Kekalahan demi kekalahan,
Kepincangan demi kepincangan,
Perbalahan demi perbalahan,
Perebutan demi perebutan,
Malu dan amat mengaibkan.
Dub-dap jantung mengah berlari,
Senario di hadap semakin runcing,
Dia gusar,
Kalut dia kalut,
Dia tidak akan berputih mata,
Menyerah kalah begitu sahaja,
TIDAK! Bentak dia.
Oh ya, dia seorang 'datuk',
Datuk kematian nenek mungkin,
Datuk yang maha kuasa,
Kuasa yang diadun seenak rasa,
Sesuka hati,
Sepuas nafsu,
Sebati,
Maha rakus,
Dan maha liar.
Orang berkata perihal kuasanya,
Seluruh jajahan maklum sudah,
Datuk kini berubah wajah,
Semakin buas,
Kian menggila,
Jangan seorang pun cuba membantah,
Nescaya buruklah padah,
Dimakan tulah,
Ditelan serapah,
Binasa disumpah.
Ini benar bukan cereka,
Ada yang sudah jadi sesumpah,
Bersalin kulit, warna pula berubah-ubah,
Nun di ceruk kota menjadi katak,
Melompat-lompat bagai si anak,
Di kota juga ada berlaku,
Disumpah menjadi pendurhaka tuanku,
Hatta raja pun sudah beradu lena,
Mungkin tertelan ubat guna-guna,
Yang dibawa oleh inang istana,
Dicampur ke dalam santapan baginda.
Kini datuk kian berkuasa,
Ya, maha kuasa,
Apa dikata akan diiya,
Segala dicita akan dicipta,
Akan dipasti menjadi nyata,
Dengan apa cara,
Dengan segenap kuasa,
"Kun fayakun,"
Kata orang, itulah falsafah datuk,
"Sesat,"
Kata orang lagi.
Inilah hikayat datuk Bijan,
Termaktub dalam kutub persilatan,
Kisah masyhur dijadi tauladan,
Angkara khianat kepada sultan,
Berlaku zalim rakyat jajahan,
Juga menderhaka perintah Tuhan,
Di akhir hayat terima pembalasan.
Mangkat dia tanpa bernisan,
Ditimpa penyakit tiada ketahuan,
Berbintik badan bernanah hitam,
Berbau hanyir kepahit-pahitan,
Tinggal sendirian di mahligai kekuasaan,
Semua pendamping telah menghilang,
Membolot harta, merampas takhta tanpa ihsan.
Akhirnya bertandang gerombolan malaikat,
Bengis muka, berwajah penglaknat,
Merentap nyawa pulang ke Tuhan,
Tertutup sudah pintu taubat.
Pernahkah kalian terbaca akan hikayat maha mual-tragis ini?
antusufi
080209 / 13 Safar 1430
10.30 pagi
Kepincangan demi kepincangan,
Perbalahan demi perbalahan,
Perebutan demi perebutan,
Malu dan amat mengaibkan.
Dub-dap jantung mengah berlari,
Senario di hadap semakin runcing,
Dia gusar,
Kalut dia kalut,
Dia tidak akan berputih mata,
Menyerah kalah begitu sahaja,
TIDAK! Bentak dia.
Oh ya, dia seorang 'datuk',
Datuk kematian nenek mungkin,
Datuk yang maha kuasa,
Kuasa yang diadun seenak rasa,
Sesuka hati,
Sepuas nafsu,
Sebati,
Maha rakus,
Dan maha liar.
Orang berkata perihal kuasanya,
Seluruh jajahan maklum sudah,
Datuk kini berubah wajah,
Semakin buas,
Kian menggila,
Jangan seorang pun cuba membantah,
Nescaya buruklah padah,
Dimakan tulah,
Ditelan serapah,
Binasa disumpah.
Ini benar bukan cereka,
Ada yang sudah jadi sesumpah,
Bersalin kulit, warna pula berubah-ubah,
Nun di ceruk kota menjadi katak,
Melompat-lompat bagai si anak,
Di kota juga ada berlaku,
Disumpah menjadi pendurhaka tuanku,
Hatta raja pun sudah beradu lena,
Mungkin tertelan ubat guna-guna,
Yang dibawa oleh inang istana,
Dicampur ke dalam santapan baginda.
Kini datuk kian berkuasa,
Ya, maha kuasa,
Apa dikata akan diiya,
Segala dicita akan dicipta,
Akan dipasti menjadi nyata,
Dengan apa cara,
Dengan segenap kuasa,
"Kun fayakun,"
Kata orang, itulah falsafah datuk,
"Sesat,"
Kata orang lagi.
Inilah hikayat datuk Bijan,
Termaktub dalam kutub persilatan,
Kisah masyhur dijadi tauladan,
Angkara khianat kepada sultan,
Berlaku zalim rakyat jajahan,
Juga menderhaka perintah Tuhan,
Di akhir hayat terima pembalasan.
Mangkat dia tanpa bernisan,
Ditimpa penyakit tiada ketahuan,
Berbintik badan bernanah hitam,
Berbau hanyir kepahit-pahitan,
Tinggal sendirian di mahligai kekuasaan,
Semua pendamping telah menghilang,
Membolot harta, merampas takhta tanpa ihsan.
Akhirnya bertandang gerombolan malaikat,
Bengis muka, berwajah penglaknat,
Merentap nyawa pulang ke Tuhan,
Tertutup sudah pintu taubat.
Pernahkah kalian terbaca akan hikayat maha mual-tragis ini?
antusufi
080209 / 13 Safar 1430
10.30 pagi
0 comments:
Post a Comment