SILA SKROL KE BAWAH UNTUK ARTIKEL TERKINI

Hanya Pinjaman (Tsunami 26 Dis. 2004)

Ni puisi edisi update...Bagi memperingati tragedi terulung abad ini...Kalo diperhatikan, memang setiap kali berlangsungnya sambutan Hari Natal, akan berlakulah 'amarah' ini, yang bergema di ruang langit...Jadi, kepada korang yang menyimpan hasrat untuk menghadirkan diri anda ke pesta² Hari Natal, fikir²kanlah...Moga kita disisihkan dari 'amarah' itu...

Actually, tadak pape yang nak di-publish-kan sebenarnya...So, sesama la pakat² baca apa yang ada kat bawah ni eyh........


Kau tahu tak...
Peristiwa itu memenuhi dada akhbar
Kisahnya tak lekang
Meniti dari bibir ke bibir
Ceritanya menggempar
Serata ceruk alam.

Kau tengok tu...
Mereka bertempiaran
Lintang pukang selamatkan diri.

Takut..resah..gelisah...
Menyelubungi sanubari
Pabila ombak ganas bagai menyerang
Kerna patuh arahan Tuan yang Satu.

Meluru laju
Merempuh daratan faqir
Dataran ketandusan abdi.

Kau nampak tak tu...
Mereka mula keluar
Ke sana ke mari
Tercengang memandang.

Takjub..gerun..ajib...
Gentar bersalut di hati
Pabila musuh mula berundur
Terbentang athar menyayat
Kehancuran merata.

Hamparan bumi
Danau indah
Desa permai
Bangunan gagah
Kini bak padang jarak
Ranap
Seolah kiamat menjengok diri
Dikerjakan tentera utusan Ilahi.

Lihat...
Mereka terus terpegun
Mata seakan tidak percaya
Namun detik hati mengia
Di celah kebinasaan melata
Masih utuh tersergam
Maqam pengabdian hamba
Kepada yang Esa.

Menggentarkan yang ingkar
Menyedarkan yang lalai
Menginsafkan yang taat.

Bahawa...
Semua maya hanyalah pinjaman
Lorong abdi menuju Pencipta.



- anTusufi

Januari 2005...

Pameran Mukjizat Al-Quran [liputan -3]

Assalamualaikum...

Hari ini aku dah berada di kampung halaman. Walaupun aku ni masih single (tak macam geng mukjizat yg semuanya dah berpunya), tapi berada di kelantan selama 6 hari membuatkan aku merindui kampung laman, hehe.
Semalam merupakan hari penutup Pameran Mukjizat Al-Quran. Dimaklumkan bahawa YB Dato' Husam Musa yang akan memberi ucapan pada majlis penutup tersebut. Aku tak sempat dengan majlis itu sebab awal-awal lagi aku dah cabut balik.
Kehadiran para pengunjung selepas hari perasmian sehinggalah ke hari akhir pameran amat menggalakkan. semakin hari semakin bertambah. Dari kanak-kanak kecil hatta ke orang dewasa, semuanya tak lepaskan peluang untuk mengunjunginya.

Kehadiran paling ramai ialah pada malam persembahan hiburan Islam yang menampilkan kumpulan nasyid kontemporari iaitu Raihan. Beberapa lagu top mereka telah dipersembahkan. Para hadirin dihiburkan juga dengan persembahan dikir barat pada majlis pembukaan. Pendikir terkenal, Jen Endoro telah dapat memukau para hadiri dengan dikir karut tanpa hentinya selama 14 minit. Rekod paling lama beliau mempersembahkan dikir karut ialah selama lebih satu jam tanpa henti. Kesemua lagu yang dipersembahkan oleh kumpulan dikir MPKB itu bertemakan penghayatan kepada Al-Quran. Alaa, aku tertinggal gambar-gambar persembahan tu kat rumah la, lupa nak bawak ke cc. So, tak dapat la korang menengoknya, hehehe...

Oleh kerana tak dapat nak siarkan gambar-gambar persembahan tu, kat bawah ni aku akan paparkan gambar tempat penginapan yang kami lepak selama enam hari itu. Sebenarnya, kalau

diikutkan perjanjian asal, kami (tim Teguh Iman Resources) akan diberi tempat penginapan di Hotel Perdana Kota Bharu. Tetapi pada saat-saat akhir, datang pula sekumpulan tetamu dari Pertubuhan Orang² Cacat Penglihatan. Tempahan hotel masa tu dah pun penuh. Jadi, kami dengan baik hatinya mengorbankan bilik-bilik hotel untuk diberikan kepada mereka. Dan kami pula terpaksalah (tapi ikhlas:)) berpindah ke Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad. Itulah tempat penginapan kami selama beberapa hari itu.

Okay la, aku chow dulu......nak p jumpa member jab. Nanti esok aku sambung balik eyh.....

Bersiap-siap untuk ke tempat pameran

Inilah pondok kami...besar tak semestinya bahagia kan? ;)

Pameran Mukjizat Al-Quran [liputan bergambar]

1) Banner Pameran

2) Pintu utama Balai Islam Lundang, Kelantan

3) Banner di pentas utama

4) Dar Nur Zahra', Penganjur utama pameran

5) Bilik teknikal Teguh Iman Resources

6) Petugas Teguh Iman Resources di bilik teknikal

7) Gunung Pemasak Bumi, satu pembongkaran

8) Gambar (janin) ihsan daripada Teguh Iman Resources untuk banner design

9) Ruang pameran Teguh Iman Resources

10) Petugas Dar Nur Zahra' & Teguh Iman Resources

11) Antara bahan di ruang pameran TIR
(Al-Quran membenar teori sains 'Big Bang')


12) Salah seorang pengunjung sedang khusyuk membaca di ruang pameran TIR

13) Seorang petugas TIR memberi penerangan kepada pengunjung berkaitan
Peringkat Kejadian Manusia menurut Al-Quran


14) Dua orang petugas TIR sedang 'mengejas' paparan slide show di komputer

15) Para pengunjung ruang pameran TIR

16) Pengunjung membanjiri dewan pameran

17) Sekitar ruang gerai jualan di dewan pameran

18) Kanak-kanak ini memerhatikan bagaimana pembentukan janin berlaku

19) Pihak Muslimah juga tidak ketinggalan

20) Keadaan janin yang sudah pun membentuk baby comey ;)

21) Pengarah pameran, (berbaju batik) Dr. Rosli Allaani bersama
orang kanan beliau (berjubah), Ustaz Nik

22) Ustaz Nik, Urusetia Tugas2 Khas pameran (berkopiah) & Ustaz Adli, Penasihat Syar'ie
TIR (berjubah putih), sedang diwawancara oleh wartawan
dari Harakah di bilik teknikal TIR


Ehem:


: Gambar ihsan daripada Teguh Iman Resources (TIR)

:
Terima kasih kepada TIR kerana mengizinkan aku memaparkan gambar mereka di blog ini
: Jurufoto: Jambia Saifin & anTusufi

Pameran Mukjizat Al-Quran [liputan -2]

Hari ketiga. Semalam kami bersarapan nasi putih berlaukkan itik masak kurma. Hari ini pula kami bersarapan nasi putih berlaukkan ikan gulai kuning. Begitulah suasana di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Rata-rata kedai makan menyediakan nasi berlauk sebagai menu pagi mereka. Dan kami tidak melepaskan peluang untuk sama-sama mencubanya.

Malam tadi merupakan waktu paling kronik buat geng Mukjizatsaintifik. Mana tidaknya, kebanyakan tugas-tugas teknikal pameran terpaksa mereka yang uruskan. Pihak urusetia program semacam tiada persediaan rapi, sedangkan ini program besar dan julung-julung kali diadakan. Hinggakan ada di kalangan geng Mukjizatsaintifik yang tidak sempat untuk makan malam. Dalam jam 12 malam barulah kami dapat menikmati makan malam.

Bila pulang ke tempat penginapan pula, bukan dapat terus tidur dan berehat. Malah banyak lagi permintaan akhir minit yang diminta oleh pihak penganjur agar mereka laku ataupun sediakannya. Saat aku tidur pada jam dua pagi, kelihatan dua orang daripada mereka masih bersekang mata menghadap laptop masing-masing di ruang tamu rumah penginapan. Aku terlelap dan entah jam berapa mereka tidur.

