SILA SKROL KE BAWAH UNTUK ARTIKEL TERKINI

Sebuah Kemenangan

Salam sejahtera buat semua.

Dah seminggu lebih aku tak hiraukan blog ni. Tiada masa terluang sebenarnya. Ataupun, aku yang saja buat-buat sibuk. Aku teringat tulisan BudakGemok dalam blognya, dia kata hanya orang sibuk sahaja yang memiliki waktu. Ya, mungkin aku belum tergolong di kalangan mereka yang sibuk. Sebab aku dapat rasakan yang aku belum mampu menjadualkan masa dan waktu yang saban hari dilalui.

Bahang kemenangan di Kuala terengganu masih dirasai. Kenduri kesyukuran ada di mana-mana. Ora
ng yang menang pada PRK KT baru-baru ini akan terpikul satu lagi amanah di pundaknya. YB Hj. Wahid Endut adalah ADUN tradisi Wakaf Mempelam semenjak sekian lama. Sekarang sudah bergelar Ahli Parlimen KT pula. Itu satu amanah. Lebih berat. Lebih besar. Dan lebih rumit jika dibandingkan dengan tugas ADUN yang terpikul sebelum ini.

Aku doakan agar YB baru parlimenku ini dapat menjalankan tugas dan memikul amanah ini dengan sebaiknya. Moga-moga Allah yang mengurniakan kemenangan tersebut memudahkan jalan beliau melaksanakan amanah besar ini.

Selepas kemena
ngan, pada malam itu aku ada sms beberapa orang rakan. Antara lain sms ku itu berbunyi, "Semoga dengan kemenangan ini akan menggemakan pembelaan umat Palestin di ruang Parlimen Malaysia". Ya, begitu harapku. Kerana antara punca kemenangan Pakatan Rakyat yang diwakili PAS pada PRK KT baru-baru ini adalah bertitik-tolak dari semangat dan roh perjuangan rakyat Palestin di bumi Gaza.

Kemenangan sudah diraih. Tetapkan perjuangan dan tugas dakwah kita di persada masing-masing. Jangan terlekakan.


Dua hari lepas, aku ke Mydin Mall untuk mengambil cincin yang dipesan oleh seorang sahabat. Cincin pertunangan katanya. "Alhamdulillah," kataku dalam hati. Akhirnya temanku yang sorang ni dibukakan jalan juga untuk menyempurnakan separuh dari agamanya.

"Tahniah bro," ucapku terlebih dahulu.

"Tapi jangan tunangan lama-lama tau," sempat juga aku berpesan dalam senyuman. Pun begitu, pesanan aku itu serius bro. Lu jangan rasa gua main-main pula :)

Insyallah, minggu ini dia akan bertunang. Mahasiswi dari Al-Azhar khabarnya. Wah, mabruk ya akhi. Nanti di hari persandingan, jangan lupa jemput aku jadi pengapit korang ok.

Okaylah semua. Kita pakat-pakat doakan agar kawanku itu dipermudahkan Tuhan dalam membina masjid dalam waktu terdekat. Bahaya bro kalau dibiarkan lama-lama tanpa ijab dan qabul. Ingat tu bro, jangan buka jalan kepada Si Iblis merosakkan jalinan suci korang. Mudahan akan terbina keluarga pejuang nanti ya bro ;)

"Mabruk muqaddam daripada aku."

Ya, mungkin ini juga adalah sebuah kemenangan.

Dot.

Siri Kempen PRK P.036

Dipetik dari UNIKA PTS


* PPSMI adalah idea mantan Presiden UMNO dan mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang.

* Rakyat jelata tidak pernah meminta PPSMI.

* PPSMI hanya menguntungkan anak-anak yang ibubapanya bertutur bahasa Inggeris di rumah.

* PPSMI menguntungkan anak orang kaya-kaya di bandar.

* Ibubapa yang tidak bertutur bahasa Inggeris tidak dapat menolong pelajaran anak-anak mereka di rumah.

* Anak-anak keluarga miskin dalam bandar dan di luar bandar menjadi mangsa PPSMI.

