SILA SKROL KE BAWAH UNTUK ARTIKEL TERKINI

Salam Takziah

Maghrib kelmarin aku agak terkejut apabila mendapat khabar via SMS yang memberitahu bahawa Ahli Parlimen kampung laman ku telah meninggal dunia. Beliau ialah Datuk Razali Ismail daripada Barisan Nasional (BN) yang berjaya menyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam 'peperangan' tiga penjuru pada pilihanraya ke-12 awal tahun 2008 baru-baru ini.


Pemergian beliau tanpa sebarang amaran. Tiada apa-apa petanda. Pemergiannya beliau bagai membawa petunjuk. Petunjuk bagi sesiapa yang tidak buta. Yang celik fuadnya. Yang benderang hatinya. Bahawa Tuhanlah segalanya. Tempat datang dan tempat kembali. semua jadi. Justeru, bersiaplah. Berbekallah dengan apa yang difikirkan perlu sebagai seorang hamba dan pembawa amana sebagai khalifah Allah di dada bumi ini.

Allahyarham juga merupakan penjawat potfolio Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. di kampungku terpampang di mana-mana wajah beliau di kain pemidang ucapan tahniah dengan penjawatan tersebut. Akhir tugas beliau untuk negara ialah dengan menghadiri mesyuarat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highland.

Allahyarham Datuk Razali Ismail

Nek Maimun (Calon Bebas) semasa merebut kerusi Parlimen KT

Kecundang (Mohamad Sabu, calon PAS) di tangan Datuk Razali


Salam Takziah
Da
n
Selamat Mengundi Bagi Kawasan Kuala Terengganu

Ehem:

:
Buat orang KT, sila semak daftar pengundi anda mulai sekarang :)

Usia Cinta Bersatu (versi pantun kronologi)

Alhamdulillah, barangkali seandainya korang terlihat gambar di atas ini korang dapat agak apa yang sebenarnya telah berlaku. Ya, Tuhan maha berkehendak. Disatukan-Nya dua hati, dua jiwa, dua naluri, dan dua jasad, di dalam satu cinta. Semoga ia terpandu untuk mengecap hilwah mufrad cinta-Nya yang teragung.

Insyallah a
ku akan meraikannya bersama kalian. Justeru, aku persilakan kepada sahabat-sahabat mahupun para blogger yang mengenali diri ini untuk datang ke walimah seadanya yang akan dilangsungkan pada 4 Disember 2008 ini. Ataupun, kepada yang tak sempat, boleh juga datang pada 6 Disember 2008 ini. Aku amat berbesar hati dengan kehadiran sahabat sekalian. Doakan kami dengan kebaikkan dan juga dilimpahi dengan kerahmatan di dunia serta di akhirat sana.

Di bawah ini aku saja ingin kongsikan beberapa bait pantun 'ntah pape' yang aku cipta :D



Pulang teruna membawa hajat,
Intai penawar pengubat lara,

Luahkan segala luka tersirat,
Juga mendamba kasih si bonda.


Melangkah dia serata desa,

Nawaitu utama fokus di dada,

Bilakan bertemu bertentang mata,

Pandang tak jemu, molek berbahasa,
Sabar dibaja, berakhlak mulia,
Manis berupa, agama dijaga.


Kepada bonda lalu menghadap,

Khabarkan dia impian dicita,

Langsung diikat tanda beradab,

Tertaut cincin bertatah permata.


Pucuk dicari ulam mendatang,

Menjadi santapan si raja muda,

Manisnya jemari kala terpandang,
Cincin bertatah sarungan mertua.


Purnama mengambang silih berganti,

Hampir setahun beronak duri,

Kini menjengah hari dinanti,
Dua cinta akan terpatri.


Terpatri janji tambatan hati,
Menapak usia penuh mawaddah,
Seiring menggapai mardha Ilahi,
Rahmat dipinta barakah ditadah.

Agungnya ciptaan teruna dara,
Hidup bahgia di raudhah Syurga,
Terpisah angkara si penderhaka durjana,

Musuh semesta ke hujung dunia.

Senyum nak dara di balik purdah,

Melafaz syukur berseli sendu,

Ijab dan qabul sebagai penyudah,

Mengikat usia kasih bersatu.

Menjunjung kasih persembahkan bonda,
Jasa sayangmu sebesar semesta,
Agung cintamu selautan samudera,

Tidakkan ternilai uang berjuta.