Pagi ini pula, ketika kami mahu bertolak ke tempat pameran di Balai Islam Lundang, tengok-tengok di luar pintu empat pasang kasut kami telah dirembat oleh entah penyangak mana. memang bikin panas la di pagi hari camni. Dah la kasut spair tadak. kasut yang hilang tu pulak bukannya yang cincai-cincai, semuanya yang branded punya. Antara yang hilang ialah kasut aku. Huh! Sepasang kasut Dockers present daripada abang aku. So, terpaksalah kami yang kehilangan kasut ini masuk kereta dengan berkaki ayam.

Planning
untuk terus ke tempat pameran bertukar tiba-tiba. Kami ke kedai bundle kasut untuk memilih kasut-kasut yang berkenan di hati. Sekali lagi kami terpaksa berkaki ayam masuk ke kedai tersebut (tapi aku pakai stokin, hehe). Setelah masing-masing menjumpai kasut atau sandle yang berkenan, terpaksalah kewangan milik Teguh Iman Resources dikeluarkan bagi membayar kasut-sandle yang telah dibeli. Kami terus bergegas ke tempat pameran.

Inilah antara cabaran yang terpaksa diharungi. Begitu teruja. Bukan senang rupanya untuk kita ingin membawa agenda 'iman' ke alam realiti. Banyak halangan (ujian) yang perlu diharungi.

Aku doakan agar Teguh Iman Resource menghadapinya dengan cekal. Biasalah 'ayam baru'. Budak yang baru mahu melangkah memang sering rebah. Tapi teruskanlah cita-cita itu sehinggalah kamu mampu berlari. Kala itu, tak mustahil kamu akan dapat terbang tinggi ke angkasa pula. Jangan lupa ajak aku sekali, hikhik...


Ehem:

:
anTusufi melaporkan dari kompleks Balai Islam Lundang, Kelantan ;)

Laporan Dari Harakahdaily.net

Salmah Mat Husain
Tue | Dec 11, 07 | 7:17:33 pm MYT


KOTA BHARU, 11 Dis (Hrkh) -
Pameran Mukjizat Al-Quran 2007 yang julung kali diadakan bermula hari ini sehingga 16 September ini mengetengahkan pelbagai kelebihan kitab suci itu.

Orang ramai termasuk pencinta Islam, penganalisis dan berbagai lagi golongan profesional berpeluang menyaksikan sendiri pameran itu yang diadakan di Balai Islam, Lundang.

Pengarah program, Dr Rosli Alaani Shekh Abdul Kader berkata, program anjuran perpustakaan Dar Nur Al-Zahra dengan kerjasama kerajaan negeri itu akan dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 Disember ini jam 3 petang.

Menurutnya pameran itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan umur.

"Program ini dijangka mendapat sambutan terutama penglibatan pelbagai pihak yang mahir dalam bidang al-Quran termasuk syarikat Teguh Iman Resources yang ditubuhkan anak murid Sheikh Abdul Majid Zandani".

"Selain itu, seorang lagi tokoh besar dan antara pengasas ilmu sains dan mukjizat al-Quran, Dr Danial Zainal Abidin, yang banyak menulis buku mengenai Quran dan sains terbabit sama," ujarnya di sini.

Selain itu turut diadakan konsert nasyid dan dikir barat Islam bakal menampilkan kumpulan Raihan dan pendikir tersohor Kelantan, Jen Endoro. Aktiviti lain termasuk pertandingan bercerita kanak-kanak, demontrasi menulis khat dan jawi serta bicara ilmu. - mj

Pameran Mukjizat Al-Quran [liputan -1]

Hari ini merupakan hari pertama aku berada di kompleks Balai Islam Lundang, Kelantan. Tempat berlangsungnya Pameran Mukjizat Al-Quran itu. Sebaik sahaja tiba di sini pada waktu Mahgrib malam tadi, aku terus mencari group Mukjizatsaintifik ataupun yang dikenali dengan Teguh Iman Resources dalam pameran tersebut.

Mereka adalah antara yang mengendalikan bahagian teknikal pemeran dan menjadi pengendali khas bilik tayangan video yang menayangkan perbincangan antara Syeikh Abdul Majid Az-Zindany (Pengasas Badan Mukjizat Saintifik) dengan beberapa orang saintis Barat yang terkenal dalam bidang pengkhususan yang berbeza. Bilik itulah yang menjadi markaz gerak-kerja mereka. Dan aku, secara tak langsung turut menyertai mereka.

Pameran ini antara lainnya mengandungi ruang legar yang mempamerkan penemuan-penemuan sains dan kajian terkini yang disepadankan dengan bukti-bukti dari nas Al-Quran yang telahpun terlebih dahulu membicarakannya lebih 1400 tahun yang lampau. Gerai-gerai jualan buku juga ada disediakan. Selain itu, pelbagai acara menarik seperti cabutan bertuah, permainan kanak-kanak, persembahan nasyid, dan deklamasi sajak turut diadakan.

Hari ini dan semalam merupakan hari pembukaan pameran. Esok pula adalah hari perasmian yang akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kelantan. Sambutan para pengunjung setakat ini nampaknya agak perlahan. Tidak berapa ramai. Kita tunggu sahaja selepas majlis perasmiannya nanti, mungkin jumlah kehadiran pengunjung lebih memberangsangkan. Sila ikuti perkembangannya di blog ini. Insya-Allah aku akan melaporkannya dari hari ke hari selama beberapa hari aku di sini.


Anjuran:
Perpustakaan Awam Islam Dar Nur Zahra’ (DNAZ’)

Dengan kerjasama:
Kerajaan Negeri Kelantan – Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra – Teguh Iman Resources – Pusat Islam – Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia – Perbadanan Muzium Negeri Kelantan – Pertubuhan Amal Ibnu Sina Malaysia – Majlis Agama Islam Kelantan – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam – Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan – Persatuan Pengguna Islam Malaysia – Pupuk Nilai Murni Berhad – Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam – Hotel Perdana – Darul Digital.

Ehem:

: Kepada anda yang kelapangan, datanglah beramai-ramai ke pameran yang menjanjikan satu ‘pembongkaran’ buat para pengunjungnya ini
: Pameran ini berlangsung dari 11 – 16 Disember 2007, jam 10 pagi hingga 10 malam. Kemasukan percuma
:
Tiada penaja yang sedia untuk membayar iklan ini, huhuhu ;p


Bahang Pilihanraya

Semalam, lepas balik dari solat Isyak kat masjid, aku terpandang ada surat kat peti surat rumahku. Aku merapatinya dan terus mengambil surat yang tak bersampul tu. Sesudah duduk di kerusi kat garaj rumah, aku mula membaca surat rasmi dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu itu.

Ha! Kali ni aku nak ceritakan perihal politik tanah air skit. Inilah kali pertama blog ni berbicara mengenai politik.

Sebenarnya isu politik amat penting bagi kita. Terutamanya untuk mencorak jatuh-bangunnya negara. Dengan politik, negara mampu menuju ke arah sebuah ketamadunan yang tinggi. Dengan politik, kita berupaya untuk memperbaiki kehidupan masa depan negara. Masa depan anak bangsa. Dan Islam juga amat menitik-beratkan tentang politik.

Tidak dapat tidak, ummah perlu mengambil berat berkenaan politik. Usah memandang enteng mengenainya. Sepertimana adanya perbankkan Islam, ujudnya sistem muamalat Islam, munakahat Islam, ekonomi Islam, begitu jugalah dengan politik. Jadi, sesiapa yang mengaku dirinya Islam, perlulah mengambil cakna perihal politik. Politik negara masing-masing khususnya. Agar politik negara dapat berjalan seiring dengan kemahuan Islam itu sendiri. Tidak kiralah Hadhari ke ataupun Hadharah. Apa yang penting, pengamalan Islam yang sebenar harus ada dalam arena politik. Itulah tugas kita.

Isi surat rasmi tersebut adalah untuk menjemput para peserta yang sudah terpilih untuk menghadiri satu kursus berkaitan jentera pilihanraya yang akan diadakan di Hotel Boutique, Langkawi. Mungkin para peserta dapat pergi ke negeri Jelapang Padi itu dengan percuma, sebab takde pun tertera kos bayaran kat surat tersebut.

