SILA SKROL KE BAWAH UNTUK ARTIKEL TERKINI

Celoteh Kami –2 (Cabaran Men‘tag’??)

Sebulan sudah medan dakwah siber ini terlahir. Maknanya, dah melebihi tiga puluh hari ianya bangun menapak dalam memperjuangkan visi suci yang tersirat sejuzuk amanah dari langit.

Tiga puluh hari. Secara statistiknya jumlah yang sedemikian tak perlulah tuk kita banggakan. Namun bagi kami, angka yang belum pun mencecah ratusan atau ribuan itu amat kami hargai. Terlalu kami syukuri.

Kerana apa??...kerana walaupun hanya bertintakan kemampuan setitik dakwat di tengah samudera yang dianugerahkan, dengan peribadi kami yang mungkin tak sudi dipandang orang, juga hanya berilhamkan segeluk ilmu kurniaan Tuhan, tapi kami telah dibuka gerbang hati untuk turut bersama gerombolan pejuang kebenaran yang melata di dada bumi ini. Dengan itu kami bersyukur. Kami juga mendamba kejituan istiqamah daripada Pemiliknya. “Ikhlaskanlah kami dan berilah tunjuk nur-Mu buat kami thabit dengan misi-Mu ini ya Allah”.

Berbanyak tima kacih kepada teman-teman serta mereka yang sudi luangkan masa untuk menjenguk blog ini. Setakat aku perhatikan, ada jugak dua tiga kerat individu yang tak dikenali turut menziarahi blog ini. Aku mewakili aL-Watary Geng’z ucapkan tima kacih sangat buat korang. Tima kacih jugak aku kalungkan kepada Syifaarjuna, sahabat baruku di alam siber yang masih belumku kenali.

Tak pulak aku ketahui qosad juga tujuan korang semua melayari blog ini. Adakah menjejak kaki buat kali pertama dan terakhirnya di sini, menjadi persinggahan lepaskan lelah. Atau hanya terlepas pandang yang penghujungnya akan menguburkan segala isinya. Mungkin ada juga yang suka-suka, dek kerana boring mengadap skrin monitor. Apa pun situasinya, lagi sekali kami ucapkan tima kacih.

Syifaarjuna, seorang kenalan yang tak ku kenali. Sepengetahuanku, dia masih lagi dalam fitrah mendalami ilmu Ilahi di negeri Syam, tak berapa jauh dari Dataran Balqis yang ku jejaki ini. Beberapa minggu lalu, aku melayari blogger bikinannya. Sebenarnya setiap kali online aku tak pernah ‘miss’ dari menjenguk dia punya blog. Waktu tu aku terbaca tulisan dia yang bertajuk ‘Musim Men‘tag’kan Diri’. Apa itu tag, fikirku. Di akhir tulisan tersebut dia macam merekomenkan beberapa orang kenalannya untuk meneruskan tag itu bagi diri mereka sendiri pula. Antaranya ialah aku.

Apakah tag? Aku sendiri pun tak tahu. Tapi apa yang dapat aku fahami pada tulisan sahabatku yang sudah men‘tag’kan dirinya itu, mungkin dapat aku simpulkan bahawa tag itu lebih kurang nak sama macam ‘muhasabah’. Iaitu, menilai seterusnya menginsafi diri sendiri. Betul tak tafsiran aku tu Arjuna?...anggap betul je la ekk...ehehe.


Arjuna ‘tag’kan diri dalam blognya sendiri. Mereka yang dianjurkan oleh Arjuna agar meneruskan pembokaran ‘virus’ tag ini juga rasaku memiliki blog sendiri. Personal blogger maksudku. Tapi aku? Aku tak mempunyai blogku sendiri. Aku hanya ada blog ini. Blog aku N the geng yang menjadi penama sebagai pemiliknya. So, takkan aku hanya nak men‘tag’kan diriku dalam blog bersama ini. Nanti terpalit kepoyoan pula di kulit nawaituku. Camne ye Arjuna?.

Demi menyambut pelawaan ikhlas sahabatku itu, akan ku cuba jugak karangi patah kata bagi membongkarkan apa yang diistilahkan oleh Arjuna sebagai ‘virus tag’.

Tag men ‘tag’

Kami sebetulnya bagai bebudak ‘nano’ yang Alhamdulillah telah dicampakkan-Nya secebis kesedaran untuk memperhambakan diri menuntut Ilmu Tuhan. Dah bertahun kami di rantau kontang ini. Aku lak sudah masuk tahun keenam memasyarakatkan diri kat sini. Dah jemu...tapi masih belum lagi memuaskan nafsuku.