Kasih bersatu cinta terpatri,
Menjunjung amanah melangit tinggi,

Wahai Tuan pencinta abadi,
Restukan kami hingga ke Firdausi.


Kepada kalian juga dipohon,
Doakan kami dipanjangkan jodoh,

Hidup bahagia senyum sokmo,
Junjungan termulya dijadi contoh.

anTusufi,

Zulkaedah 1429H / November 2008M




Ehem:


: Syukran awi buat Bro BudakGemok yang sudi men-design-kan 2 gambar di atas :)
: Turut diundang, semua teman dari Yemenie Blogger'z, ar-rushd, syifaarjuna, tintahati, ukhti27, dihah, MF kencana, zainikosnin, & serunaifakir

Ni Entri Selingan (kenangan dulu2)

Sebelum aku publish-kan sesuatu yg baru pada minggu depan (iAllah Ahad ini), hari ni aku nak sama-sama berkongsi suatu kenangan dengan kalian (biar la kalo korg tak sudi nak baca pon). Kenangan dulu2. Masa duduk jauh2. Sorang2. Hanya bersama kawan2.

Entri ni didedikasikan buat teman2 seperguruan semasa di Republik Yaman dahulu. Sebenarnya, masa aku nak balik aritu aku tak sempat nak buatkan suma ni kepada kalian. Eh, bukan tak sempat...tp kepala waktu tu 'macam' tak berapa nak betul. Ok, sekarang mari kita membacanya.

Entri yang aku kebas dari blog Bro Ayub, hehehehek.....

-----------------------------------------------------------------------------

1 Syawal 1429H.


Itu Aidilfitri terakhirku di Republik Yaman. Raya terakhir untuk ku di tanah berdebu penuh nostalgia ini. Ya, kali terakhir. Bukan kebarangkalian lagi. Aku yakin. Penuh pasti.


Pagi itu aku singgah sebentar di rumah Watary. Sekilas terimbas kenangan-kenangan di kotak memori. Teman-teman sejalanan di rumah ini yang kini masing-masing telah pulang. Berjuang di medan sendiri. Sekarang, generasi baru yang menghuninya. Junior get ready untuk sebuah pengembaraan ilmi. Aku doakan agar mereka menempa kenajahan hakiki.


Aku kemudiannya menuruni anak tangga bayt Watary satu-persatu. Mengatur langkah ke Restoran Damai yang tidak sampai 50 meter dari bayt Watary. Restoran tertutup berusia hampir setahun itu milik seorang usahawan dari Malaysia. Pak Cik Mohammad panggilan timangannya. Di situlah majlis Aidilfitri yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) akan berlangsung pada pagi 1 Syawal yang ‘damai’ itu.


“Ini raya terakhir,“ getar hatiku.


Sejurus memasuki perkarangan Restoran Damai jiwa terus diusik kesayuan. Terlihatkan teman-teman bermanis muka tanda kemenangan sebulan di madrasah siyam begitu mengheret emosiku. Langsung ragaku berpinar tatkala bertukarnya ucap salam minal ’aidin dengan mereka yang tampak kemas berpakaian meneledani sunnah. Aku juga tak ubah halnya seperti mereka, begitu pada lahirnya. Namun jika tersingkap hijab lahiri itu, jelas sangat berbeza antara aku dengan mereka. Kerana, seperti yang digetarkan oleh hatiku, “ini raya terakhir”.


Benar, itu raya terakhir buatku di Bumi Iman dan Hikmah ini. Justeru dalam masa terdekat ini juga aku sudah menjadualkan untuk pulang ke tanah air, Malaysia. Kembali ke sisi keluarga dan bonda tercinta.


Ahh, bonda.


“Maaf bonda, kepulangan anakandamu ini tidak sebagaimana yang bonda citakan.”


“Namun, Insyallah akan anakanda buktikan kepada bonda seisi keluarga bahawa perjalanan anakanda selama hampir satu dekad di sini tidak sia-sia.”


Itu anakanda semat sebagai janji.


Pagi itu, sahabatku Bilal tampil berdiri segak di hadapan para jemaah untuk menyampaikan khutbah Aidilfiri. Beliau juga selaku ketua kami. Presiden persatuan pelajar yang kami support selama ini. PERMAYA.


Hurm, PERMAYA.