Wah! Nampaknya kita sudah hampir dengan pilihanraya umum. Kalaulah parti terbesar yang menakluki Malaysia ini sudah memanggil awak-awaknya menyertai kursus jentera pilihanraya, itu tandanya hari pembubaran Parlimen sudah tidak lama barangkali. Berdebar-debar rasanya menanti saat pengisytiharan tarikh keramat pilihanraya oleh Perdana Menteri kita.

Rata-rata akhbar kelmarin pun ada menyiarkan ucapan Pak Lah yang mengatakan bahawa parti kerajaan sudah amat bersedia untuk menghadapi ‘peperangan’ pilihanraya umum ke-? (ke berapa dah ye?) pada bila-bila masa sahaja. Poster-poster plastik berwarna biru pekat juga sudah ‘naik’ sikit-sikit.

Memang pilihanraya tak ubah seperti sebuah peperangan. Kerana itu diharapkan kepada orang-orang politik baik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang, haruslah menanganinya secara anak jantan. Jangan berpencak ala tikam dari belakang. Itu sungguh mengaibkan. Begitu menjijikkan.

“Gocoh orang takdok batu”, kata orang Ganung.

Muslihat dan strategi adalah amat diperlukan dalam pertarungan ini. Tetapi awas! Jangan sampai melibatkan penipuan. Kerana penipuan hanyalah amalan orang-orang yang salah. Itu satu jenayah.

Masing-masing puak mengatakan bahawa merekalah yang betul. Masing-masing lantang berpidato sana-sini bahawa merekalah pembawa agenda kebenaran, keadilan, dan kemakmuran. Ingin membela Islam. Mahu ‘mengislamkan’ negara. So, berperanglah kamu dengan berbataskan syarak tentuan Islam. Pastikan pilihanraya berjalan secara BERSIH. Pembangkang usah mencetuskan huru-hara. Pihak ‘kerajaan’ pula janganlah membuat kengkangan tidak menentu hala.

Mudahan keputusan pilihanraya nanti akan lebih memartabatkan agenda Islam. Moga mana-mana usaha kerajaan yang ingin meninggikan Islam dapat diteruskan dan direalitikan. Tunjukkan kepada dunia bahawa kita yang merumpun bangsa ini mampu memahat sejarah dengan pemahat Islam. Kita akan mencipta tamadun dengan khazanah Islam pusaka nabi-nabi.

“Tiada halangan, hanyalah peluang”. Itu moto kerajaan Bestari.

Realisasikanlah ia. Jangan lepaskan peluang tersebut walaupun pasti ada halangan yang melintangi. ‘Membujur lalu, melintang patah’, sematkanlah ruh perjuangan itu demi Islam. Ayuh! Julangkanlah keris warisan dan laungkanlah lafaz keramat ‘Allahuakbar’.



Ehem:

: Tak sabar nak ronda-ronda tengok kemeriahan pilihanraya ;)
: Tak sabar gak nak ngundi buat first tyme kalinya, hehe
: Eh! Korang dah daftar pengundi belum kat SPR?

Pameran Mukjizat Al-Quran [saintifik]

Hari tu aku cakap yang aku nak paparkan satu iklan aktiviti terkini sahabat kita dari group Mukjizatsaintifik kan. Hari ini akan ku kotakan kataku itu. Tetapi sori la sebab sedikit terlambat. Sebabnya, aku tak sempat nak online. Ni semua gara-gara pegi temankan my bro ke Kemaman. Aku malas la nak carik cyber cafe kat Kemaman tu.

Ok, sekarang aku dah pun pulang. Mari sama-sama kita baca iklan pendek ini. Bersama kita support gang Mukjizatsaintifik dalam memperjuangkan agenda Islamik sains mereka di persada dunia dakwah masakini.

Kerajaan Kelantan dengan kerjasama Teguh Iman Resources dan beberapa agensi yang lain lagi akan mengadakan satu Pameran Mukjizat Saintifik pada tarikh 11 hingga 16 Disember 2007 ini. Teguh Iman Resources juga merupakan antara salah satu daripada agensi yang terlibat menjadi consultant group dalam pameran tersebut.

Pameran yang julung-julung kalinya diadakan ini akan berlangsung di Balai Islam Lundang, Kelantan. Ianya akan di padatkan dengan pameran dan pelbagai acara yang menarik bercorak Islamik Sains. Deklamasi sajak juga akan dipersembahkan.

Untuk mengetahui maklumat yang lebih terperinci mengenai pameran tersebut, anda boleh mendapatinya di dalam akbar Harakah keluaran terbaru ataupun terus bertanya sendiri di laman rasmi mereka, http://www.mukjizatsaintifik.blogspot.com/. Kemasukan adalah percuma.


Haa! Ini bukan sekadar iklan, malah lebih kepada promosi. Semua pembaca dan pelayar Al-Watary Blog dijemput hadir. Di sana nanti anda akan memperolehi input yang bermanfaat berkaitan dunia mukjizatsaintifik. Kepada para blogger, ayuhlah datang beramai-ramai untuk mengasakkan lagi minda anda. Mungkin ianya dapat membuahkan idea anda dalam penulisan. Insya-Allah kalau tiada sebarang aral, aku akan turut bersama mereka di pameran tersebut.

Jom!!! Kita jumpa di sana.....(di sana: baca dengan nada bergema)

Chow...


Ehem:

: Iklan ini dibayar siarannya ;)

Aku Terpaksa [edisi update]

Ye la, ye la...aku update la ni. Tima kasih buat cik mardihah. Thanx untuk sis tinta. Dan syukran kepada bro docker'z. Mekasih la bebanyak coz korang duk suh aku update. Aku dah pon update nie. So, lepas nie takde la korang nak bising-bising kat aku lagikan. Tapi masalah problemnya, nape hangpa tak kasi tau idea untuk aku update skali. Ingat senang ke nak update-update nie? nak-nak manusia yang pemalas cam aku nih, huhuhu.

Aku dapat rasakan yang entri kali nie cam nak tunggang-langgang. Tengok, bahse dia pon dah bercampur-aduk. Kalo cikgu SPM periksa, kompem tak lulus. Jika Dato' Menteri Pelajaran tengok, mesti beliau sedih. Andai orang sastera baca pula, pasti dianggap sampah. Ini semua takde idea la punye kes. Menjatuhkan reputasi kesufian aku jerk, (konon-konon je la tu).

Apa yang aku nak catatkan kat sini ekk untuk mengisi ruangan edisi update ni? Isy, payah betol la kalo otak dah beku nie. Lagi payah kalo otak macam dah tak betol. 'Macam' jer tau, bukan betol-betol tak betol, hehh.

Okay, camni kisahnya, dalam dua-tiga hari lagi insya-Allah aku akan publishkan satu entri iklan promosi. Iklan nie berkaitan projek terbaru geng Teguh Iman, kenal tak? Alaa, Mukjizatsaintifik The Group tu la. Projek diorang akan diadakan di Negeri Cik Siti Wan Kembang, negeri Kelate yang ijau pekat tuh. Tunggu sajalah eyh iklannya. Mereka dah pun kasi permit ke aku untuk siarkan iklan tersebut. Tapi aku bimbang gak kalo-kalo angin malas aku tu datang balik. Alamatnya, bersawang pulak la blog nih.

Kisahnya lagi, skarang kat Bumi Bestari nie sedang berlangsung kejohanan Monsun Cup, pertandingan berprestij layar terkaya bertaraf dunia itu. Aku sempat gak pegi silau-silau ke Pulau Duyung, tempat berlangsungnya kejohanan tersebut pada hari pembukaannya.

Wah, nampaknya 'kampung kita' dah dikenali dunia. Mat-mat dan minah-minah saleh cucu cicit penjajah itu ada di sana sini di tanah ulama ini. Kalo korang nak tahu, inilah kemajuan. Ini satu ketamadunan yang terpahat. Dengan perkongsian sosio budaya, kita mampu mencipta sejarah. Dengan perbelanjaan tidak kurang dari 250 juta ringgit Malaysia untuk menganjurkannya, kita berjaya membawa anak bangsa ke mata dunia. Dan tak mustahil, kita akan slow-slow membaratkan ketimuran masyarakat tempatan. Hebat bukan? Tapi sayang sekali, aku tak dapat merakamkan detik bersejarah ini kerana kamera tadak, huhuhu.

