SILA SKROL KE BAWAH UNTUK ARTIKEL TERKINI

Pesanan Penaja...


Ehem:

: Pic di-copy dari blog SyifaArjuna tanpa izin :) Jangan marah ye Syifaa...

Edisi santai: Burung Murai...



Ehem:

: Si comel kena kacau...kiut sih ;)
: Diam..diam...diam....
: Erm...

FUTSAL

Paparan bergambar pada kali ini selain untuk tatapan pengunjung blog sepi bagai berhantu ini, adalah juga dikhaskan buat para pengunjung PERMAYA Online. Sebenarnya, berita rasmi mengenai perlawanan futsal ini ada tersiar di laman PERMAYA Online.


Penaja kami


Namun disebabkan kejahilan teknikal, aku tak dapat nak siarkan gambar-gambarnya di sana. Jadi, aku dengan 'kerisin' menjemput mereka ke sini. Menatap gambar-gambar tersebut dan juga mengembara di kamar gersang ini. Ahlan wa sahlan. "Haa, masuk2...buat la macam umah korang iyee....." :)


Pasukan KUDQI bergambar kenangan bersama
Exco LSK (kiri dari belakang)

Sebahagian dari team lepasan Yaman

Nampak tak asap?
Geng KUDQI main jampi2, hehe..































Ehem:


: Siapa tahu maknanya 'kerisin'?
: Klik di atas gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Lim Guan Eng; Impian Setinggi Langit


Dia kata, keperibadian Khalifah Umar Abdul Aziz adalah idola.

Kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz inspirasinya.

Seorang pemimpin berjiwa hamba.
Mengabdi diri untuk rakyat jelata.
Memikul amanah kebajikan mereka.
Demikian itulah hasrat jiwanya.
Hebatkan?
Kerana Islam bukan agamanya.
Apa pula kata kita?

"Ya Tuhan, lebarkanlah lembayung rahmat dan nikmat Mu itu"

Dari KL Bookfair 2008 ke Melaka

Minggu lepas, aku ditemani si Saiful terluang untuk ke KL Bookfair 2008. Sampai dari Terengganu subuh pagi Rabu, 09/4/'08. Terima kasih kepada Mad Tom dari Teguh Iman Resourses kerana sudi menumpangkan kami di aparment dia selama 3 hari 2 malam. Oh ya, thanx juga buat sorang member yang tolong belikan tiket bas Mara Liner ke KL. Tapi ingatkan dia nak belanja, huhuhu...

Banner yang tergantung di booth ini
menarik tumpuan

Gerai PTS di Dewan Tun Razak 2














Syukran akhi Faizal,
kerana menghadiahkan aku buku ini



Kalian masih ingat AllahYarham Panah Arjuna?
Ini antara karyanya di pameran KL Bookfair


Tiba-tiba lepas solat Jumaat di Kota Damansara, sedang duk syok2 menyantap makan tengah hari, rakanku dari Melaka telefon. Bersungguh benar pelawa aku dan Saiful ke Melaka. Puas diberi alasan, namun tetap diajak. Sebenarnya bukan taknak pergi, tapi nafsuku masih belum puas melepaskan kerinduan yang membuak terhadap KL Bookfair yang kali pertama aku mengunjunginya.

Akhirnya aku terpaksa akur. Layu terkulai juga termakan pujukan Bilal. Nama rakan dari Melaka tu Bilal. Siap menabur janji manis untuk support tiket kami ke Melaka lagi. Kelam-kabut jadual 'jalan2' kami berubah. Nawaitu untuk menghantar Mad Aming ke KLIA pada malam itu langsung terbatal. Kami hanya wida' dengan dia di rumah Mad Tom saja. Mad Aming akan bertolak ke Republik Yaman pada malam itu untuk menyelesaikan BA-nya yang tertunggak.