* PPSMI akan menyusahkan anak orang miskin dan orang kampung menjadi saintis, doktor, jurutera dll.

* PPSMI dibuat oleh kerajaan BN tanpa berunding dengan rakyat.

* Kerajaan BN tidak pernah mendapatkan pandangan guru-guru sebelum membuat dasar PPSMI.

* PPSMI dilaksanakan dengan cara paksaan walaupun ditentang oleh majoriti rakyat.

* Guru-guru tidak pernah bersetuju dengan PPSMI.

* Cendekiawan dan cerdik pandai Melayu tidak pernah dirundingi oleh kerajaan BN sebelum melaksanakan PPSMI.

* Kerajaan BN membakul-sampahkan puluhan memora
ndum yang menentang PPSMI.

* PPSMI terus dilaksanakan walaupun hasil kajian oleh bijak pandai di universiti mendapati dasar itu gagal.

* Setiap tahun markah lulus peperiksaan diturunkan demi mengaburi mata rakyat.

* PPSMI menguntungkan kontraktor kroni yang membekalkan bahan-bahan bahasa Inggeris.


* Kaum Cina pun menentang PPSMI.

* Yang menyokong PPSMI adalah segelintir golongan elitis yang mendewa-dewakan bahasa Inggeris.

* PPSMI tidak sah di sisi perlembagaan negara.

* PPSMI menghina bahasa Melayu.

* PPSMI membunuh masa depan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

* Bahasa Inggeris gagal mengkayakan Filipina, India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, negara-negara di benua Afrika yang meminjamnya.

* Semua 40 buah negara maju di dunia menggunakan bahasa masing-masing.

* Semua negara yang meminjam bahasa penjajah semuanya gagal menjadi negara maju dan kayaraya.

* Di mana-mana negara pun bahasa penjajah gagal memandaikan rakyatnya yang miskin.

Ehem:

: PPSMI adalah singkatan bagi sistem Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

: Kembalikan Bahasa Ibunda!!

PRK P.036; Lensa Penamaan Calon

Lautan manusia. Ya, hanya itu yang terucap. Jalan-jalan utama memasuki Bandaraya Kuala Terengganu penuh sesak. Polis pelbagai latar-tugasan kelihatan di mana-mana. Kereta bersusun-susun. nasib baik aku hanya menunggang motosikal (memang itu aje ya ng ade:).

Sekadar gambar hiasan

Di dalam pusat bandar pula orang sudah berasak-asak seawal jam 7 pagi. Dari atas bangunan pejabat-pejabat, kelihatan ramai yang men yaksikan suasana ini. Ramai juga yang merakamkan kenangan ini.
Kali ini tiada ulasan panjang. Aku hanya mahu kongsikan antara koleksi gambar yang sempat aku rakam pada hari penamaan calon siang tadi. Tapi maaf, gambar hanya tertumpu di sebelah Pakatan Rakyat sahaja kerana tiada kesempatan untuk ke seberang sana bersama pengikut Barisan Nasional yang pada telahan aku dari jauh, jumlah mereka tidak sampai separuh dari angka kehadiran petugas serta penyokong Pakatan Rakyat.

Pilihlah dengan bijak antara tiga orang 'ayam sabung' yang masing-masing mewakili PR, BN, dan juga Bebas. Manakah antara mereka yang memperjuangkan Islam? Ingat, tangan yang memangkah akan mengheret anda ke lubang Jahannam sekiranya menolak calon yang memperjuangkan Islam!!

Jumpa lagi.

















Me
reka mahu menggempur (?)












Mereka turut hadir
























Lautan orang













Saudara Azhan, juara Akademi Nasyid turut hadir (image kiri)

Ehem: Aku...


: Sila klik pada image untuk paparan yang lebih jelas. TengQ :)

Demo Palestin & PRK P.036

Jumaat lepas selepas selesai menyempurnakan solat Jumaat di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu, aku terdengar pengumuman daripada pihak masjid meminta para jemaah tidak terus pulang kerana akan diadakan perhimpunan pemuda bagi mengutuk tindakan buas terkini Rejim Zionis terhadap umat Islam di Gaza, Palestin.