Wujud juga kata-kata ‘berselimut’ yang mengatakan macam-macam terhadap kami. Ada yang menegur. Ada yang bunyinya kayak kejian mahupun tohmahan. Ada yang tak jemu menghulurkan nasihat jua kritikan membina. Itulah sunahnya dunia kan?

Kami ada prinsip kami tersendiri. Kami tak kisah andai lahirnya pelbagai anggapan terhadap kami. Apa yang tak elok akan kami minta didatangkan bukti, seterusnya akan kami terima dengan seikhlasnya bagi kami cuba didik diri untuk merubah apa yang termampu. Teguran pula akan cuba kami laksanakan jika kena pada tempatnya.

Kesatuan. Itulah yang cuba kami perjuangkan. Kerana bagi kami, hanya dengan kesatuan yang berpaksikan ajaran langit saja akan mampu mengubah nasib ummah. Di mana pun jua mereka. Sebab itu tak pelik kalau rumah kami sentiasa tak surut daripada kunjungan tetamu. Tamu yang terdiri daripada kawan-kawan para student Malaysia di sini. Tak kira siapa pun mereka. Bebudak dari negara jiran kita, Thailand pun ada. Orang Arab tempatan ‘al-Yamanie’ tu takyah cakap la. Dari yang muda hingga kepada yang berumur. Dari bebudak nakal hinggalah kepada yang bertitlekan ustaz. Mereka yang bernaung sebagai ahli persatuan pelajar mahupun tidak. Semuanya dapat ‘masuk’ dengan kami.

Kami amat tak gemar sekira lahirnya bisikan di belakang telinga terhadap kami. Kalau ada apa-apa yang tak kena ataupun adanya yang tak berpuas hati kepada kami, sila, kami boleh berdepan dengan mereka secara sihat. Tapi andai berterusan juga bisikan demi bisikan yang tak diluluskan piawaian kami, awas!! Sayangilah diri anda :)


Namun kami juga sedar, kami bukanlah yang terbaik. Ingatan demikian tak kering membasahi ruang minda kami. Ikhlas dikatakan, kami masih lagi berada dalam persekitaran ‘nakal’ yang terkadang bisa saja membawa kami ke pinggiran iman. Tapi syukur kami terhadap Tuhan yang maha Penyayang disebabkan Dia sentiasa menginsafkan kami agar dapat kembali kami berpatah menuju cahaya ketaqwaan. Kerana itu, kami selalu melebarkan tangan serta melapangkan fikiran supaya dapat kami mengutip mutiara kata dan berian berharga buat kami menjadi insan khairul ummah.

Ape lagi ekk?...cinta?? Cinta, apa yang harus ku coretkan? Bagiku, cinta terlalu unik. Orang yang ketandusan jiwa saja yang akan mengatakan bahawa cinta itu buta. Ataupun lahirnya ucapan sebegitu daripada mereka yang dah kemabukan cinta tujuh petala langit. Cinta merupakan sesuatu yang begitu sentral. Luas seluasnya. Mungkin kadang-kadang tiada ungkapan yang dapat dipersembahkan. Cinta bukan hanya terkurung dalam jaringan keremajaan. Jaringan serakah muda-mudi yang entah kan bila reda keghairahannya.

Semestinya kalimah cinta itu dikembalikan kepada Penciptanya yang bertakhta di puncak langit. Dengan cinta adanya manusia dan seluruh kejadian. Dengan cinta-Nya juga dapat kita kecapi apa itu cinta. Jagalah cinta sejujurnya, kerana tersembunyi di dalamnya kasih sayang dan cinta langit yang maha suci. Cinta setia yang tak mungkin dinodai.

Teringat aku sewaktu menghadiri muhadharah (pengajian) di bilik kuliah, lecture menerangkan satu sabda Nabi SAW yang mewasiatkan kepada umatnya satu pengertian cinta. Baginda mengatakan bahawa hendaklah seseorang itu mengasihi, mencintai saudaranya yang lain seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri. Terlalu banyak hadis-hadis, ayat-ayat Quran, juga lafaz-lafaz doa yang melambangkan betapa globalnya pengertian cinta. Nanti la lain hari kalau ada kelapangan, akan aku bicara tentang ini. Harap Tuhan memberi jalan.

Dengan cinta juga aku berkarya. Walaupun hanya layak dikategorikan sebagai karya picisan. Karangan budak sekolah. Tapi akan ku cuba persembahkan yang terbaik, sekadar kemampuan. Agar dapat aku menterjemahkan cinta langit yang diilhamkan untuk disentuh bersama. “Aku menulis bukan kerna nama. Kerna sifat kasih, pada sesama insan..dan menyatakan, kasih sayangku. Kita sama..semuanya sama...”. Mudahan nawaituku ini tidak tersasar hendaknya.