Jam lima petang itu sebelum ke mana2, aku dan Saiful terlebih dahulu singgah ke KL Bookfair 2008 buat kali penghabisan. Sempat juga mencapai tiga judul buku. Dan hati ini kembang berbunga tatkala salah satu dari buku tersebut dihadiahkan kepadaku oleh penulisnya sendiri. Thanx ya akhi Faizal :)

Lepas tu kami bergegas ke stesen bas Pudu. Terasa janggal naik komuter. Sekali terlajak, terpaksa u-turn balik...nasib dekat jerk, hehehe.

Bertolak ke Melaka jam lapan malam menaiki bas City Ekspres dan berenti di Plaza Tol Ayer Keroh jam sepuluh malam. Lepas 10 minit menunggu, Bilal datang menjemput kami dengan kereta Proton Wira yang dipinjam entah daripada siapa. Lepas tu pergi makan malam di restoran masakan laut, borak2, dan terus pulang ke rumah Bilal. Rehat & tidur.


Keesokkan harinya kami bersarapan di kedai roti canai 'kaow' milik abang Bilal. Sepagi lepak kat situ. Kemudian pusing2 Bandaraya Bersejarah itu. Sempat juga ke Muzium Samudera yang berbentuk sebuah kapal penjajah dulu2. Tapikan, gambar sempat diambil sekitar muzium kapal itu dan perkarangan Masjid Selat Melaka sahaja. Huh, masjid yang penuh sepi. Bagai Masjid Kristal yang tersergam indah di ceruk Bandaraya Warisan Pesisir Air, Kuala Terengganu.




Seiringan menuju ke Muzium Samudera

Dari kiri: Najib, Bilal, & Saiful

Senjata laksamana Melaka

Masjid Selat Melaka

Rumah tradisional Melaka.
Thanx akhi Bilal.

Ikat tali kasut...

Malam itu, selepas menunggu waiting-list tiket bas yang penuh. Akhirnya dapat juga aku dan Saiful pulang ke Terengganu dengan menaiki bas ekspres SKA. Ketika azan subuh pagi Ahad itu, kami selamat sampai. Syukur Alhamdulillah. Tamat.

Ehem:

: Untuk lihat gambar dengan lebih jelas, sila klik pada gambar berkenaan. TK.

CERPEN: Penderhaka Istana (sejarah yang terlupus)

“Takkan Melayu hilang di dunia!”

Seakan masih terngiang-ngiang kalimat keramat itu di cuping telinga hamba. Lendir mata masih dapat membayangkan saat Panglima Melaka, Datuk Laksamana Hang Tuah melaung-laungkan kalimat semangat itu beberapa kali. Ketika itu, Bang Tuah menjulang-julang keris pusakanya yang dikata orang mempunyai kuasa ajaib. Bersinar-sinar keris bogel tersebut tatkala dihunus ke dada langit. Sinarnya begitu menyilaukan.

Hamba memanggilnya dengan Bang Tuah sahaja. Walaupun usia hamba melebihinya setahun, namun hamba lebih mesra memanggilnya Bang Tuah. Hamba mula rapat dengannya semenjak hamba dilantik menjadi Ketua Khadam Muda di istana. Bermula saat itu, hamba diberi tempat tinggal di istana dan sering kali pula bersua muka dengan Bang Tuah. Putaran hari ke hari di istana, membuatkan kami menjadi kian rapat.

Jika ada masa terluang di malam hari, hamba tidak lepaskan peluang untuk mendalami ilmu mempertahankan diri daripada Bang Tuah. Dia pula amat pemurah dengan ilmunya. Diajarinya hamba bagaimana untuk menangkis serangan musuh dengan tangan kosong. Bagaimana membuat tepisan pukul balik dengan tangkas. Lipatan kunci. Pukulan maut. Gerak langkah. Bermain lembing dan keris. Pedang serta tongkat.

Bukan kekuatan fizikal sahaja, malah kejituan mental dan dalaman juga dapat hamba menuntut daripadanya. Kawasan lapang antara kebun pelbagai bunga dan kolam tempat persiaran Tuan Puteri DiRaja yang terletak di hujung laman istanalah yang menjadi tempat perguruan hamba dengan Bang Tuah.