Aku membatalkan niat untuk terus pulang. "Aku nak sertai himpunan ini," desus hatiku.


Perhimpunan tersebut diadakan di perkarangan masj
id. Para jemaah semakin lama semakin memenuhi perkarangan tersebut. Wakil-wakil daripada gerakan pemuda termasuk pelajar bersilih ganti memberi ucapan dan kata-kata semangat intifadhah serta dengan lantang mengutuk serangan 'binatang' oleh puak-puak Yahudi laknatulLah terhadap rakyat Palestin. Sehingga sekarang, jumlah yang menjadi mangsa keganasan pengganas antarabangsa itu telah mencecah angka ribu.

Mereka umat Islam. Satu agama dengan kita. Satu Tuhan dengan kita. Satu kiblat dengan kita. Allah telah menegaskan bahawa seluruh umat Is
lam adalah bersaudara. Justeru, apakah cukup dengan kita mengucap rasa simpati terhadap mereka? Cukupkah dengan hanya menonton pencabulan demi pencabulan hak asasi mereka di kaca-kaca televisyen? Cukupkah kita mengikuti perkembangan mereka dengan hanya menatap dada-dada akhbar? Atau cukupkah dengan hanya kita berdoa? Cukupkah??!

Kita perlu beringat, junjungan Nabi telah memberi inzar kepada kita semua bahawa barang sesiapa yang tidak mempedulikan hal ehwal kaum muslimin, maka dia bukan tergolongan di kalangan mereka. Makna kata, mereka bukan lagi daripada golongan muslimin.
Demo di Republik Yaman, mengutuk kebejatan Zionis Yahudi
Image di ambil dari
alories flickr

Justeru, di samping bermunajat memohon doa terhadap umat Palestin, kita juga harus turut bersama memperjuangkan Islam pada setiap masa. Dengan apa juga usaha dan daya. Agar dapat Islam didaulatkan. Kerana hanya Islam sahaja yang mampu membela nasib umat Palestin, juga umat Islam yang lainnya.

Himpunan gerakan pemuda mengutuk Rejim Zionis
di perkarangan Masjid Pengadang Baru

Bagi anak watan Kuala Terengganu, inilah kesempatannya. Gunakan peluang pada pilihanraya kecil ini bagi menentukan kemenangan berpihak kepada jemaah yang benar-banar mahu membela Islam dan rakyat seluruhnya. Pastikan calon yang kita menangkan mampu menggemakan suaranya di sidang Parlimen Malaysia dalam pembelaan kepada agama, bangsa, bahasa, negara, dan umat Islam di Palestin.


Parti mana yang berkredibaliti untuk itu? Nlailah dengan fikiran sihat dan iman anda. Jangan kita melakukan sesuatu dengan nilai hipokrit dan kepentingan diri. Memilih pemimpin adalah wajib di sisi Islam. Nilailah mereka demi kepentingan agama dan anak bangsa.

Ingat, undi anda akan bersaksi di hadapan pengadilan ma
hkamah Tuhan kelak!

Calon PRK P.036

Akhirnya sempurna (pinjam dari lagu 'Mentera Beradu'). Ya, setelah banyak spekulasi dan pelbagai andaian dibuat, akhirnya parti komponen Pakatan Rakyat daripada PAS telah merungkaikannya dalam pengisytiharan calon mereka pada malam semalam. Calon daripada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu akan datang ialah YB Hj. Mohd Abdul Wahid Endut yang juga merupakan ADUN Wakaf Mempelam, salah sebuah DUN yang bernaung di bawah Parlimen Kuala Terengganu. Beliau telah memenangi DUN tersebut semenjak tahun 1990.

UMNO pula yang mewakili Barisan Nasional telah lama mendahului Pakatan Rakyat dalam pengisytiharan calon mereka. Sementara menunggu pengumuman calon daripada PAS, calon BN Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sudahpun lenguh kaki naik-turun teratak pengundi bagi meraih sokongan.

Siapa pun yang menjadi 'ayam sabung' merebut kerusi penting P.036, para pengundi harus bijak membuat pilihan. Para pengundi mestilah celik dalam menilai siapakah calon yang layak diundi untuk membela nasib rakyat marhaen dan yang lebih utama, membela Islam. Bukan yang hanya lantang mengejar pembangunan yang sifar dari roh tauhidik serta jauh dari pertimbangan dosa dan pahala.

