"Haa, satu dekad?"
"Ajak kaum kerabat menjamu selera. Tanda kesyukuran la lebih kurang."
"Baru ni persatuan pelajar dah buat sambutan satu dekad mereka, ni geng Watary lak nak buat. Wah! Main angin dengan persatuan nampak, ehehehe."
"Takde la..kebetulan kan. Lagipon dah lama tak ajak kawan2 makan kat umah."

Tup. Tup. Tup. Dah sepuluh tahun rupanya rumah Watary didiami oleh para student dari Malaysia. Tak terperasan lak aku. Separuh dari waktu tu akulah yang menghuninya bersama beberapa teman lagi. Sekarang generasi baru yang mengambil alih. Sampai bila? Masa itu tetap dalam perkiraan Tuhan. Aku tak tau. Kami memperjuangkan semangat kerjasama. Kemuafakatan ukhuwwah. Tiada umpat cela di belakang. Berbaik bicara. Dan yang penting, simple.
Oh ya! Usah menghukum pada yang sekilas di mata. Jangan mengherdik pada yang sepintas di pandang. Dekati dan amati, baru la dapat memahami. Ingat pesan ini selalu.
Ha, kat atas tu perbualan aku dengan si alories di YM. Dia salah seorang 'penunggu' rumah Watary dan akan pulang ke Malaysia bila2 masa saja dari sekarang. Katanya, diorang nak bakar ayam. Aku pesan la kat dia agar buat entri N amik gambar skit mase tu. Kat bawah ni aku siarkan entri dan gambar2 mase sambutan satu dekad Watary yang di-copy dari blog alories.
..........................................................................................
Dipetik dari alories blog (tanpa sebarang pengeditan)


1 dekad terlah berlalu untuk umur Al-watary bait…walaupun aku hanya 2tahun menetap di teratak AL-watary nie…macam-macam kenangan yang terpahat disini...malam nie diadakan majlis makan-makan.....tak lama lagi aku mau pulang ke tanah air tumpah tanah tercinta...entah bila pula dapat kembali ke tanah yang penuh hikmah Yemen nie...genarasi demi genarasi telah meningkalkan tanah penuh hikmah Yemen nie....sedih dan gementar pun ada nak pulang tanah air tercinta Malaysia ku....sedeh nak tinggalkan kawan-kawan seperjuangan disini....



generasi terdahulu rumah Al-watary ni berbaki tiga orang jew lagi...tapi dah ada genarasi-genarasi terbaru nak join rumah nie...dekat atas nie adalah sedikit gambar-gambar majlis makan malam 1dekad Al-watary bait...Cuma menjamu tetamu dengan ayam bakar..nasi putih berkuahkan sambal CHIANG RAI...hehehe....terima kasih kepada yang terut terlibat dalam menjayakan majlis nie..walaupun santai..kita orang tetap HAPPY dengan kehadiran tetamu...
Ehem:
: Usia Blog aLwatary baru satu tahun :)
: Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas
: Rinduu sih kat korangg :)