“Pantang Melayu menderhaka kepada sultannya”.

Demikianlah yang acap kali Bang Tuah peringatkan kepada hamba untuk mengekalkan keharmonian serta keamanan negeri. Kata-kata itu hamba sudah anggap sebagai sumpah. Bagi hamba, ucapan yang terkeluar dari lisan orang-orang yang baik lagi jujur, katanya terlalu masin. Makanya, seandai Melayu menderhaka kepada sultan, pantang larang sudah mereka cemari. Suatu saat pasti, bala bencana akan dihadapi. Tiada lagi dapat dihindari. Pasti.

Teringat pula ajaran Kiyai Rowijoyo yang pernah hamba belajar ilmu agama dengannya di sebuah pasantren Selatan Pattani ketika usia hamba belasan tahun dahulu. Ujar Pak Kiyai, wajib hukumnya kita mentaati telunjuk arah sultan penakluk negeri selagimana tawajjuhnya tiada melanggar serta bertepatan pula ia dengan ajaran Tuhan dan juga Nabi utusan-Nya. Justeru, kata-kata Bang Tuah itu bukanlah satu kemurkaan.

Kerana itu Bang Tuah cukup meradang tatkala mendapat perkhabaran Panglima Jebat membuat onar di dalam negeri. Walaupun Bang Tuah kemudiannya tersedar bahawa nawaitu Jebat itu adalah begitu murni untuk membelanya dan menuntut keadilan serta membersihkan jagat sang pemerintah rakus. Namun bagi Bang Tuah, uslub dan cara Jebat menanganinya amat tersimpang. Tiada beradab. Jauh dari tatasusila seorang pendekar. Ya, prinsip pejuang telah pun Jebat cemari.

Tengok! Tidak semena-mena timbul sok-sek sok-sek di bibir rakyat jelata yang Jebat, saudara seperguruannya Laksamana Hang Tuah telah menderhaka kepada baginda sultan sendiri.

Zaman berlalu, musim berganti

“Jebat telah kembali!” “Kembali menderhaka!”

“Ya, Jebat baru. Jebat moden. Huh! Jebat hadhari”.

“Tetapi, hikayat menceritakan bahawa Jebat sebenarnya bukan menderhaka. Dia hanya menuntut keadilan. Mencari kebenaran. Membela maruah saudara. Bukankah Tuah telah dianiaya? Konspirasi jelek telah menggantungkannya ke tali hukuman?!”

“Benar, tapi..tapi itu dulu…”.

“…Ahh! Pedulikan itu semua. Hakikatnya sekarang, mereka telah menderhaka. Titah baginda sultan dah tak mereka endah. Mulut mereka celupar. Sudah tiada malu mengeluarkan kata-kata nista. Berucap yang kesat-kesat”.

“Penderhaka istana!!”

“Benar, mereka bukan mewarisi roh Jebat, tapi mereka khabarnya semacam sudah dirasuk”.

“Dirasuk Syaitan”. “Lebih tepatnya, dirasuk sifat mutakabbir…em, roh egois si Iblis itu!”

“Penderhaka istana!!”

Gempar rakyat gempar. Perbualan sebegitu kedengaran di mana-mana sekarang. Serata ceruk negeri. Di warung-warung ada yang membantah. Namun ditenggelami dek amarah mereka yang masih setia menjunjung titah di batu jemala.

Kali ini sejarah memang benar-benar terpahat. Pasti generasi akan datang dapat membaca kisah itu setelah membelek lipatan demi lipatan di dalam kitab sejarah. Dapatlah mereka lihat bahawa betapa kolotnya ketamadunan yang telah tercipta sehinggakan penguasa jajahan sanggup mencemar, langsung mencemuh titah baginda sultan seisi istana. Ohh, mungkin kehilangan kelibat Datuk Laksamana yang membuatkan mereka berani menderhaka? Barangkali.