Cukup la dulu edisi update nih. Lain kali lak aku sambung. Insya-Allah aku akan melaporkan dari waktu ke waktu (kalau tak malas la) perihal keadaan bandar yang akan dinobatkan sebagai Bandaraya bermula pada satu Januari 2008 ini. Ya, itu satu lagi kejayaan kita.

Dah ngantuk dah, nak tidur lak. Nak mimpi yang best-best lak. Dalam mimpi je aku leh kecapi ke-best-an itu :)

Chow.....


Ehem:

: Sis tinta, hang jangan seske hati hang menggosipkan aku dengan berita perkahwinan. Nanti aku saman baru hang terbeliak biji mata ;p

: Cik mardihah, amacam ngan projek hang tu? dah berkali-kali aku tanye, tapi hang lom jawab pon.

: Bro docker'z...sampaikan salam sayang rinduku kat awak-awak Al-Watary eyh ;)

Ntah la...

Miggu lepas aku ada terbaca satu berita kat dalam Harian Metro...ataupun Kosmo (ntah, aku dah lupa). Kalo tak silap, tajuknya begini 'Iklan Aidilfitri Ciplak?'...ataupun lebih kurang camtu la bunyinya. Ia berkisar seputar iklan Aidilfitri di dada cenel TV perdana.

Iklan panjang itu mengisahkan cerita tentang seorang ayah menanyakan anaknya burung apakah yang hinggap di dahan pokok hadapan mereka. Si anak menjawab yang burung itu burung gagak. Namun si ayah tetap bertanyakan soklan yang sama beberapa kali, persis anak-anak kecil saja tingkah si ayah itu kerana walaupun sudah dijawab, tetap juga bertanyakan soalan yang sama. Akhirnya si anak nampak sedikit baran, lalu menengking ayahnya.
Isy, malas la aku nak bercerita sampai habis...isunya di sini, aku nak bertanyakan korang satu soklan. Pernahkah korang terbaca ataupun terdengar kisah ini?

Sebenarnya keratan akhbar tu memberitakan bahawa ada seorang rakan blogger yang macam marah-marah dan mengatakan idea iklan tersebut diciplak dari ideanya. Dia berkata yang kisah tu dia yang cetuskan dan menyiarkannya dalam blog miliknya pada awal Januari lalu. Maknanya, pihak pengiklan TV itu sudah merembat ideanya tanpa sebarang notis rasmi. Dia langsung mengambil keputusan menghebahkan kejadian ini kepada pihak akhbar. Maka, terlahirlah berita ini di dada akhbar.

Aku tulis pasal ni bukan nak menghukum sesiapa. Cuma, aku rasakan kisah si burung gagak tu dah aku baca beberapa tahun yang lepas. Maknanya, sebelum Januari 2007 lagi kisah tu dah tersebar. Hmm, ntah la...apa-apa pun boleh terjadi di dunia penyiaran dan juga dunia siber. Korang pula bagaimana?


Ehem:
: Nie hang punye pasal la cik tinta...aku tadak idea, hang paksa gak aku update. So, soklan aku yang terakhir tu hang la yang patut jawab dulu..hikhik
: Aku pon dah ingat² lupa akan berita tu...kalo aku tersilap, tolong perbetolkan!

Aku & Aidilfitri

Bertahun sudah di rantau orang

Mencari secebis ilmu Tuhan
Nawaitu di hati bukan kepalang
Namun sering dilanda ujian

Bukan ujian menjadi kiraan
Kerna ia sunah alam
Tapi diri tak tertahan
Dek dangkalnya iman di dalam

Kini Eid Fitri bertandang lagi
Tahun ke tahun tak pernah menyepi
Menjadi tamu lambang kemenangan
Buat hamba taqwa dan iman

Namun aku masih begini
Menongkah arus...meredah usia
Entah bila akan terhenti
Perjalanan hidup mengenal diri
Di pentas berliku maya dunia.


anTusufi,
o2 dinihari,
16 Ramadhan 1427H.


Ehem:

: Dah lame tak di-update..tamu pon dah macam malas nak berkunjung..."hmm, nasib kau la badaaan"...sbb tu walau dah dikit terlambat, aku post-kan jugak puisi nih...harap masih releven lagi....pasal yg taun lepas punye tuh..hehehe

Adik Nurin, Mangsa 'Noda Modenisasi'

- Dipinjam dari laman PERMAYA ONLINE

Entah apa yang harus diperkatakan lagi. Tiada penawar yang dapat mengubatinya lagi. Hanya khabar dan khabar lagi. Hampir setiap ketika dan saban hari. Fenomena ini belum pun menjelmakan tanda-tanda keinsafan diri. Terus berlarutan tanpa henti-henti. Tidak mengendah, walaupun masyarakat hingar mengutuk tanda simpati.

Takziah kami ucapkan. Simpati kami lahirkan. Namun begitu, masih tidak mampu bagi kami untuk meluahkan belas yang begitu membungkam. Atas dasar ‘cinta’ ini, kami daripada Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) turut bersikap mengutuk kejadian pilu ini. Sekaligus menegaskan bahawa kami akan bersama pencinta keharmonian Islam dengan terus memperjuangkan agenda meruntuhkan segala bentuk penganiayaan, penindasan, kezaliman, dan ketidak adilan.

Adik Nurin kini telah menjadi salah seorang daripada sekian ramai mangsa ‘manusia binatang’ ini. Bayangkan andainya kita di tempat keluarga mangsa ketika ini. Tambahan pula ianya berlaku ketika tirai Ramadhan baru sahaja dibuka. Ya, begitu memeritkan. Amat melukakan. Tidak ada yang dapat memastikan bahawa peristiwa tragis ini tak akan berulang. Bahkan tidak dapat disangkal kemungkinan kejadian ini akan terus berlarutan. Kenapa?!

Bukankah pihak berkuasa dan yang bertanggung jawab telah bertungkus-lumus menyelesaikannya pabila saban kali tragedi ngeri ini berlaku? Pelbagai usaha untuk memulihkannya telah dijalankan? Bermacam kempen memeranginya telah diuwarkan? Tetapi semua itu masih belum membuahkan hasilnya yang ranum. Kalu ada pun, udah ditebuk burung atau tupai. Masih tidak menampakkan kejayaannya. Kenapa?

Ayuh sahabat, mari kita kembali kepada azali. Amat perlu untuk kita membelek semula helaian Al-Quran yang tersimpan di rak-rak hiasan. Sangat wajar untuk kita menekuni, mengkaji, seterusnya mencipta satu formula baru dari kitab suci itu bagi membunuh virus kebobrokan sistem fe’el masyarakat kini. Inilah buah dari modenisasi yang tidak terkawal. Yang tidak mengenal Pencipta. Yang melupakan Penguasa. Penuh noda. Amat menakutkan.

Semua daripada kita sudah tidak selamat walaupun di desa sendiri. Anak-anak perlu diawasi walau hanya ke pasar malam ataupun ke pusat tuisyen. Hatta di sekolah sendiri. Hari ini mereka, siapa sangka besok kita pula?

“Ya Allah, Tuhan Penguasa alam, amankanlah kami dari amarahmu ini ya Allah”

Ayuh, jangan dilengahkan lagi. Inilah saat kita perlu kembali!!!



Ahmad Bilal Bin Rahudin
Pemangku Presiden,
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA)


Ehem:

:
Tak sempat aku nak update...so, aku panjangkan tangan meminjam bahan dr PERMAYA Online...Sori nooo :)

:
Pic comel Adik Nurin pula aku 'curik' kat paparan blog kawan yg belom ku kenali, Qudwah_Mardihah....makcik jgn marah ye :)


- anTusufi

Celoteh Kami -4 (Jom candaattt)

Salam sejahtera dan selamat bersua kembali kita dalam Celoteh Kami. Kepada Allah, Tuhan petala langit dan lapisan bumi jualah dipulangkan segala kesyukuran yang selayaknya. Sekaligus itu dipersembahkan juga salam luhur buat Muhammad, Utusan-Nya.

Gamitan gelombang biru telah pun dipenuhi. Tiga daripada ahli mesyuarat tingkap Geng aLwatary sudah berada di tanah Darul Iman kini. Termasuklah aku. Dua lagi ialah Man dan Usop. Tak beberapa minggu dari sekarang, insya-Allah dua orang lagi akan berangkat pulang. Tinggallah hanya dua orang di teratak aLwatary jauh di Yaman sana terkontang-kanting. Bagai hilang saudara. Bak kesepian melanda.