Ingat tuan, undi anda nanti akan bersaksi di depan pengadilan mahkamah Tuhan. Selamat bertugas kepada jentera PRK P.036 KT.


Ehem:

:
Daulatkan Islam demi sokongan anda terhadap pejuang Palestin

PRK P.036 & Serangan 'Samseng' Yahudi


Gema kebenaran di Parlimen begitu bermakna. Bagaimana PRK P.036 ini dapat kita olahkan agar perjuangan rakyat Palestin terbela? Korang pikir la sendiri. PILIHLAH DENGAN BIJAK!!

Di bawah ini aku potokopikan artikel seorang sahabat tentang perjuangan dan serangan pengganas antarabangsa, Yahudi laknatulLah.
.............................................................................................

Dipetik dari
PERMAYA Online


Oleh: Imran al-Malizi
imran_almalizi@yahoo.com


Seminggu yang lalu semasa mendirikan solat Maghrib di Masjid Hamzah berdekatan Universiti Al-Iman, pada rakaat akhir itu imam berdoa qunut nazilah selepas bangkit dari rukuk. Beliau mendoakan agar Allah memberikan kesejahteraan kepada kaum muslimin di Gaza, memberikan kekuatan kepada golongan mujahidin yang sedang berjihad di sana, semoga Allah menetapkan pendirian mereka dan mendatangkan bantuan kemenangan kepada mereka. Dalam doa itu juga beliau mendoakan agar Allah membalas kejahatan orang-orang Yahudi yang menceroboh, merampas dan berbuat zalim serta Allah menghancurkan mereka serta sesiapa jua yang bersekutu dan membantu mereka.


Selesai solat itu, kutipan derma jihad diumumkan untuk membantu umat Islam di Gaza. Seorang jemaah masjid bangun lalu berucap tentang kewajipan umat menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara mereka di Gaza. Saya masih tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku ketika itu. Kemudian saya menaiki kenderaan ke kawasan bandar lalu solat Isyak di Masjid Al-Ansar. Pada rakaat akhir, imam masjid di situ juga membaca doa qunut nazilah dan kali ini lebih panjang. Selesai solat, seorang pemimpin masyarakat bangun lalu berucap dengan suara yang lantang menyampaikan laporan berita ketika itu tentang serangan udara Israel yang baru sahaja berlaku di mana lebih 30 missile telah dilancarkan dan mengorbankan lebih 200 penduduk awam Gaza serta mencederakan beratus-ratus yang lain. Sumber dari Israel menyatakan bahawa serangan tersebut adalah untuk menghapuskan para pejuang HAMAS dan bukan meletakkan sasaran untuk mencederakan orang awam.


Kutipan derma jihad terus dilakukan setelah itu sambil beliau mengumumkan perhimpunan rakyat Yaman pada keesokan harinya di Stadium Sana’a.

Keesokan paginya pula, satu SMS dihantar oleh syarikat telekomunikasi Sabafon kepada semua pelanggannya tentang perhimpunan tersebut yang bermula jam 9 pagi. Kebetulan saya perlu ke universiti kerana ada kuliah. Sesampai di sana para pelajar dari semua fakulti sedang berkumpul dengan kain rentang yang pelbagai slogan dan kecaman terhadap negara Israel. Bas-bas kepunyaan universiti juga kelihatan beratur bersedia untuk membawa mereka ke stadium. Di dewan kuliah, tiada seorang pelajar pun kelihatan. Pejabat pendaftar juga ditutup dan tiada sebarang urusan boleh dibuat pagi itu. Semasa menuruni anak tangga, saya bertemu dengan pensyarah dan beliau akhirnya membatalkan pengajian pada hari tersebut.

