Alhamdulillah, barangkali seandainya korang terlihat gambar di atas ini korang dapat agak apa yang sebenarnya telah berlaku. Ya, Tuhan maha berkehendak. Disatukan-Nya dua hati, dua jiwa, dua naluri, dan dua jasad, di dalam satu cinta. Semoga ia terpandu untuk mengecap hilwah mufrad cinta-Nya yang teragung.
Insyallah aku akan meraikannya bersama kalian. Justeru, aku persilakan kepada sahabat-sahabat mahupun para blogger yang mengenali diri ini untuk datang ke walimah seadanya yang akan dilangsungkan pada 4 Disember 2008 ini. Ataupun, kepada yang tak sempat, boleh juga datang pada 6 Disember 2008 ini. Aku amat berbesar hati dengan kehadiran sahabat sekalian. Doakan kami dengan kebaikkan dan juga dilimpahi dengan kerahmatan di dunia serta di akhirat sana.
Di bawah ini aku saja ingin kongsikan beberapa bait pantun 'ntah pape' yang aku cipta :D
Intai penawar pengubat lara,
Luahkan segala luka tersirat,
Juga mendamba kasih si bonda.
Melangkah dia serata desa,
Nawaitu utama fokus di dada,
Bilakan bertemu bertentang mata,
Pandang tak jemu, molek berbahasa,
Sabar dibaja, berakhlak mulia,
Manis berupa, agama dijaga.
Kepada bonda lalu menghadap,
Khabarkan dia impian dicita,
Langsung diikat tanda beradab,
Tertaut cincin bertatah permata.
Pucuk dicari ulam mendatang,
Menjadi santapan si raja muda,
Manisnya jemari kala terpandang,
Cincin bertatah sarungan mertua.
Purnama mengambang silih berganti,
Hampir setahun beronak duri,

Dua cinta akan terpatri.
Terpatri janji tambatan hati,
Menapak usia penuh mawaddah,
Seiring menggapai mardha Ilahi,
Rahmat dipinta barakah ditadah.
Agungnya ciptaan teruna dara,
Hidup bahgia di raudhah Syurga,
Terpisah angkara si penderhaka durjana,
Musuh semesta ke hujung dunia.
Senyum nak dara di balik purdah,
Melafaz syukur berseli sendu,
Ijab dan qabul sebagai penyudah,
Mengikat usia kasih bersatu.
Menjunjung kasih persembahkan bonda,
Jasa sayangmu sebesar semesta,
Agung cintamu selautan samudera,
Tidakkan ternilai uang berjuta.
Kasih bersatu cinta terpatri,
Menjunjung amanah melangit tinggi,
Wahai Tuan pencinta abadi,
Restukan kami hingga ke Firdausi.
Kepada kalian juga dipohon,
Doakan kami dipanjangkan jodoh,
Hidup bahagia senyum sokmo,
Junjungan termulya dijadi contoh.
Zulkaedah 1429H / November 2008M
Ehem:
: Syukran awi buat Bro BudakGemok yang sudi men-design-kan 2 gambar di atas :)
: Turut diundang, semua teman dari Yemenie Blogger'z, ar-rushd, syifaarjuna, tintahati, ukhti27, dihah, MF kencana, zainikosnin, & serunaifakir
8 comments:
Bismillah.
Salam...
Bahagianyer... Moga dimudahkan urusan dan kekal ke anak cucu. Amin...
Sorry nyibuk. Hehe...
Malu ai...
Teruna Dara Manis Bersimpuh,
Bersama Cinta ke alam bayu,
Hati turut sama tersentuh,
Khas untukmu, 'Ucapan Selamat Pengantin Baru'.
Khas buat kedua bakal mempelai,
semoga bahagia ke anak cucu
kekal hingga ke akhir hayat.
Moga kita masih menjadi teman blogger dan sahabat baik bagi merealisasikan
usia kita terus dengan cita-cita.
Sis doakan kamu sentiasa gembira dan setiap yang di impikan akan tercapai bersama bakal isteri, InsyaAllah.
Mari Raikan Cinta,
Ikhlas,
Akak,
Sis Mardihah.
assalamualaikum...
alahai.. mabruk muqaddam ya akhi.. ni tercabar ni.. hehe.. Pepun, moga Allah sirami kalian dengan rahmatNya.. Moga di kurniakan rezeki yang mencurah2.. anak2 yang soleh-solehah.. mukmin- mukminah.. dan seterusnya menyambung rantaian perjuangan yang kita hadapi ini.. Tahniah..!
Salam bro,
Tahniah. Ntah yang ke berapa kali tahniah. Seperti yg bro sedia maklum keadaan daku di sini. Kenungkinan besar tak dapat pi...maaf bro.. cuma dr jauh kupohon doa moga bro bahgia dunia akhirat. ameen. nnt aku balik ganu aku pi ziarah la hangpa berdua itu pun kalo ada kesempatan...
Salam ziarah kembali,
Pohon selasih pohon angsana
angin menderu tepian pasir
dari Jawa lalu ke Bandung
Kalau kasih tidak kemana
di langit biru sudah terukir
Allah jua Maha Melindung.
Puitis sungguh puisimu ya akhi....
BismiLlah wal HamduliLlah wa laa haula wa laa quwwata illaa biLlahil `aliyil `adzhim...
As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh...
ALLAHu Akbar wa liLlahil Hamd...!
Al HamduliLlah kerna telah menyempurnakan sunnah Baginda ShalALLAHu`alaihiwasalam yang satu ini di dalam bulan dan pada hari yang mubarakah.
Semoga pintu kemaafan dibukakan seluas-luas nya kepada hamba kerna tidak dapat menghadirkan diri, hanya doa sebagai pengganti...
BaarokALLAHulak wa Baaroka `alaiika wa Jama`a Baiinakumaa fii Khoiirr...
Semoga pernikahan dilimpahi keberkahan, semoga kekal dan menjadi gerbang RahmatNYA ALLAH Subhana wa Ta`ala yang tidak pernah terputus dalam hari-hari antum,
semoga dilimpahi keturunan shalihin shalihat yang menjadi kebanggaan antum berdua di dunia dan di akhirat. Amiin ALLAHumma amiin.
BarakALLAHu fikum wALLAHu a`lam bisawab.
Salam Dunia...
Nurul
Syukran atas kiriman doa saudari. Sibukkanlah diri anda dlm perkara kebaikkan, itu saham dunia sana :)
mardihah
Dari kL ke Kota Melaka,
Singgah sebentar di Masjid Tanah,
Bermadah doa meraikan cinta,
Thnx ku ucap buat sis Mardihah :)
Ehem: present dr Masjid Tanah lom sampai2 lagi ni, hehehek
Arjuna
Syukran awi atas doanya :)
Hang bila lagi? Nak org Pantai Timur aku leh tlg rekemen-kan, hehehe
tintahati
Takpe sis, ruang utk tahniah n doa masih terbuka luas:)
Aku paham sgt dah keadaan ang tu, aku doakan ang senyum sokmo..
Nanti ang kene gak mai sini, taknak dgr alasan 'takde kesempatan' :P
Rai
Akak Rai, thnx kemari..n thnx pantun doa itu. Pantun nam rangkap, sedikit teruja :)
Emm, Salam perkenalan drpd anTusufi
Wan Penang
Puitis? Hakhakhakhak...semoga begitu aku doakan.
Anda pengunjung baru kan? Selamat datang aku ucapkan..
Ukhti
Semoga Tuhan perkenankan doa daripada semua yang tulus fuad-nya...thnx sis :)
Post a Comment