Sempat ke kalau aku nak ucap selamat hari ibu? Takpe la kalau dah terlewat pun. Sebenarnya entri ini sempena ulang tahun hari kelahiran. Itulah hari ibu. Malah, setiap hari yang berlalu merupakan hari ibu. Kenapa? Kerana dia adalah seorang teristimewa yang bergelar IBU.
Di bawah ini aku abadikan sebuah puisi yang bertajuk 'Puisi Buat Bonda'. Lepas tu satu klip video aku kongsikan dengan korang. Klip video tu mungkin dah biase korang tengok. Tapi kelainan dia sebab ada Malay subtittle. Kawan aku dari geng Mukjizatsaintifik yang terjemahkan. Ok, semoga terhibur ;)
Terdetik di hati ingin bersua
Menatap wajah nan bersih mulia
Yang kian tua dimamah usia.
Di balik kedut wajah itu
Tertanam 1001 kisah hidup
Gembira..sedih..suka dan pilu.
Ranjau dunia tabah diharungi
Anak dididik serta disayangi
Kasih disemai setulus hati.
Engkaulah bergelar isteri sejati
Pengorbananmu selayak ibu mithali
Walau tanpa suami di sisi
Insan agung bertakhta di hati
Yang telah lama pergi
Menyahut seruan dari Ilahi.
Setinggi penghargaan buatmu ibu
Mengasuh diriku tak pernah jemu
Mencurah kepadaku selautan ilmu
Mengenalkan daku Tuhan yang satu.
Di akhir tari pena aku memohon
Mudahan engkau dirahmati Tuhan
Ampunkan segala dosa dan keterlanjuran
Kesedihanmu yang pernah ku lakukan
Kemarahanmu yang pernah aku undang.
Aku sedar...
Hanya dengan redhamu
Akanku kecapi anugerah Tuhan.
Belaskah dada kita ketika waktu senja mereka?..."
1 comments:
so sayangilah umi kite... sebagaimana beliau sayang kat kite,aci bulih lebih dari tu lagi... hikhik
Post a Comment