Beberapa purnama selepas moyang hamba menamatkan perguruannya dengan Laksamana Hang Tuah, Tok Nyang terus meminta restu sultan Melaka untuk meninggalkan istana dan pergi mengembara mendalami lagi ilmu agama. Demi memartabatkan maruah suci agama Islam, Tok Nyang rela meninggalkan tugasnya di istana sebagai Ketua Khadam Muda itu. Mendalami ilmu untuk membela, itu nawaitu Tok Nyang tatkala meninggalkan negeri.

Oh ya, tika itu bayangan Datuk Laksamana Hang Tuah sudah lama tidak kelihatan di istana mahupun di desa-desa. Tidak seorang pun yang mengetahui akan ke manakah menghilangnya Datuk Laksamana. Setelah beberapa insiden yang berlaku, nampaknya Datuk Laksamana benar-benar membawa diri. Hatta baginda sultan sendiri pun kurang arif di manakah beliau berada.

Kata orang, Datuk Laksamana membawa hati ke Gunung Ledang. Mencari kembali cinta silamnya. Namun, itu adalah sangkaan semata. Tiada hujung pangkalnya. Tanpa usul dan periksanya.

Hamba katup sebentar kitab usang semacam buku catitan itu. Seusai solat Isyak hamba terus menyambung kembali bacaan hamba yang tertunggak sekejab tadi. Hamba kembali menghayati baris-baris kalimat di atas kertas kasar yang kekuningan itu. Kadang-kadang terbersin hamba akibat digeletek hidung oleh habuk-habuk yang berterbangan melepaskan diri dari kitab yang mengandungi tulisan tangan Tok Nyang. Ketika hayatnya, Tok Nyang masyhur dengan panggilan Habib Ahmed El-Zahra.

Di pertengahan kitabnya, Tok Nyang menceritakan bahawa sebelum beliau berangkat meninggalkan istana, ketika itu baginda sultan dalam kemurungan. Sebahagian rakyat dengan dikepalai oleh sekerat dua pembesar negeri telah bangkit menentang istana. Hampir saat itu juga baginda mahu ditimpa gering.

Ini semua berpunca dari pelantikan Laksamana Negeri yang baru menggantikan Datuk Laksamana Hang Tuah yang hilang entah ke mana. Dengan tiba-tiba pula langkahnya.

Mereka yang dianggap sebagai penderhaka istana oleh sebilangan besar rakyat jelata itu berkeras mahukan antara tiga saudara Laksamana Tuah yang masih tinggal dinobatkan sebagai pengganti beliau.

“Mati Jebat tertikam Tamingsari.

Tuah pula sepi menghilangkan diri.

Yang tinggal hanyalah tiga saudara se-janji.

Hang Lekir, Hang Lekiu, juga Hang Kasturi.

Tinggal di istana mengabdi diri.

Menjaga sultan dan serata pelusuk negeri.

Siap siaga menghadapi kemungkinan yang mari.

Pertahankan negeri dan juga agama yang dianuti.

Tak cukup badan, darah akan ditumpahi”.


Begitu sekali Tok Nyang bermain kata mengenangkan sahabatnya. Selain menjadi Ketua Khadam Muda, Tok Nyang juga merupakan tukang syair serta penglipur-lara istana. Khidmat Tok Nyang selalu digunakan setiap kali berlangsungnya keramaian dan adat-istiadat Melayu di istana.

Cerita Tok Nyang lagi, berminggu-minggu selepas pelantikan baru Panglima Negeri oleh pihak istana dengan perkenan restu daripada baginda sultan, keadaan masih lagi tidak aman. Namun, tidaklah sampai timbulnya huru-hara. Tetapi, bara pergolakkannya masih terus-terusan membahang hari demi hari.

Mereka yang menderhaka sanggup melemparkan kata-kata kurang molek kepada pihak istana. Mereka sebenarnya sudah sering kali bermuka-muka. Seakan mengiktiraf pula mereka akan sifat golongan Munafik yang jejek itu.

