SEKITAR MAJLIS MAKAN MALAM MAMPAT, 07 April, 8 malam
Kira-kira 50 orang telah menghadiri Majlis makan Malam MAMPAT (Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu) di kediaman YM Tengku Seri Paduka Raja yang berhampiran dengan istana Duli Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin di Batu Burok, Kuala Terengganu.
Mereka yang hadir terdiri daripada 'orang kuat' MAMPAT, anggota alumni sekolah-sekolah yang bergiat dalam MAMPAT, wakil-wakil mahasiswa dalam & luar negara, dan para petugas MAMPAT.

YM Tengku Seri Paduka Raja yang lebih mesra dengan panggilan Ku Duka dalam ucapan ringkasnya pada malam tersebut terlebih dahulu merakamkan kesyukuran dan kegembiraan beliau di atas prestasi MAMPAT sendiri yang telah berhasil meraih sokongan padu sekalian rakyat jelata untuk bersama-sama seiya-sekata di bawah naungan kuning baginda tuanku.
Beliau di dalam ucapannya juga sempat berpesan kepada para hadirin agar terus kejabkan lagi gerakan NGO Terengganu dalam perjuangan membela nasib rakyat marhaen. MAMPAT juga katanya, perlu dijadikan sebagai landasan untuk kita memperjuangkan isu-isu semasa yang berkait dengan hak rakyat serta kemakmuran sejagat.
Selepas ucapan ringkas yang penuh dengan pengharapan tersebut, kami dan semua hadirin dijemput untuk sama-sama menikmati juadah malam yang sudah tersedia. Nasi beriani, jus oren, puding berkuah, dan tembikai merah menjadi mangsa kami pada malam tersebut. Terima kasih kepada pihak penganjur. Terutamanya kepada tuan rumah, Ku Duka.
Ehem:
: Selepas ini, cerpen 'PENDERHAKA ISTANA' akan disiarkan...
Mereka yang hadir terdiri daripada 'orang kuat' MAMPAT, anggota alumni sekolah-sekolah yang bergiat dalam MAMPAT, wakil-wakil mahasiswa dalam & luar negara, dan para petugas MAMPAT.
YM Tengku Seri Paduka Raja yang lebih mesra dengan panggilan Ku Duka dalam ucapan ringkasnya pada malam tersebut terlebih dahulu merakamkan kesyukuran dan kegembiraan beliau di atas prestasi MAMPAT sendiri yang telah berhasil meraih sokongan padu sekalian rakyat jelata untuk bersama-sama seiya-sekata di bawah naungan kuning baginda tuanku.
Selepas ucapan ringkas yang penuh dengan pengharapan tersebut, kami dan semua hadirin dijemput untuk sama-sama menikmati juadah malam yang sudah tersedia. Nasi beriani, jus oren, puding berkuah, dan tembikai merah menjadi mangsa kami pada malam tersebut. Terima kasih kepada pihak penganjur. Terutamanya kepada tuan rumah, Ku Duka.
Ehem:
: Selepas ini, cerpen 'PENDERHAKA ISTANA' akan disiarkan...
2 comments:
salam,
mana an-Tusufi..nyorok lagi erk...cerpen nak disiarkan?wahhh..alhamdulilah...tahniah ye..tak sabar nak baca...amin, berjaya juga sahabat sepena ini...
salam..
huhu cik dihah..lama tak dgr kbr..pecite ko skarg?
em, tak nyorok pon..ada je bayang2 tu,hehe...tahniah? thanx la...sekadar cerpen di blog sepi nih...kasi kat mana2 penerbitan, diorg taknak siarkan, hikhik....
Ehem: tertunggu-tunggu novel cik dihah dr PTS...kat book fair tu ada tak? nak carik ni ;)
Post a Comment