Jangan sedey-sedey ekk. Tak mengapa, sekutu-sekutu kita masih sudi mendampingi korang berdua. Bilal, Izo, N The Geng masih ada. Apit N The Old Sana’a School masih siaga. Pasakkan lagi ukhuwwah itu ya. Jangan dileka.

Inilah Celoteh Kami pertama selepas kepulangan aku ke bumi Hadhari yang pesat membangun ini. Oh Malaysiaku tercinta. Wah! Memang dah banyak berubah. Aku sendiri pun sampai dah terlepas pandang rumah sendiri waktu first time tiba sebulan lepas.

Kalo nak shopping lak dah tak perlu susah-susah naik bas. Jalan kaki saja dari rumah boleh sampai ke Mydin Mall dalam masa tak lebih dari 10 minit. Lagi syoknya, dapat pula mencuci mata. Balik dari Mydin Mall tu, duit licin, mata pun bersih. Tapi hati makin berdaki. Iman kian berkarat. Payah sekarang kan? Nak elak sangat pun, serasa macam rugi lak, hehehe. Eh, korang paham tak ni?

Dah la tu. Buat-buat lupa sahaja pada dunia penuh haru-biru likat itu. Bikin kita mual je nanti. Aku pun dah naik loya nak sembang pasal dunia yang monsunnya tak juga berubah. Cuacanya tetap tidak berganjak. Jom kita ke dunia lain pula:)

Dunia yang dimaksudkan ialah dunia samudera terbentang. Deru gelombang biru menghempas lautan sejauh ufuk mengaki langit. Tersimpan di perutnya sejuta khazanah keagungan Tuhan Pencipta.

Hari Isnin baru-baru ini. Tanggal 20 Ogos 2007. Tengah hari itu kami menghadiri jemputan walimah si Budak Gemok. Empat buah kereta bertolak dari Terengganu. Sebuah lagi dari Kelantan. Masing-masing menuju ke rumah saudara Nub, si Budak Gemok di Kg. Padang Luas, Jerteh, Terengganu. Seronok. Majlis meriah. Diorang sempat berposing tangkap gambar lagi bersama pengantin. Aku ketinggalan kerana duk lepak kat surau waktu tu dengan Zamir dan Afifi. Ceh…rugi!

Budak Gemok begitu berseri. Wajahnya ceria. Senyumannya manis, kekadang berbaur sinis. Dipadankan pulak dengan sepasang baju Melayu berwarna putih membalut diri. Anggun, bergaya, dan segak sekali. Terima kasih banyak-banyak ye Nub…meluangkan masa layani karenah ‘gila-gila’ kami. Moga kalian berdua kekal abadi hingga ke taman firdausi. Itulah doa, hadiah tulus daripada kami. Sori ya, present tak sempat kami nak beli :)

Okey, habis kisah si Budak Gemok. Usah kita kacau dia dulu. Biarkan dia dengan labu-labunya. Ops, bukan…biarkan dia dengan mempelai kalbunya.

“Kali nie kami bagi can…pelan-pelan noo…hikhikhik”.

Petang itu kami dah aturkan satu program. Kumpulkan bebudak Yaman kat Malaysia ni. Penyertaan ramai, hingga berpuluh orang. Namun yang datang hanya 15 orang. 18 orang kalau termasuk penganjur. Yang lain semua tarik diri kerana kerja hari-hari sering membungkam diri. Aku, man, dan Usop mewakili aLwatary Geng selaku penganjur pada program tersebut. Program candat sotong.

Balik dari rumah Budak Gemok, kami terus berkejar ke pelabuhan Chendering, Terengganu. Dari situlah kami akan bertolak menaiki sebuah bot nelayan milik abang salah seorang daripada kami, Kori. Dia dan abangnyalah yang menjadi jeragan kapal pada hari itu.

Kami bertolak ketika waktu menunjukkan kira-kira hampir jam tujuh petang. Terlebih dahulu doa pelayaran dibaca yang diketuai oleh saudara Juzlan Mohamed. Dan tak lupa, pil tahan mabuk laut dibahagi-bahagikan kepada setiap peserta. Tapi agak terlewat, kerana pil itu sepatutnya dihadam sejam-dua sebelum pelayaran.

Hari sudah pun gelap. Angin sedikit kencang. Ombak pula agak kasar. Memukul-mukul bot kami. Menghuyung-hayangkan jasad bot. membuatkan sesetengah daripada kami semakin tak keruan. Fening-fening lalat sudah pun terasa. Ada juga yang dah tergolek semasa mahu berjalan. Banyak juga aksi menggelikan urat perut dapat disaksi.

Sebelum apa-apa aktiviti lainnya, masing-masing menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu. Ada juga yang terus menjamakkan Isyak dan Maghrib. Aku sendiri turut solat jamak. Solat pula sambil duduk. Kalau berdiri, terguling-batinglah jawabnya. Peserta masing-masing datang dari KL, Perak, Kelantan, dan Terengganu sendiri. Memang syok gile dapat berprogram ramai-ramai camtu. Kepada Geng aLwatary dan sekutu-sekutunya, rugi woo korang tak join, hehehe.

Sauh dah dilabuhkan berhampiran Pulau Kapas. Sebaik saja selesai solat, satu per satu candat dilepaskan. Bersinar-sinar di dalam air menggoda si sotong berjanggut panjang bertulang satu itu.

Sejurus kemudian, Hasbullah dengan wajah penuh keriangan bersadur sedikit keangkuhan telah berjaya menaikkan sotong pertama. Sengehannya penuh keriakkan. Dia telah berjaya merebut tempat pemenang kategori ‘sape dapat sotong paling awal’. Mungkin sotong tu tersesat. Kerana selepas itu sudah tak ada lagi sotong dapat dinaikkan. Terpaksalah pula Pak Jeragan menganjakkan bot kira-kira 1km ke hadapan.

Keadaan menjadi hingar. Riuh rendah. Rupanya seorang lagi peserta berjaya merangkul tempat pemenang. Kali ini pada kategori ‘mabuk laut’ pula. Sesiapa yang muntah paling awal ditabalkan sebagai pemenang. Pemenangnya dari Kijal. Nama manja skemanya ialah Zul. Geng aLwatary pasti mengenalinya.

Hmm, dah tersangat panjang pula celoteh kali ni kan. Sori la kalau korang boring dan naik jemu untuk menghabiskannya.

Lepas tu ramai la yang muntah-muntah. Cam orang baru-baru mengandung pulak tingkahnya. Semua dah terbaring. Dah tak larat nak bangun. Hidangan makan malam pun mereka dah tak endah. Jeling pun tidak. Tinggal aku, Man, Usop, Kimie, Juzlan, Cikku, dan Pizo saja yang mampu bertahan sehingga pulang ke pelabuhan keesokkan harinya.

Malam tu banyak sotong dinaikkan. Menu makan malam kami ialah nasi goreng sotong. Man yang jadi chefnya. Sarapan pagi pada esoknya pun sama. Malam itu aku tidur jam 2 pagi. Lena hingga ke Subuh. Keadaan cuaca dah semakin tenang. Dah tak ada awan-awan hitam menyelimuti langit. Bulan Syaaban yang separuh penuh tu pun udah menjelmakan diri. Anak-anak ikan sesekali melompat riang bermain di permukaan air. Man dan Kori masih belum tidur waktu tu. Yang lain awal-awal lagi dah diulit mimpi. Geng mabuk tu usah cerita la, siang-siang lagi dah out.

Pagi keesokkan hari pula, sempat juga kami mengail ikan. Setengah bakul ikan kerisi dapat dijinakkan. Cukup la tu buat pelepas gian. Kepuasan begitu terasa.

Jam 9 pagi sauh dinaikkan. Enjin dihidupkan. Bot mula bergerak pulang. Wajah-wajah mangsa mabuk laut tidak tergambarkan. Begitu ceria. Seronok tak terkata. Mungkin dah tak sabar-sabar mahu pijak daratan. Di situ barangkali ghairah mereka tertanam.