Cukup la dulu. Dah panjang sangat nie. Nanti korang boring lak kan nak bacanya. Hingga ketemu lagi. Salam sufi...


By: anTusufi N aL-Watary Geng’z

Nawaitu

“Kami hanya mahu jadi orang yang baik...
Melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat...
Jika kami tak mampu...
Janganlah kiranya kami buat kejahatan...
Atau kejahatan dalam kebaikan...
Biarlah kami diam andai kami belum bersedia...

Kini kami lemah, namun tak pula kami ingin jadi lemah selama-lamanya...
Kami harap kami akan kuat...
Dan kami mohon sangat-sangat...
Biar kami jadi kuat untuk buat kebaikan...

Dengan itu kami berusaha...
Dan Engkau saja tempat kami mengadu...
Kerana Kau teman yang setia, ya Allah...
Redhailah kami”
- al-Watary Geng'z

Kenapa Islam?!

Oleh: anTusufi


Lima tahun sudah berlalu title ‘irhabiyyun’ ataupun terrorist digunakan secara berleluasa kepada golongan yang berjuang untuk meninggikan panji Tauhid Ilahi oleh puak-puak yang iri dengan agama Islam yang dikepalai oleh kuasa besar dunia. Malang, terdapat juga di kalangan umat Islam sendiri yang terikut-ikut dengan ‘istilah’ yang sengaja diadakan itu.

Tidak dinafikan bahawa setiap umat dari mana-mana agama tidak terlepas daripada mereka-mereka yang taasub, melampau, dan membuat kekacauan serta keganasan. Termasuk juga di kalangan orang Islam. Tapi itu bukan bermakna sebarang tuduhan liar sewenangnya perlu dituding kepada Islam. Kerana Islam sendiri tidak menghalalkan apa jua bentuk kegiatan keganasan atau melampau.

Semakin hari kian banyak kisah-kisah, perbualan-perbualan, dan juga penjelasan-penjelasan jijik yang diuarkan bagi mengatakan bahawa Islamlah pelopor keganasan. Demi untuk mengaut keuntungan berlipat, atau mungkin disebabkan kebencian yang teramat, para penggiat seni terutamanya penggiat dunia perfileman telah bertambah giat dalam menghasilkan pelbagai filem yang secara langsung menggambarkan bahawa Islamlah punca segala keganasan dan perlu diperangi oleh masyarakat dunia.

Kita selaku umat Islam semestinya tidak terpukau dengan ‘sihir’ yang ditarikan oleh pihak musuh. Pengganas tetap pengganas, dan Islam tak pernah merestui kegiatan mereka itu. Bukan Islam yang harus dipersalahkan. Tetapi para pengganas itulah yang sewajibnya kita hapuskan.

Beberapa hari lalu aku ‘ter’tonton satu filem yang diterbitkan oleh sebuah syarikat perfileman Bollywood. Entah kali keberapa aku telah menonton filem seumpama ini. Termasuk juga filem-filem dari keluaran ‘Malaywood’. Filem tersebut mengisahkan bagaimana seorang anggota terrorist ini melakukan tugas perisikan di ibu kota India iaitu Bombay, dan beberapa siri perisikan lagi di negara-negara Asia Tenggara. Di samping tidak lari dari babak percintaan yang ‘tangkap tangis’ sebagaimana kebiasaan filem-filem Bollywood yang lainnya.

Walaupun dengan jalan cerita yang agak menarik, ditambah pula dengan lagu-lagu sensasi ‘rock cintan’ Hindustan yang mendayu, tetapi ianya tetap melahirkan kemualan di sudut hati orang seperti aku kerana lagu soundtrack filem itu tak kering dari menyebut zikrulLah yang maha Suci. Sekali lagi pembikinan filem tersebut melahirkan penghinaan terhadap Islam dan umatnya.

Digambarkan seolah-olah para pejuang kebenaran Islam atau apa yang lebih masyhur dengan panggilan mujahidin itu lebih sinonim dengan feel keganasan, dahagakan pembunuhan, dan kehidupan mereka penuh bergelumang dengan dosa-dosa yang tidak mungkin diredhai oleh mana-mana ajaran agama pun di dunia ini.

Sebagaimana yang telah aku katakan, Islam tidak pernah merestui perbuatan terkutuk itu. Malah agama Islam turut mengeji kelakuan yang sedemikian rupa. Mereka bukanlah termasuk di antara para pejuang kebenaran. Sesungguhnya Islam adalah merupakan agama al-adaalah, tasaamuh, wal aman. Agama keadilan, bertoleransi, serta agama yang merintis keamanan sejagat. Kenapakah ‘nama’ Islam yang mesti dipersalahkan?!