Pernah suatu hari semasa Tok Nyang baru menjadi orang istana, puak-puak yang kininya menderhaka itu mengadakan satu persidangan mengutuk tindakan Datuk Bendahara Negeri. Kononnya kata mereka, Datuk Bendahara Negeri telah mencemar mulia istana dengan menghantar watikah berupa hasutan kepada baginda sultan.

Sebenarnya kata Tok Nyang, watikah itu tidak lain hanyalah meminta sokongan dan tindakan daripada baginda sultan agar segera campur tangan terhadap segala penyelewengan dan penghianatan tersorok sebahagian pembesar negeri yang tidak lagi menjaga kebajikan rakyat jelata.

Mereka memunggah khazanah negeri untuk menjana kekayaan sendiri. Membiarkan kebajikan rakyat terusan terabai. Rakyat serata negeri hidup dalam serba kedhaifan. Pelbagai cukai hasil dikenakan kepada rakyat. Mana-mana rakyat yang bangkit membantah, akan dikenakan hukuman yang selayaknya untuk pengkhianat negeri sahaja.

Semua ini belum sampai ke pengetahuan baginda sultan dan sidang menteri di istana sehinggalah watikah berani daripada Datuk Bendahara itu tiba ke tangan baginda sultan sendiri.

Ternyata baginda sultan amat murka. Pihak yang sebelum ini diberi kepercayaan oleh istana untuk mentadbir negeri supaya rakyat hidup dalam keselamatan, aman, serta penuh kemakmuran, rupanya menjadi gunting dalam lipatan. Sedikit-sedikit merobek kepercayaan tanpa disedari sesiapa. Sehingga tatkala dibuka lipatan, semuanya sudah compang-comping di sana-sini. Huh!

“Merekalah sebenarnya pengkhianat negeri”.

“Pengkhianat bangsa dan agama”.

“Nah! Sekarang mahu menjadi pengkhianat istana pula”.

“Penderhaka istana! Penderhaka istana!!”

Lihatlah, apa yang mereka lakukan sekarang. Dahulu mencemuh-cemuh Datuk Bendahara yang kononnya menghina istana. Sekarang mereka pula yang berangkara. Membikin onar kepada negeri. Gara-gara mereka baginda sultan hampir-hampir ditimpa gering.

Semua sudah jelas. Semua sudah tahu. Penentangan mereka kepada istana tak lain tak bukan kerana tidak setuju dengan pelantikan baru Laksamana Negeri. Sebabnya? Ya, sebabnya pelantikan itu bukan di kalangan puak mereka. Susah mereka untuk meminta itu ini. Payah untuk mereka berterusan dengan agenda busuk mereka menggunting segala kemewahan negeri.

Padahal, mereka gamaknya tidak sedar bahawa orang yang mereka cadangkan dari tiga saudara Datuk Laksamana Hang Tuah yang masih tinggal di istana itu pun tidak sebulu dengan mereka. Bahkan, tiga saudara itu amat amanah dan taat kepada istana. Mana mungkin untuk mereka mengkhianati negeri sebagaimana puak yang tercalit sifat Munafik itu. Sangat tiada munasabahnya.

“Ahh! Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan…Alang-alang berkusut-masam, biar sampai menang”.

“Alang-alang melawan, biarlah sampai tidak terkilan. Tidak berputih mata”.

“Memanglah tiga saudara itu juga berpihak kepada istana. Tetapi kita tiada alasan lain lagi untuk melawan pihak istana. Hati rakyat jelata pun kita harus berkira-kira. Kita perlukan sokongan mereka”.

“Ya, kita sekarang bagai telur di hujung tanduk. Bila-bila masa saja boleh jatuh. Pecah berderai. Berkecai-kecai”.

Sampai di situ, hamba tak dapat lagi untuk membaca isi cerita Tok Nyang. Kertas kitabnya sudah teramat uzur. Biji mata sudah tidak dapat mengecam lagi kalimat-kalimat bertulisan jawi kuno itu. Hurufnya sudah terputus-putus. Kertasnya pula ada yang sudah terkoyak-koyak. Memang hamba tidak mampu lagi untuk menghabiskan bacaannya.