Jam 10 pagi kami selamat tiba di pelabuhan Chendering. Wida’ dengan Pak Jeragan, langsung terus ke rumah rehat yang telah pihak penganjur sediakan. Mandi serta siapkan diri. Sotong yang setengah guni beras 50kg itu kami agih-agihkan macam harta ghanimah sesudah perang.

Lepas makan tengah hari di warung Lempeng, pekena menu special air tuak aiskrim dan ikan keli selera kampong, kami mula gerak. Berpecah pulang ke halaman masing-masing.

Berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang jauh-jauh bagi menjayakan program ini. Walau terpaksa menghanguskan RM30 sebagai pendaftaran. Nampaknya ukhuwwah masih berpadu antara kita. Pelajar senior dan junior dari Yaman. Inilah tugas kita. Memupuk semangat ukhuwwah umat. Bukankah telah kita sepakati bahawa dengan kesatuan ukhuwwah itu akan menghasilkan kejituan ummah? Perkasakanlah ia. Hingga ketemu lagi.


- anTusufi


Ehem: Maaf..entri nie terlewat di-publish-kan kerana duk tunggu gambar yang tak muncul² lagik...alaaahaaaiii

:Gambar di masa program belum lagi dapat disiarkan kerana sedikit kesilapan teknikal...ataupun juru foto kami masih kemabukkan Laut Cina Selatan :)

Bila Bulan Pudar Sinarnya...

29 Ogos 2007, 9 pagi.

Malam tadi cuaca agak mendung. Dari Maghrib lagi langit udah kelihatan gelap. Tiada sinar rembulan. Malah, kelibat bulan pun tidak kelihatan. Menyorok diam di balik awan likat kehitaman. Hanya sesekali menjengahkan diri. Bintang-bintang juga tidak menjelmakan kerdipan indahnya. Malam tadi hanya awan hitam likat yang menguasai segala perhiasan langit.




Malam tadi, seusai saja solat sunat gerhana bulan berjemaah di masjid, Tok Khatib melangkah naik ke mimbar. Bersedia untuk membaca teks khutbah gerhana bulan yang disediakan. Jemaah tak ramai yang datang. Bebudak tadika kemas pun mampu mengira jumlahnya.

Malam tadi sekali lagi Tuhan menunjukkan kekuasaan-Nya. Demikian ucap Khatib. Gerhana bulanlah sebagai ayat-Nya. Justeru, kita selaku manusia harus berfikir seketika. Adakah kejadian alam itu mempunyai kaitan ataupun tidak dengan Sang Pencipta. Sebetulnya itulah tugas kita. Bukan hanya mendengar dengan mata yang pekak membuta.

Malam tadi menceritakan bahawa tiada kekuasaan yang dapat membatasi mahu Tuhan. Tidak bulan. Tidak matahari. Tidak juga segala isi alam. Termasuklah makhluk kerdil bernama manusia.

Malam tadi mengkhabarkan seandainya bulan yang hebat itu tidak mengikut peraturan-Nya, maka akan malaplah sinarnya. Si matahari yang pernah diagungkan sebagai tuhan itu pula sekiranya ingkar dengan fitrah dan hukum yang telah ditetapkan, akan tawarlah sengatan baranya.

Malam tadi seolah terdetik sesuatu; Bagaimanakah pula dengan manusia? Dapatkah kudrat manusia menandingi kilauan bulan menyuluh malam hari? Mampukah manusia melebihi kehebatan si matahari membakar keringat bumi? Itu kalam Tuhan. Menanyakan fikiran hamba-Nya manusia.

Malam tadi juga ada Pak Khatib bacakan serangkap ayat dari Kitab Suci. Sesungguhnya pada penciptaan petala langit dan lapisan bumi, serta silih pergantian malam dan siang itu terdapat tanda-tanda bagi mereka yang akur berfikir. Lupa pula aku ayat tersebut dipetik dari surah mana. Berfikir. Ulul albab bunyinya kalau diikutkan kamus kerajaan bestari Darul Iman kini. Berfikirlah.

Malam tadi akhirnya tercurah juga deraian hujan yang sedari Maghrib lagi memberati awan ketika jam hampir pukul 10 malam. Banyak sudah ‘tanda’ diturunkan. Disaksikan Tuhan di hadap kita. Masih belum mahu kamu berfikir wahai ulul albab?! Salam sufi...


Ehemm:

: Lokasi masjid terpaksa dirahsiakan atas sebab keselamatan :)

Baca Entri Promosi Ini !!



Semalam tim blogger Mukjizatsaintifik sudah bagi permit dan mengizinkan agar blog mereka di-link-kan dalam kamar aLwatary ini. Terima kasih banyak-banyak. Memang dah lama kami nantikan saat ini. Kat bawah sebelah kanan tu dah kami link atas nama Rahsia Mukjizat Nabi, di bawah group link­ ‘Geng Yaman’.


Dulu, aku dah janji dengan pemegang amanah tim Mukjizatsaintifik versi cyber bahawa sebaik sahaja blog tu di-link-kan di sini, aku akan buat entri ini. Promotion edisi. Tapi takde la promosi besar-besaran pun. Setakat nak maklumkan kepada kawan-kawan kat sini aje. Ada masa terluang nanti, rajin-rajin la jenguk laman Mukjizatsaintifik. Boleh kan?


Blog diorang tu belum siap sepenuhnya lagi. Tetapi bahan-bahan entrinya sudah jalan. Dan lamannya dah pun bergerak secara rasmi.


“Apa yang ada di situ? Best sangat ke laman tu?” Mungkin ada yang bertanya. Tapi aku rasakan tiada pun yang bertanya sebegitu.


Blog diorang ni ialah sebuah laman ilmu. Sarat dengan perbincangan serta huraian keimanan melalui jejantas sains. Jelasnya, ia sebuah laman dakwah. Berdakwah dengan menggunakan mikroskop para saintis. Diolah dengan ketinggian ilmu langit. Membongkar mukjizat wahyu Ilahi. Mengungkai rahsia nukilan di Kitab Suci.


Kalian lawat sendiri la blog tu. Baru dapat tahu best ke tak. Betul ke salah. Menarik ke tidak. Ilmiah ke hampes. Apa yang penting, segala kemanfaatan kita telan dan kalau ada kemudharatan tu, sesama kita ubatkan. Adios…


- aLwatary Geng'z


Ehem:

: Gambar di atas aku rembat dari picture folder PC abang aku...tadak kena mengena ngan entri promosi ini.

Ini Bukan Promosi !!!

Kelihatan Saudara Faisal Tehrani sedang menerima cenderahati daripada Puan Ainon bagi pihak PTS Millennia selepas program Bengkel Novel Islami (gambar paling bawah).


Terima kasih buat Abang Fauzul dan PTS kerana mengadakan bengkel tersebut. Nampaknya, rata-rata peserta berpuas hati dan segar setelah semangat di-tajdid :)


Ehemm:

:
Kepada sesiapa yang tak bawa kamera pada hari tu, sila jangan segan-segan untuk mengambil gambar di atas :)

: Sori, gambar kureng memuaskan

Korang bila lagi???


Salam Malaysia...


Jangan marah kat aku...


Pertanyaan pada tajuk di atas tu adalah daripada suara sahabatku si Budak Gemok....katanya, soklan tu dikhaskan sekhasnya buat warga penginap di teratak aLwatary Geng'z..."kelik la derah weehh!", pesan dia berdialek Kelantan :)


Kat atas tu adalah kad jemputan walimah beliau untuk Geng Watary...erm, orang lain jangan datang tau...takut tak cukup budjek, hehehe....


Nanti coming soon, tunggu la ketibaan kad walimah daripada aku lak untuk korang ekk ;P



Ehemm:

: Majlis berlangsung tanggal 20 Ogos ini di rumah pengantin lelaki...jangan lupa bawa jalur gemilang bersama :)

: Untuk melihat kad walimah dengan lebih besar dan jelas, sila klik pada image kad tersebut


- anTusufi

Celoteh Kami -3 (Gamitan 'Gelombang Biru')

Salam kesejahteraan dunia untuk semua. Para pembaca, penziarah, penyinggah, pengkritik, pendukung, pendorong, penyibuk, dan sesiapa saja yang pandangan ataupun jiwanya pernah menjamah serta menjelajahi blog usang kami ini. Salam penuh penghargaan buat antum (kalian) semua.

