SILA SKROL KE BAWAH UNTUK ARTIKEL TERKINI

Maal Hijrah 1430

Sebuah Perjuangan


Maal Hijrah kemari lagi,
Bertukar sanah silih berganti,
Sebuah sirah semakin menjauh,
Pergi dan pergi,
Perjuangan langit bawaan Nabi.

Ingatkah kamu wahai manusia,
Perjuangan Nabi tauhidkan semesta,
Membawa agama kenalkan yang Esa,
Tanpa menagih benda dan harta,
Terus berjuang...Terus bersiaga,
Menentang musuh dari bertakhta.

Betapa perit likuan itu,
Penuh duri ranjau berbatu,
Tetap ditempuh tanpa bersendu,
Bersama sahabat sedia membantu,
Bersama pengikut setia bersatu,
Demi agama mereka berpadu,
Demi umat (kita) mereka beradu.

Mereka dikecam,
Mereka difitnah,
Mereka dicengkam,
Mereka cuba dimusnah,
Angkara kuffar si abdi Syaitan.

Namun Tuhan tetap bersama,
Tika berseorang...tika berdua,
InnalLaha ma'ana,
Lafaz masyhur diucap Baginda,
Buat penenang sahabat di gua.

Duhai kawan itu sejarah,
Bukan sebagai isi ceramah,
Bukan sekadar dibuat sambutan,
Mencari tokoh Maal Hijrah,
Dicipta pelbagai tema dan anugerah.

Perjuangan pula bagai dilupa,
Tauhidik jiwa sudah dialpa,
Iman dilempar merata-rata,
Bersepah tiada lagi berharga,
Bertuhankan harta,
Nafsu beraja,
Di fuad..Di jiwa..Dunia membuta.

Kembalilah insan kepada agama,
Pasti berbahgia di dunia juga di sana.
KEMBALI.

anTusufi,
30 Zulhijjah 1429H,
Bilik Pena, 10.30am.

Usia Cinta Bersatu; Album Cinta

Ku persembahkan ucap kasih buat semua. Kepada keluarga yang memahami dan saling berusaha bagi menyatukan 'cinta'. Kepada zaujati yang luhur menyerahkan makrifat 'cinta'. Kepada para tetamu yang hadir pada ketiga-tiga majlis yang diadakan bagi meraikan 'cinta'. Kepada kawan-kawan yang datang serta turut menjayakan majlis tersebut atas nama 'cinta'. Ayuh kita mufradkan 'cinta' itu, dan membawanya ke puncak langit, menghadap Pencipta segala 'cinta'.

"Terima kasih Tuhan. Hanya dengan cinta-Mu kami bertemu lalu bersatu. Maka, Engkau perteguhkanlah iman kami. Kuatkanlah kesabaran kami. Lembutkanlah jiwa kami. Lenturkanlah egois kami. Rahmatikanlah langkah hidup kami. Mawaddahkanlah hubungan kami. Berkatilah rezeki kami. Kurniakan buat kami zuriat yang mengenal-Mu. Dan tolonglah kami, selalulah bersama kami, dengarilah tangisan dambaan kami, pandanglah kami Ya Allah. Sesungguhnya telah kami sahut seruan-Mu Ya Tuhan. Ya, Engkau maha Mengetahui. Amin."
Sebelum ke rumah pengantin perempuan

Rombongan ke rumah pengantin perempuan













Hantaran dua pihak


Antara hadiah terkumpul yang dimenangi :)



















Debaran Ijab wal Qabul...Alhamdulillah, skali sentap saje :D

Bonda, zaujati, & ummi

Geng aLwatary




Si Iqbal kiut, permata my bro


Salam dihulur, ciuman dilabuh, kasih disadur, syukur dipohon

Persediaan
menyambut menantu

Abah & AbgMi














Westling kanak2, pengganti silat pulut :)











"Ya Tuhan, satukanlah kami dengan cinta-Mu"

Usia Cinta Bersatu; Ijab & Qabul

Selepas dibilang-bilang, dah hampir 2 minggu aku tak update blog ni. Tak berkesempatan sebenarnya. Hanya jenguk-jenguk je, hendak balas msg dari kawan-kawan pun tak dan. Maklum saja la kan, ehem-ehem. Korang pun faham kan, hehehe. Eh, jangan tersalah tafsir dah la ye ;)

Terima kasih la kepada sahabat-sahabat yang tergerak untuk bagi ucapan buat kami berdua. Melalui blog, sms, panggilan telefon, yang datang ke rumah semasa majlis aqad dan kenduri. Semuanya, jazakumulLahu khair aku ucapkan. Mudahan ucap dan doa kalian dipandang Tuhan. Dan semoga Dia membalas yang terbaik buat kalian, aku doakan.

Syukran jazilan li ikhwah tullab minal Yaman allazina yahdhuruna fi lailatil 'aqdi almubarokah. Malam itu rumah mertua aku gegak dengan suara korang je. Terharu jugak rasanya dengan kehadiran korang beramai-ramai tu. Ada yang datang dari luar Terengganu. Si
alories, kameraman yang aku undang istimewa dari KL datang tanpa banyak alasan walaupun masa tu dia sedang sibuk untuk persiapan balik beraya Adha di kampungnya, nun di Thailand sana. Pape pun, terima kasih, terima kasih, dan terima kasih aku ucapkan. Alories sekarang sedang siapkan album walimah yang dibikin khas untuk aku. Sekali lagi, terima kasih kawan.

Ok, kat bawah ni aku kongsikan klip video aqad yang my bro cut dari rakaman di sepanjang walimah. Sori, sistem audio dia sedikit bermasalah (pengantin tak pakai mikrofon, hehe). Lepas ini, akan menyusul gambar-gambar 'panas' sekitar majlis walimah ;)

Chow...



Aku taktau la kenapa video ni tak balance, tersilap converted gamaknya, huhu
Korang layan je la ekk, sorii :D


Ehem:
: TengQ to my bro yang jadik juruvideo selama dua hari satu malam:)
: iAllah bermula bulan satu nanti aku akan siarkan perkembangan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.
: Oh, nampaknya bermula minggu ini seluruh jentera pilihanraya berkampung di KT. Alangkah jem-nya jalan, huhuhu.