Terasa lara di dalam dada. Sepatutnya awal-awal lagi kitab buruk ini disalin semula tulisannya. Sejarah ini perlu diuarkan ke serata negeri. Sejarah ini tiada yang tahu. Sejarah ini macam sudah digelapkan. Sudah dilupuskan.

Siapakah yang berbicara di akhir cerita itu? Apakah agenda mereka? Apakah yang akan mereka lakukan untuk berjaya memikat hati rakyat seterusnya menghumbankan aib istana ke lembah hina? Bagaimanakah kesudahannya? Hmm, tiada siapa yang tahu. Hanya Tok Nyang. Ya, hanya Tok Nyang yang tahu. Sebab dialah yang menulis kitab ini.

Mukaddimah kitab usang ini Tok Nyang mulakan dengan serangkap ungkapan pujangga yang penuh semangat daripada saudaranya Bang Tuah, Laksamana Hang Jebat:

“Raja adil, raja disembah…Raja zalim, raja disanggah”.

“Daulat tuanku!”. Laung hatiku penuh patriotik.

Aku mengangkat sembah sambil memandang gambar Yang DiPertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan yang tergantung di dinding.


Ehem:

: Kepada pembaca cerpen ini; tinggalkan kritikan anda ya ;)
: Masih kosong...tolong la bagi kritikan ekk..kutukan pun boleh..plis dong, ku pohon daripada kalian

Edisi: Daulat Tuanku & MAMPAT


Daulat Tuanku!
Sekalian patik bersama tuanku
Dari sepelusuk jajahan Terengganu
Juga serata tanah Melayu
Menjunjung titah, sembah berpadu

Asal Al-Kitab tetap diseru
Kalam Utusan pula dipalu.

Daulat Tuanku!

Dianggarkan lebih 50,000 rakyat Terengganu menyambut
kepulangan Tuanku Sultan Mizan ke Terengganu


SEKITAR MAJLIS MAKAN MALAM MAMPAT, 07 April, 8 malam

Kira-kira 50 orang telah menghadiri Majlis makan Malam MAMPAT (Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu) di kediaman YM Tengku Seri Paduka Raja yang berhampiran dengan istana Duli Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin di Batu Burok, Kuala Terengganu.

Mereka yang hadir terdiri daripada 'orang kuat' MAMPAT, anggota alumni sekolah-sekolah yang bergiat dalam MAMPAT, wakil-wakil mahasiswa dalam & luar negara, dan para petugas MAMPAT.


Seorang daripada Exco Persatuan Pelajar Malaysia Yaman
juga turut hadir (paling kiri)


YM Tengku Seri Paduka Raja yang lebih mesra dengan panggilan Ku Duka dalam ucapan ringkasnya pada malam tersebut terlebih dahulu merakamkan kesyukuran dan kegembiraan beliau di atas prestasi MAMPAT sendiri yang telah berhasil meraih sokongan padu sekalian rakyat jelata untuk bersama-sama seiya-sekata di bawah naungan kuning baginda tuanku.

Beliau di dalam ucapannya juga sempat
berpesan kepada para hadirin agar terus kejabkan lagi gerakan NGO Terengganu dalam perjuangan membela nasib rakyat marhaen. MAMPAT juga katanya, perlu dijadikan sebagai landasan untuk kita memperjuangkan isu-isu semasa yang berkait dengan hak rakyat serta kemakmuran sejagat.

Selepas ucapan ringkas yang
penuh dengan pengharapan tersebut, kami dan semua hadirin dijemput untuk sama-sama menikmati juadah malam yang sudah tersedia. Nasi beriani, jus oren, puding berkuah, dan tembikai merah menjadi mangsa kami pada malam tersebut. Terima kasih kepada pihak penganjur. Terutamanya kepada tuan rumah, Ku Duka.

Sebahagian Kru aLwatary Geng'z
bergambar kenangan dengan YM Ku Duka (Ber-tshirt biru belang)


Ehem:

: Selepas ini, cerpen 'PENDERHAKA ISTANA' akan disiarkan...