Telah kira-kira tiga bulan aku menyepi dari Celoteh Kami ini. Bukan dah melupakannya. Bukan cuba menguburkannya. Tak juga sebab diserang kejemuan. Bahkan, kami mahu saja selalu bersama korang jika berkunjung keluangan.

Sebenarnya, masa sangat tidak mengizinkan. Ruang serasa begitu sempit. Hingga hala jadi sedikit kurang menentu. Dengan kesibukan (?) karenah seharian. Dikalutkan lagi dengan tugas-tugas persatuan. Sebetulnya, idea semacam malu-malu untuk singgah ke kotak minda. Ada pula bisik-bisik mengatakan kami jer yang buat-buat sibuk. Kerja tak setara mana pun.

“Hmm, entah la. Memang camtu lagak dunia kan?”.

Tepikan aja soal tu. Malas nak kami hiraukan benda yang tiada berpenghujung. Janji amanah terpikul kami laksanakan sekadar apa yang ada. Mengikut kudrat yang seizin. Dan Alhamdulillah, walaupun agak perlahan, dapat juga kami mencelah kesempatan untuk bersama korang. Meng-update kamar maya ini. Bersama korang dalam perjuangan siber ini.

‘Gamitan Gelombang Biru’. Itulah inti yang mahu aku celotehkan pada kali nie. Apa la agaknya yang tersirat dalam tajuk tu yer.

Tiada pape pun sebenarnya. Pada musim soifi (panas) tak lama lagi, sebahagian besar daripada geng kami akan berangkat pulang ke tanah air. Balik bercuti. Ambik sepoi bayu Laut Cina Selatan. Cutinya panjang. Mulai bulan Ogos sampailah penghujung bulan Oktober. Kiranya, selepas sambutan Aidilfitrilah baru kembali semula ke bumi Yaman ini.

Aku, Man, Bun, Budin, Hadi, & Usop yang akan pulang. Man ngan Usop hanya pulang bercuti. Bun, Budin, dan Hadi pula akan pulang terus. Kerna telah pun menghabiskan pengajian Ijazah. Tapi mungkin diorang akan pulang agak lewat, dalam bulan 9 atau 10 gitu. Sebab perlu dibereskan urusan syahadah (sijil) terlebih dahulu. Aku pula akan pulang pada bulan tujuh ini jugak.

Diorang yang akan pulang terus tu didoakan agar dibukakan jalan dalam meneruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa, serta bahasa di tanah air tercinta.

“Jangan lupa, carik calon suri rumah dulu bila dah tiba kat Malaysia tu yer...ehehe”.

Kaitan dengan istilah ‘Gelombang Biru’ tu pulak untuk menyatakan bahawa kami yang akan pulang nie semuanya anak jati negeri Darul Iman. Negeri tersebut kan pernah di suatu waktu dulu sohor dengan jolokkan begitu :)

Korang tolong-tolonglah doakan sepatah-dua kepada kami agar terus istiqamah di jalan perjuangan ini. Sama ada di dunia nyata, mahupun di alam maya. Gusar sebenarnya. Kerna perjuangan hakiki kayak itu khabarnya tak terjangka penangannya. Juga tidak terduga ujiannya.

“Allahumma thabbit quluubana ‘ala diinik wa ‘ala to’atik”.

Wahai Tuhan, tetapkanlah hati-hati kami di atas paksi agama-Mu dan juga di atas ketaatan kepada-Mu. – PieKunto

Kisah Di Suatu Pagi

By: anTusufi

Suria pagi sudah pun memancar. Kicauan burung riang berterbangan. Bebas. Diikuti pula desiran daunan dihembus angin. Bergemersik. Mengukir satu alunan irama yang mengasyikkan.

Jauh di sudut bangunan bilik kuliah berhampiran sakan siswi tercegat sesusuk tubuh mengadap pintu seolah menunggu sesuatu. Raut wajahnya seakan gelisah bak gelisahnya seorang suami menanti isteri di hadapan bilik bersalin. Namun begitu, wajahnya masih lagi mencerminkan keayuan dan ke‘cun’annya.

Gadis berjubah maroon dengan mengenakan tudung labuh berwarna pink itu mengalihkan pandangannya tepat ke arah jam berjenama Crystal Dell di lengan buat kesekian kalinya. Begitu cepat baginya waktu berlalu di saat itu. Nampaknya terbatallah ‘project’ untuk bertemu seseorang di internet sebentar lagi.

Walaupun dah acap kali diketuknya papan pintu yang tertera ‘Unit Tatatertib’ di depannya itu, tetapi masih lagi tiada jawapan. Membuatkan degup jantungnya semakin kencang.


“Kenapa Unit Tatatertib panggil aku. Apa dah aku buat. Siapa pulak yang pandai-pandai buat laporan?”. Semakin difikirkannya, membuatkan dia semakin gelisah dan berdebar-debar.

“Haa...dah lama tunggu? Maaf, saya ke hammam sekejap. Meh ikut saya ke dalam”.


Bertaburan habis segala lamunannya dek suara mengejut itu. “Hamlau betul la ustazah ni. Kalau yer pun..bagi la salam ke, apa ke. Dah lah suara sebiji macam guruh malam tadi. Buat orang terkejut beruk je”. Ngomel hatinya sambil melangkah masuk membuntuti lenggok Timbalan Pengarah Unit Tatatertib itu.

Ijlisi. Awak Halimah kan..junior yang baru datang bersama rombongan students dua bulan lalu ke sini?. Saya tengok laporan akademik awak amat memuaskan masa di maahad dulu. Syahadah Thanawi pun awak dapat mumtaz. Saya dengar awak dapat masuk kuliah Syariah wa Qonun..betul ke?”. Halimah cuma mengangguk. Di benaknya masih lagi bercelaru dengan bermacam-macam persoalan.


“Hmm..elok la tu. Pandai-pandai la bawak diri”. Ustazah menyambung lagi percakapannya.

“Awak tahu kenapa saya panggil awak kemari?”. Suasana sepi sejenak.


“Kenapa awak geleng? Ni bilik tatatertib. Setiap pelajar yang dipanggil ke sini mesti ada melakukan kesalahan tatatertib. Awak tak tahu ke yang awak ada lakukan kesalahan? Ataupun bagi awak apa yang telah awak lakukan tu adalah perkara biasa hinggakan awak merasakan ianya bukan satu kesalahan lagi?”. Bertalu-talu soalan dilemparkan. Membuatkan fikiran Halimah semakin berkecamuk. Dia masih diam seribu bahasa. Pandangannya ditundukkan ke bawah sambil jari-jemarinya bermain sesama sendiri.

“Isy...macamana aku nak jawab ni”. Detik hatinya.

“Angkat kepala awak tu. Tengok sini. Pandang mata saya ni”. Halimah tak tahu nak kata apa lagi. Terus ditenung anak mata ustazah sedalamnya.

Dengan lembut dan slow talk ustazah meneruskan kalamnya. “Halimah...”. Dia diam seketika dan menyambung lagi, “saya dapat laporan yang awak ada jalinkan hubungan dengan salah seorang syabab kat sini. Ada orang bagitau kat saya yang awak sering berhubung dengan dia melalui internet. Malahan hingga kadang-kadang tu awak buat date untuk bertemu dia. Dia juga dah berkali-kali call awak kat rumah. Apa komen awak tentang apa yang saya katakan ni?”.

Soalan daripada ustazah sekejap tadi membuatkan Halimah buntu untuk mencari jawapan yang tepat. Lidah dia kelu. Tak tahu apa yang patut dijawabnya kerana apa yang dikatakan oleh ustazah itu semuanya benar. Dia tak sangka akan dihujani soalan sebegitu. Dia ingat hubungannya dengan syabab tersebut hanya rahsia mereka berdua. Malangnya tidak. Jangkaannya meleset. Perkara itu rupanya sudah menjadi ‘rahsia’ umum.

Suasana bilik berhawa dingin itu sunyi. Tiada sepatah pun jawapan daripada Halimah. Hanya detik jam di meja yang kedengaran.


“Tak mengapalah kalau awak tak nak jawab pun. Saya tak perlukan jawapan daripada awak. Pada mulanya saya tak percaya jugak dengan laporan yang saya terima tu. Tapi baru-baru ni, saya sendiri yang nampak awak chat ngan dia kat cyber cafe. Siap bertukar-tukar webcam lagi. Hensem jugak syabab tu ekk. Patut la khusyuk semacam jer awak waktu tu, sampai tak sedar saya melintas kat belakang”. Ustazah tersenyum sinis.

