Esok minyak naik.
Semua rakyat tahu. Semua orang sudah maklum. Berpusu-pusu mereka berkejar ke stesen minyak. Tak kira golongan marhaen, mahupun puak-puak berada. Barangkali nanti, ada yang meneruskan hidup dengan perut terikat. Atau mungkin saja ada yang berpuasa terusan tanpa futur.
Sekejab tadi pembaca berita berkata, harga petrol dan diesel HANYA naik beberapa sen.
Mereka pandai bermain kata, menurut telunjuk sang penguasa. Mengangguk dan menggeleng pabila disua telunjuk kuasa.
Tak perlu diulas. Kat bawah nie aku paste-kan kenyataan akhbar dua kepala negara.
Dipetik dari Utusan Online, kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lalu:
Najib nafi petrol naik Ahad ini
PUTRAJAYA 30 Mei - Kerajaan menolak khabar angin yang tersebar luas kononnya harga petrol akan dinaikkan sebanyak 40 sen bermula Ahad ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia merupakan khabar angin dan tidak boleh dipercayai.
''Perbincangan semua perkara berhubung penstrukturan semula subsidi berikutan krisis harga minyak akan dibincang pada mesyuarat Kabinet Rabu depan.
''Cakap-cakap banyak dan kita tak boleh pakai berdasarkan apa yang kita dengar di hujung telinga. Hari ini tidak ada bincang soal minyak (dalam mesyuarat Kabinet) sebab kita menangguhkannya,'' kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Najib berkata, perbincangan mengenai isu subsidi minyak hari ini terpaksa ditangguhkan kerana menteri yang sepatutnya membentangkan kertas cadangan mengenainya tidak hadir.
''Ada juga (menteri) yang minta tangguh sebab hendak kemukakan kertas cadangan mengenai subsidi minyak masak... itu yang kita terpaksa menangguhkannya," katanya.
"Kita juga mahu menegakkan prinsip kesaksamaan dan keadilan dalam pembahagian subsidi supaya mereka yang benar-benar layak mendapat subsidi sementara yang ada kemampuan haruslah membayar lebih menghampiri harga pasaran," katanya.
Najib menambah, jika Jemaah Menteri memutuskan beberapa keputusan segera berhubung isu minyak perlu dilaksanakan, maka pengumuman mengenainya akan dibuat.
Kelmarin, Jawatankuasa Menangani Inflasi yang dipengerusikan oleh Najib bercadang mewajibkan kenderaan asing yang ingin mengisi petrol dan diesel di negara ini membayar pada harga pasaran.
Jawatankuasa itu turut mencadangkan larangan menjual petrol dan diesel kepada kenderaan asing membabitkan semua stesen minyak yang terletak dalam lingkungan 30 hingga 50 kilometer di sempadan Malaysia-Thailand membabitkan Perlis, Kedah, utara Perak dan Kelantan serta membabitkan beberapa daerah di Johor termasuk di Kulai dan Johor Bahru.
Pada masa ini harga pasaran petrol ialah RM4 seliter manakala harga subsidi yang dijual di negara ini ialah RM1.92 seliter.
Ini pula kenyataan rasmi daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada hari ini (Rabu):
Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini
PUTRAJAYA 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.
Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.
Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.
Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada p
emilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.
Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan. - Utusan.
Ini pula ada sedikit pesanan penaja:
So, kepada pelawat-pelawat yang ingin berkunjung ke rumah aLwatary, berjimat-jimatlah yer...
Kesian kat diorang tu :)
Ehem:
: Harga minyak naik pada hari Khamis, bukan Ahad. Benar juga ya kata-kata TPM kita.
0 comments:
Post a Comment