Terlalu banyak nostalgia pahit-manis, hilai-tangis bersamanya untuk dikenangkan. Dari mula berpijak di sini, aku sudah mulai mengenal PERMAYA. Hingga ke hari ini, aku telah penempuhi satu tempoh yang panjang bersama PERMAYA.


Pantas sekali jika ku menjunjung kasih kepada pihak PERMAYA. Terima kasih buat abang-abang dan juga teman-teman yang banyak menghulurkan bantuan serta kerjasama juga tunjuk ajar mereka yang amat berguna bagiku. Banyak pengalaman dan amali hidup bermasyarakat yang dapat aku pelajari daripada kalian. Serius, memang sukar untuk diungkap betapa ku ucapkan penghargaan kasihku kepada kalian.


Allahukbar. Allahuakbar. Allahukbar.


Sebelum solat Aidilfitri yang diimamkan oleh kamcingku, Ustaz Aisar (di kalangan kami beliau femes dengan gelaran Cha), aku sempat duduk bersila menyertai sahabat-sahabat yang sedang asyik bertakbir penuh bersemangat membesarkan zat Tuhan Pencipta. Allah maha besar. Dia maha berkehendak. Dia menggenggam segala apa yang berlaku. Semua Dia sudah tetapkan. Dengan kuasa KUN, serata penduduk bumi dan petala langit sujud, akur dengan-Nya. Semua adalah rahsia-Nya. Apa jua kejadian. Dialah yang maha mengetahui yang terbaik buat hamba-Nya. Buat kita. Juga diriku yang lemah hina ini.


Sungguh, Aidilfitri itu amat-amat mengusik jiwaku. Bagai terpampang episod ilusi di ruang mata. Kenangan demi kenangan tidak henti berkunjung. Tiba sebabak-sebabak tanpaku arah. Ahh, begitu indah walaupun terselit kepahitan di celahnya. Kenangan yang mengajarku arti kehidupan. Kenangan yang bisa mematangkan langkahku di hari mendatang. Yang pantas menunjukki buatku nilai sebuah persahabatan. Kasih sayang dan cinta.


Kepada sahabat dan teman-teman yang mengenaliku atau yang pernah bersua denganku walaupun sedetik ketika berada di Yaman, ku menyusun jemari minta kemaafan. Aku tadah jiwa raga memohon keampunan daripada kalian semua. Aku tahu, dengan kelemahan diri ini, banyak kesilapan yang sudah ku lakukan. Tidak sedikit ketaksiran yang pernahku ciptakan. Bukan sekali keterlanjuran telahku pertontonkan.


Al-maklum, kita bukannya malaikat Tuhan yang jauh dari pencemaran dosa-dosa. Dari itu, kemaafan, kemaafan, dan juga kemaafan yang ku pinta daripada kalian atas segala dosa-dosa. Pasti ianya ujud dalam sedar mahupun tidak. Pemaaf itu sifat termulia para rasul kan? Aku yakin kalian arif tentangnya. Justeru, ampunkan dosa-dosaku.


Ampunkanlah.


Kepada kalian yang masih tegar di bumi perantauan Hud-hud ini, teruskanlah perjuangan murni kalian. Ku seru kepada Tuhan penakluk alam, permudahkanlah sahabat-sahabatku mendalami ilmu-Mu. Kurniakanlah kepada mereka ilmu bermanfaat di dunia juga akhirat. Moga kalian mendapat kemanisan iman serta kehebatan hikmah yang tertanam di tanah kontang ini. Kalian juga jangan terlepas mendoakan ku. Hasanah duniawi hasanah ukhrawi. Itu doa termulia ku fikirkan.


Ohh ya! Hampir terlupa pula inginku berpesan agar sama-samalah kalian terusan mendokong PERMAYA. Itu persatuan kita. Itu sejuzuk dari perjuangan kita. Ahh, itu sudah di anggap keluarga antara kita. Dan ingat, itu sebuah amanah yang ditaklifkan kepada kita. Amanah. Bukannya jalan pintas untuk mencipta nama. Bukan juga pentas untuk operakan drama.


Aku berhenti setakat ini saja. Entri ini persis kata hati. Luahan terbuku yang minta dimengerti. Selagi langit dijunjung tinggi, dan hamparan bumi mengalas kaki, pasti suatu masa kita bersua lagi. Demikian janjiku seizin ilahi.