Entri bergambar ini aku istimewakan buat dua orang kazen aku yang baru sahaja meraikan detik bahagia menempuh hari bersatunya 'cinta' bersama pasangan masing-masing. Kazen aku tu kedua-duanya perempuan. Aku tahu, mereka tak pernah sampai ke teratak ini. Namun, aku coretkan juga entri ini sebagai tanda ingatan saudaraku kepada mereka.
Kepada mereka, aku ucapkan selamat berbahagia. Jangan lupa setiap patah ucapan alias nasihat yang sama-sama kita dengar ketika khutbah disampaikan sebelum majlis aqad wal qabul bermula. Harus kalian ingat, majlis tersebut diiringi dengan tangisan demi tangisan oleh Iblis dan Syaitan laknatulLah. Jangan pula nanti hari-hari kalian lalui bisa mengembalikan semula keriangan makhluk terlaknat itu.
Di bawah ini aku tujukan bait puisi buat kalian. Sebenarnya dulu puisi tu aku sembahkan buat anak saudara ku yang bertemu 'cinta' dengan rakan ku sendiri.
PASANGAN PERTAMA
Sulaman Cinta
Terpandang kelibat beraut ceria
Wajah tersenyum menguntum bahagia
Berseri manja tanpa ungkap bicara
Gandingan amal menakhoda bahtera
Kecapi mufrad cinta Sang Esa.
Meski gembira...kelihatan suka
Naluri menerjah kalbu insani
Tetap tersentuh...melirik jeling
Kenangkan noda kapan terhenti.
Tanda syukur kalam bermadah
Agar korang kekal setia
Iringan hidayah Tuhan Penguasa
Tersulam doa penuh damba
Dari saudaramu hingga dunia sana.
– SeLamaT PeNganTin BaRu !! –
Terpandang kelibat beraut ceria
Wajah tersenyum menguntum bahagia
Berseri manja tanpa ungkap bicara
Gandingan amal menakhoda bahtera
Kecapi mufrad cinta Sang Esa.
Meski gembira...kelihatan suka
Naluri menerjah kalbu insani
Tetap tersentuh...melirik jeling
Kenangkan noda kapan terhenti.
Tanda syukur kalam bermadah
Agar korang kekal setia
Iringan hidayah Tuhan Penguasa
Tersulam doa penuh damba
Dari saudaramu hingga dunia sana.
– SeLamaT PeNganTin BaRu !! –
PASANGAN KEDUA
6 comments:
Cehh aku pernah berangan pengantin lelaki ku berjubah seperti tu....hehehe...
tp asal lam gambar tu nampak mcm tak kena jer....labuh sgt kot....suh dia jahit sndri la...org arab bdn tegap n sasa mmg la cantik pakai....dia kurus mcm kelako nampak...hikhikhik....
anyway selamat pengantin baru...hang bila lak nak nyusul?
Salam,
Sharifah kena kahwen dengan Syed juga yer? ada pantang larang ke kalau berkahwin bukan keturunan syed-sharifah ni?
AnTusufi, cantik blog baru ni yer,....Dihah tak pasan lah pulak,,,semenjak menganggur ni, banyak masa hang kat blog yer..lip lap lip lap blog ni...
cantik dan tertarik sekali! wahhhh...
Eh, ucapan selamat pengantin baru kepada Kazen ang...meski tak kenal, tapi tetap nak bagi ucapan, moga aura mereka cepat mengena diri ini...hihi...bila pulak
ang nak kawen?..
"Selamat Pengantin Baru"
Salam tahiyyat...
sis tinta
tinggi angan ang tu sis..nak kawen pak arab ka? hehe..
jom r kita p kedai foto amik gambr berdua..biar aku pakai camtu..belambak lambak jubah kat umah aku ni..hik hik hik
pssstt sis, arab yaman tak la sasa mana...tegap ala-ala aku jerk :D
cik dihah
soklan ang sensatif tu..aku nak jawab pon serba salah,hehe...
pantang larang tu ada la jugak kut..tapi takla salah. Cuma kalo sharifh yg kawen bkn syed, keturunan 'tok syed' anak dia nanti automatik terputus la...tapi kalo syed kaweb bkn sharifah, tak putus coz nasab ni kembali kepada si bapak...sbg contoh: kalo aku kawen nge ang, anak ang nanti leh letak syed la, hehehe (contoh je tau - nanti mengamuk lak org umah aku tu)
ang ni kalo nak puji pon agak2 la..mane ada lip lap lip lap blog ni :P
Ehem: aku dah kawen la geng, kalut sebuk, lupa nak jemput korang..nanti ar aku posting pic kat blog ni ekk :D
owh, lah,,,ye ker...hihihi..ang dah kawen erk..ape pasal tak jemput orang melaka kat sini...sampai ati ang..
sob sob..sedih den! nak gak hantar dapur mainan ke, peti ais mainan ke kat ang,..orang umah ang orang mana? ape pasal
tak g tahu......eh, ngan sharifah gaks ker?
eh...ang ni wat lawak ke ? huhuhu
ehehh...
aku melawak je la cik Dihah..tp dah tak lama dah kut..dah ontheway...dah sampai diambangnya :)
Ehem: hati bergundah gulana..tercari cari bayangan seseorg yg pergi entah ke mana
Post a Comment