Saya mengumpulkan beberapa rakan di asrama pelajar berdekatan lalu mengajak mereka menyertai perhimpunan tersebut. Sepanjang perjalanan, kami dapati banyak kedai-kedai yang ditutup. Sampai kami di sana, suasana hingar bingar menguasai kompleks sukan itu. Kami berarak bersama orang ramai mencari pintu masuk tetapi hampa kerana kesemuanya sesak. Sangka kami tentu ruang di dalam sudah padat. Akhirnya setelah kami melakukan ‘tawaf’ mengelilingi stadium tersebut, kami berjaya juga masuk melalui salah satu pintu. Ternyata masih ada ruang di kawasan tengah stadium. Satu ruang dikhususkan untuk golongan muslimat. Dianggarkan para hadirin yang berada di dalam stadium pada pagi itu melebihi 10,000 orang.


Di tengah-tengah kawasan stadium, kelihatan golongan remaja Arab ke hulu ke hilir memikul replika roket dan peluru berpandu. Para pelajar sekolah juga kelihatan turut serta dalam perhimpunan itu. Acara dimulakan dengan ucapan beberapa orang pemimpin parti pemerintah. Saya berasa mual dengan ucapan-ucapan yang sarat dengan unsur-unsur perkauman Arab. Suasana agak hambar sehinggalah diumumkan Syeikh Abdul Majid Al-Zindani berucap. Laungan takbir bergema secara tiba-tiba lalu menarik perhatian para hadirin untuk mendengar ucapan beliau.

Syeikh Al-Zindani dalam ucapannya menyebut bahawa seluruh lapisan masyarakat Yaman daripada pihak pemerintah dan rakyat bersatu dalam isu Palestin mengutuk tindakan Israel terhadap penduduk Gaza. Ini satu isyarat jelas kepada pemerintah Israel. Kemudian beliau menyeru para pemimpin Arab dan dunia Islam agar menyatukan saf dan menegaskan bahawa mereka tidak menerima tindakan Mesir menutup sempadan Rafah. Beliau juga menegaskan bahawa Presiden Republik Arab Mesir, Hosni Mobarak turut sama terlibat dalam pembunuhan penduduk Gaza.

Beliau menyeru para pemerintah supaya menggesa PBB mengambil tindakan terhadap Israel yang telah mengisytiharkan perang secara terbuka terhadap Gaza. Seterusnya Syeikh Al-Zindani menyeru para ulama Islam supaya mengeluarkan fatwa secara bersepakat tentang perbuatan golongan yang membantu Israel menekan penduduk Gaza adalah haram di sisi Islam. Agar seluruh dunia mengetahuinya. Beliau juga memberi amaran agar jangan ada mana-mana pihak yang menghalang bantuan rakyat Yaman ke Gaza yang akan dihantar dengan kapal melalui terusan Suez.

Beliau juga mengucapkan syabas kepada negara Qatar yang telah berjaya menghantarkan bantuan kemanusiaan mereka dan memberitahu para hadirin bahawa Qatar sedang bersiap sedia untuk mengirimkan bantuan kedua. Syeikh Al-Zindani menggesa negara-negara yang lain agar menurut langkah yang telah dilakukan ini. Akhir sekali, beliau menyeru agar para khatib seluruh masjid di Sana’a agar mengutarakan isu ini dalam khutbah Jumaat serta mengumpulkan derma-derma dan bantuan untuk dihantar ke Gaza dalam masa terdekat. Majlis berakhir kira-kira jam 11.35 pagi.

Sejak minggu lalu, doa qunut nazilah dibaca di semua masjid dalam solat lima waktu sehingga tulisan ini tersiar dan akan berterusan selama sebulan. Saya termenung sendirian memegang dahi sambil bertanya kepada diri sendiri, “Bagaimanakah keadaan kaum muslimin di negaraku? Adakah mereka sedang mendoakan umat Islam di Gaza dan seluruh Palestin? Sekurang-kurangnya adakah mereka mengambil tahu tentang serangan terbaru ini?”


Ya Allah! Ampunkanlah kelemahan kami, berikanlah kesedaran kepada kami, dan bangkitkanlah orang-orang yang akan berjihad daripada kalangan kami. Amin.
- sa


Ehem:

: Saudara Imran merupakan Perwakilan International Al-Quds Institute di Malaysia
: Abang Im, gua promosi lu...jangan marah ekk ;)