Salam sejahtera buat semua.
Dah seminggu lebih aku tak hiraukan blog ni. Tiada masa terluang sebenarnya. Ataupun, aku yang saja buat-buat sibuk. Aku teringat tulisan BudakGemok dalam blognya, dia kata hanya orang sibuk sahaja yang memiliki waktu. Ya, mungkin aku belum tergolong di kalangan mereka yang sibuk. Sebab aku dapat rasakan yang aku belum mampu menjadualkan masa dan waktu yang saban hari dilalui.
Bahang kemenangan di Kuala terengganu masih dirasai. Kenduri kesyukuran ada di mana-mana. Orang yang menang pada PRK KT baru-baru ini akan terpikul satu lagi amanah di pundaknya. YB Hj. Wahid Endut adalah ADUN tradisi Wakaf Mempelam semenjak sekian lama. Sekarang sudah bergelar Ahli Parlimen KT pula. Itu satu amanah. Lebih berat. Lebih besar. Dan lebih rumit jika dibandingkan dengan tugas ADUN yang terpikul sebelum ini.
Aku doakan agar YB baru parlimenku ini dapat menjalankan tugas dan memikul amanah ini dengan sebaiknya. Moga-moga Allah yang mengurniakan kemenangan tersebut memudahkan jalan beliau melaksanakan amanah besar ini.
Selepas kemenangan, pada malam itu aku ada sms beberapa orang rakan. Antara lain sms ku itu berbunyi, "Semoga dengan kemenangan ini akan menggemakan pembelaan umat Palestin di ruang Parlimen Malaysia". Ya, begitu harapku. Kerana antara punca kemenangan Pakatan Rakyat yang diwakili PAS pada PRK KT baru-baru ini adalah bertitik-tolak dari semangat dan roh perjuangan rakyat Palestin di bumi Gaza.
Kemenangan sudah diraih. Tetapkan perjuangan dan tugas dakwah kita di persada masing-masing. Jangan terlekakan.

Dua hari lepas, aku ke Mydin Mall untuk mengambil cincin yang dipesan oleh seorang sahabat. Cincin pertunangan katanya. "Alhamdulillah," kataku dalam hati. Akhirnya temanku yang sorang ni dibukakan jalan juga untuk menyempurnakan separuh dari agamanya.
"Tahniah bro," ucapku terlebih dahulu.
"Tapi jangan tunangan lama-lama tau," sempat juga aku berpesan dalam senyuman. Pun begitu, pesanan aku itu serius bro. Lu jangan rasa gua main-main pula :)
Insyallah, minggu ini dia akan bertunang. Mahasiswi dari Al-Azhar khabarnya. Wah, mabruk ya akhi. Nanti di hari persandingan, jangan lupa jemput aku jadi pengapit korang ok.
Okaylah semua. Kita pakat-pakat doakan agar kawanku itu dipermudahkan Tuhan dalam membina masjid dalam waktu terdekat. Bahaya bro kalau dibiarkan lama-lama tanpa ijab dan qabul. Ingat tu bro, jangan buka jalan kepada Si Iblis merosakkan jalinan suci korang. Mudahan akan terbina keluarga pejuang nanti ya bro ;)
"Mabruk muqaddam daripada aku."
Ya, mungkin ini juga adalah sebuah kemenangan.
Dot.