuwaSufi
Kelab Fan
Banner Excange
Hiwarun
SILA LAYARI LAMAN INI DENGAN MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX
UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG MASALAH!
TERIMA KASIH.