SILA SKROL KE BAWAH UNTUK ARTIKEL TERKINI

Kelahiran (dedikasi buat bonda tercinta)

Sempat ke kalau aku nak ucap selamat hari ibu? Takpe la kalau dah terlewat pun. Sebenarnya entri ini sempena ulang tahun hari kelahiran. Itulah hari ibu. Malah, setiap hari yang berlalu merupakan hari ibu. Kenapa? Kerana dia adalah seorang teristimewa yang bergelar IBU.


Di bawah ini aku abadikan sebuah puisi yang bertajuk 'Puisi Buat Bonda'. Lepas tu satu klip video aku kongsikan dengan korang. Klip video tu mungkin dah biase korang tengok. Tapi kelainan dia sebab ada Malay subtittle. Kawan aku dari geng Mukjizatsaintifik yang terjemahkan. Ok, semoga terhibur ;)


Terdetik di hati ingin bersua
Menatap wajah nan bersih mulia
Yang kian tua dimamah usia.

Di balik kedut wajah itu
Tertanam 1001 kisah hidup
Gembira..sedih..suka dan pilu.

Ranjau dunia tabah diharungi
Anak dididik serta disayangi
Kasih disemai setulus hati.

Engkaulah bergelar isteri sejati
Pengorbananmu selayak ibu mithali
Walau tanpa suami di sisi
Insan agung bertakhta di hati
Yang telah lama pergi
Menyahut seruan dari Ilahi.

Setinggi penghargaan buatmu ibu
Mengasuh diriku tak pernah jemu
Mencurah kepadaku selautan ilmu
Mengenalkan daku Tuhan yang satu.

Di akhir tari pena aku memohon
Mudahan engkau dirahmati Tuhan
Ampunkan segala dosa dan keterlanjuran
Kesedihanmu yang pernah ku lakukan
Kemarahanmu yang pernah aku undang.

Aku sedar...
Hanya dengan redhamu
Akanku kecapi anugerah Tuhan.


video

"Ibu..dada yang paling belas terhadap usia kecil kita...
Belaskah dada kita ketika waktu senja mereka?..."

Ehem: Klip video tu aku copy dari blog my friend, Bro Ayub :)

Bila Mempelai Bersatu

Entri bergambar ini aku istimewakan buat dua orang kazen aku yang baru sahaja meraikan detik bahagia menempuh hari bersatunya 'cinta' bersama pasangan masing-masing. Kazen aku tu kedua-duanya perempuan. Aku tahu, mereka tak pernah sampai ke teratak ini. Namun, aku coretkan juga entri ini sebagai tanda ingatan saudaraku kepada mereka.


Kepada mereka, aku ucapkan selamat berbahagia. Jangan lupa setiap patah ucapan
alias nasihat yang sama-sama kita dengar ketika khutbah disampaikan sebelum majlis aqad wal qabul bermula. Harus kalian ingat, majlis tersebut diiringi dengan tangisan demi tangisan oleh Iblis dan Syaitan laknatulLah. Jangan pula nanti hari-hari kalian lalui bisa mengembalikan semula keriangan makhluk terlaknat itu.

Di bawah ini aku tujukan bait puisi buat kalian. Sebenarnya dulu puisi tu aku sembahkan buat anak saudara ku yang bertemu 'cinta' dengan rakan ku sendiri.


PASANGAN PERTAMA

Sharifah Nor Fatihah bte. Syed Abdullah Al-Idrus
&
Syed Esa bin Syed Ahmad Al-Idrus

"BAROKALLAHU LAKUMA"

Arab stail (?)


Sulaman Cinta

Terpandang kelibat beraut ceria
Wajah tersenyum menguntum bahagia
Berseri manja tanpa ungkap bicara
Gandingan amal menakhoda bahtera
Kecapi mufrad cinta Sang Esa.

Meski gembira...kelihatan suka
Naluri menerjah kalbu insani
Tetap tersentuh...melirik jeling
Kenangkan noda kapan terhenti.

Tanda syukur kalam bermadah
Agar korang kekal setia
Iringan hidayah Tuhan Penguasa
Tersulam doa penuh damba
Dari saudaramu hingga dunia sana.

– SeLamaT PeNganTin BaRu !! –


PASANGAN KEDUA

Sharifah Nor Fauzan bte. Syed Abdullah Al-Idrus
&
Syed Abdul Mutholib bin Syed Husin Al-Idrus

"BAROKALLAHU LAKUMA"


Sembang-sembang...

Huh!

Alhamdulill
ah!

Dah setel pun kerja-kerja ‘salin kulit’ teratak sepi yang terkadang saja riuh-bingit dengan para tetamu ini. Cuma ade sikit aje lagi yang belum aku siapkan. Walaupun teratak berhantu ini jarang dilawati orang, namun aku nak ucapkan jugak berbanyak terima kasih buat kalian yang pernah bertamu ke sini walau dengan sepatah salam atau dengan hanya sekilas pandang.


Terima kasih juga kepada teman-teman daripada aLwatary Geng’z yang selalu dekat dengan aku walaupun pada realitinya kita agak berjauhan. Buktinya, jarang-jarang sekali baru dapat bertemu kan? Untuk awak-awak aLwatary Geng’z yang masih berada di bumi Yaman pula, “Gua kangen bangat sih sama lu orang”.

Sekarang usia teratak ini baru saja memasuki 15 purnama. Masih terlalu muda. Masih dalam fitrah penyusuan. Barangkali baru mula belajar bertatih. Seringkali rebah tatkala melangkah. Perlu ada orang dewasa di sisi yang sentiasa mengawasi, memberi tunjuk ajar, semangat, serta keyakinan untuk terus melangkah. Melangkah dan melangkah lagi.

Teratak ini udah pun berwajah baru. Namun, intinya tetap sama. Perjuangannya masih tidak berubah. Mulai sekarang, akulah yang menjadi pewaris sulung teratak hantu ini. Pun begitu, aku yakin sepenuhnya bahawa teman-teman seangkatan daripada aLwatary Geng’z tak akan membiarkan aku bersendirian. Kerana, di sini kita bermula. Teratak inilah medan perjuangan yang sama-sama kita cipta dan bangunkan lebih setahun lalu.

Walaupun ada sepatah dua yang dah aku tukar penama daripada ‘aLwatary’ kepada ‘anTusufi’, tapi aku masih mengekalkan identiti sebenar teratak ini. Semoga kalau ada apa-apa kemanfaatan yang timbul dari teratak ini, kita bersama akan mendapat sahamnya kelak. Insya-Allah.

Ehem:
:
Terpikir-pikir, camne la nak bagi ramai kawan2 yg berkunjung...hmm