Hari ini merupakan hari pertama aku berada di kompleks Balai Islam Lundang, Kelantan. Tempat berlangsungnya Pameran Mukjizat Al-Quran itu. Sebaik sahaja tiba di sini pada waktu Mahgrib malam tadi, aku terus mencari group Mukjizatsaintifik ataupun yang dikenali dengan Teguh Iman Resources dalam pameran tersebut.
Mereka adalah antara yang mengendalikan bahagian teknikal pemeran dan menjadi pengendali khas bilik tayangan video yang menayangkan perbincangan antara Syeikh Abdul Majid Az-Zindany (Pengasas Badan Mukjizat Saintifik) dengan beberapa orang saintis Barat yang terkenal dalam bidang pengkhususan yang berbeza. Bilik itulah yang menjadi markaz gerak-kerja mereka. Dan aku, secara tak langsung turut menyertai mereka.
Pameran ini antara lainnya mengandungi ruang legar yang mempamerkan penemuan-penemuan sains dan kajian terkini yang disepadankan dengan bukti-bukti dari nas Al-Quran yang telahpun terlebih dahulu membicarakannya lebih 1400 tahun yang lampau. Gerai-gerai jualan buku juga ada disediakan. Selain itu, pelbagai acara menarik seperti cabutan bertuah, permainan kanak-kanak, persembahan nasyid, dan deklamasi sajak turut diadakan.
Hari ini dan semalam merupakan hari pembukaan pameran. Esok pula adalah hari perasmian yang akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kelantan. Sambutan para pengunjung setakat ini nampaknya agak perlahan. Tidak berapa ramai. Kita tunggu sahaja selepas majlis perasmiannya nanti, mungkin jumlah kehadiran pengunjung lebih memberangsangkan. Sila ikuti perkembangannya di blog ini. Insya-Allah aku akan melaporkannya dari hari ke hari selama beberapa hari aku di sini.
Anjuran:
Perpustakaan Awam Islam Dar Nur Zahra’ (DNAZ’)
Dengan kerjasama:
Kerajaan Negeri Kelantan – Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra – Teguh Iman Resources – Pusat Islam – Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia – Perbadanan Muzium Negeri Kelantan – Pertubuhan Amal Ibnu Sina Malaysia – Majlis Agama Islam Kelantan – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam – Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan – Persatuan Pengguna Islam Malaysia – Pupuk Nilai Murni Berhad – Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam – Hotel Perdana – Darul Digital.
Ehem:
: Kepada anda yang kelapangan, datanglah beramai-ramai ke pameran yang menjanjikan satu ‘pembongkaran’ buat para pengunjungnya ini
: Pameran ini berlangsung dari 11 – 16 Disember 2007, jam 10 pagi hingga 10 malam. Kemasukan percuma
: Tiada penaja yang sedia untuk membayar iklan ini, huhuhu ;p
Posted by
GuwaSufi
4 comments:
Uwaaaa bestnya...teruskan membuat liputan. liputan 2 kali sehari ker..haha.. ;P
bayaq la nak suh aku wat 2 kali sehari ;p...yg skali sari tu pon senak otak..kamera tadak, tak syok nak wat liputan...kelam kabut kan, diorg tertinggal kamera...biase arr...first tyme projek besaq :)
weh...dihah apecite ekk....tenggelam banjir ke apa sepi je memanjang...takkan putus cinta kut..hehe....
-anTusufi
Huhu windu kat dihah ek? Contact la hp dia. Skrg kan zaman teknologi ;P
try
Post a Comment