Halimah tambah terkejut. Pipinya naik merah. Malu. “Macam mana aku boleh tak sedar. Aiseeymen...abih la aku kali ni”. Fikirnya.

“Awak baru kenal dia kat sini ke? Amboi...cepatnya awak dapat kenalan. Baru je dua bulan duk sini. Anyway...bukan perkenalan itu yang ingin saya bincangkan pagi ni. Saya tak halang awak nak kawan dengan sesiapa pun. Syabab tu ok jer saya tengok. Laporan kelakuannya pun tak ada yang buruk”. Hati Halimah sedikit lega.

“Cumanya apa yang ingin saya katakan kat awak ialah cara awak tu tak betul. Mungkin awak berniat baik. Tapi matlamat tak halalkan cara. Kita ni orang belajar agama. Tindakan kita pun kenalah mengikut lunas agama. Kalau kita sama jer macam mereka yang tak belajar agama...di mana bezanya kita dengan mereka? Apa guna mai belajar jauh-jauh. Buat apa keluarga di kampung berpenat lelah menanggung kita di sini. Pergaulan mesti ada batasannya. Lebih-lebih lagi dengan lelaki. Dengan tunang sendiri pun masih ada lagi garis panduan dalam pergaulan. Rasulullah ada berpesan, sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia keluar dengan seseorang perempuan tanpa ada mahram bersamanya. Kerana yang ketiga di antara mereka ialah syaitan".


"Syaitan akan berusaha dengan apa jua sekalipun untuk merosakkan anak cucu Adam. Apa yang penting sangat sampai awak tergerak hati nak pergi jumpa dia. Kalau pun penting sangat...tak cukup ke sekadar berbual di telefon? Tapi bagi saya takde apa-apa kepentingan pun untuk awak buat camtu. Awak kena ingat, dia tu tak ada apa-apa hubungan ngan awak. Sekadar kawan jer. Dah habis ke member-member akhawat awak untuk dijadikan tempat mengadu?...kalaulah awak ada masalah. Jika awak nak mintak nasihat atau pandangan daripada dia...bukan salah. Tapi gunalah cara yang betul”.

“Awak ingat tak lagi dalam Al-Quran ada mengingatkan kepada kita kaum perempuan supaya jangan melembutkan suara apabila bercakap dengan laki-laki? Tu inzar buat mereka yang berkeperluan untuk bercakap ngan kaum lelaki. Bukan saja-saja nak sembang".


"Kenapa sampai begitu sekali peringatan diberi. Turun ayat tersebut untuk isteri-isteri Nabi pulak tu. Eh! Ummul Mukminin tak reti ke hukum hakam agama sampai kena peringat sebegitu? Ni la salah satu ajaran dari uslub Al-Quran sebagai panduan buat wanita Muslimah. Kalau Ummul Mukminin pun diperingati sebegitu rupa, lebih-lebih lagi la kepada kita”.

Comfirm-kah kita akan dapat mengawal diri bila berdepan dengan lelaki? Nak-nak pulak bila dah ada bibit-bibit rasa kasih sayang pada si dia. Saya ni perempuan jugak awak. Dah masak sangat saya ngan karenah dan perasan perempuan. Sebab tu la awal-awal lagi Tuhan meletakkan batas sempadan. Pastikah kita apa perasaan si lelaki tu pulak bila dengar suara lunak merdu kita? Katakanlah yang kita dah mengawal suara sebaik mungkin. Tapi kena ingat...macam mana dikawal pun, suara kita tetap lembut. Itu dah fitrah kejadian wanita".


"Kalau awak nak tahu, lelaki ni kan...bila dengar jer suara wanita dah rasa lain. Saya dah kahwin saya tahu la. Begitu jugak dengan gambar-gambar yang awak dah bertukar dengan dia tu. Untuk apa? Bagi kat saya satu alasan jer cukup. Tapi kenalah jawapan relevan”.

Ustazah mengeluh panjang. Bicaranya diteruskan lagi. “Tak apa la. Saya tahu awak takde jawapannya. Awak tahu tak. Perempuan tengok gambar lelaki. Lelaki simpan yang perempuan punya. Kalau tak cun/hensem tuan gambar tu, pasti tak disimpannya. Tul tak kata saya ni? Itulah penangan nafsu namanya. Kalau dah dengan nafsu...haa! awak rasa camane?”.

“Erm...sayaa..saya...”.


Kring!...kring!. Deringan telefon di meja memotong percakapan Halimah.

“Hello!”. Jawab ustazah.

“Waalaikumussalam WarahmatulLah. Yer saya. Insya-Allah...lagi lima minit saya sampai”. Sambungnya dan terus meletakkan ganggang.

“Halimah..saya cakap ngan awak ni bukan atas nama Timbalan Pengarah”. Dilingkupkannya papan tanda tertulis ‘Timbalan Pengarah’ di meja.

“Saya cakap ni atas dasar tanggungjawab seumpama seorang kakak terhadap adiknya. Saya bukan nak marahkan awak. Bukan nak perlekehkan awak. Bukan jugak nak berleter kat awak. Kita ni perempuan. Sifat malu merupakan benteng peneguh iman kita. Tunjukkan kekuatan serta ketegasan kita sebagai Muslimah. Jangan biarkan iman luntur dengan bisikan hawa nafsu. Jangan lemahkan jiwa hanya dengan mainan perasaan. Jodoh pertemuan dah ditetapkan-Nya. Kalau syabab tu dah serius ngan awak, masuk jer meminang. Tu cadangan saya. Dan itulah cara yang lebih bertepatan dengan agama”.

“Saya nak ajak awak sama-sama berfikir dengan kata-kata saya tadi. Kalau kita yang terdedah dengan ilmu agama setiap hari ni pun masih buat benda-benda semacam tu, tak pelik la kalau kita tengok keruntuhan moral yang begitu kritikal buat mereka yang tak didedahkan dengan pengetahuan agama. Cam kat Malaysia tu. Fikirlah baik-baik. Supaya taklah nanti kita termasuk dalam golongan yang merosakkan nama baik student agama. Walaupun kecik perkara tu...tapi mungkin itu hanyalah pada pandangan peribadi kita semata”. Ujar ustazah mengakhiri kata-kata sambil memegang bahu Halimah dan sama-sama melangkah keluar.


Dengan ukiran senyuman di bibir dan tanpa sepatah kata-kata, ustazah berlalu meninggalkan Halimah di hadapan pintu yang tertera ‘Unit Tatatertib’ itu.

Halimah mula menyusun tapak. Melangkah pulang ke sakan. “Tak sangka pulak begitu baik Ustazah Ifah tu”. Tuturnya dalam hati.


Fikirannya makin ligat berputar. Kata-kata ustazah tadi tak berhenti menujah benaknya.

“Perlu ke aku ikut kata-kata ustazah yang ‘macam’ ikhlas tegur aku tu? Ahh!..tu pun takkan tak boleh. Kecoh betul la. Tapi...sesekali rasa cam ada gak benarnya kata-kata ustazah tadi tu”. Hati, perasan, dan fikiran Halimah rancak duk bertelingkah di ambang gerbang kebenaran.

“Kalau aku ikut...adakah aku perlu hadapi suatu perpisahan? Hisy!!...tak mungkin. Lantak la...”. Bentak naluri Halimah sambil tangan mencapai towel terus menuju ke bathroom. “Tadi dah tak sempat. Petang nanti aku nak tunggu ‘dia’ kat internet. Mana la tau kut-kut jumpa. Mintak-mintak camtu la”.

Desiran air kedengaran. Menyegarkan tubuh setelah dimamah terik mentari. Musim soifi akan berakhir tak lama lagi. Hamparan bumi akan kembali tenggelam. Diliputi salji tebal memutih. Bersama tenggelamnya kerdipan mutiara bicara ustazah.

Persahabatan. Cinta. Kasih dan sayang. Suatu rangkaian yang tak mungkin dapat diungkaikan. Satu fitrah kurniaan Tuhan. Bajailah ia dengan nur iman berserta ketaqwaan. Agar fitrah tidak menjadi fitnah.