Salam blogger.

Entri kali ini aku berkenan untuk menyentuh ringkas mengenai hari kelmarin. Kenapa dengan hari kelmarin?
Kelmarin adalah hari Sabtu. Hari kelmarin bertarikh 14 Februari 2009. Kalian tahu apa yang ada pada hari kelmarin? Ya, rasanya ramai yang mengetahuinya. 14hb Februari adalah Hari Kekasih ataupun yang lebih 'majunya' disebut Valentine Day yang disambut saban tahun oleh masyarakat dunia.

Ini yang aku nak leterkan. Pagi kelmarin, kira-kira jam lapan pagi aku on-kan tv untuk menonton sementara menunggu sarapan siap dihidangkan oleh isteri tercinta. Rancangan keudara ala-ala Selamat Pagi Malaysia gitu. Atas sebab-sebab tertentu, aku tidak mahu sebutlah cenel apa yang aku tengok.
Dua pengacara rancangan sedang rancak bersembang mengenai topik pagi itu. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Antara yang disebutnya ialah mengenai Hari Kekasih inilah. Sekadar pesanan, mereka berdua mengucapkan selamat buat sesiapa yang menyambut Hari Kekasih. Mereka juga sempat berpesan kepada muda-mudi khususnya yang beragama Islam agar menjaga tatasusila serta adab sopan mereka dalam menyambut hari tersebut. Jangan sampai ada yang berbuat apa-apa yang tidak sepatutnya.
Sekali dengar, memang kata-kata pengacara itu amat murni sekali kan? Tetapi jika diperhalusi, sang pengacara yang petah bermadah itu mungkin sudah tersilap bicara. Agaknya dalam tidak sedar dia telah tersalah kata. Memang pesanan itu suatu yang baik, namun kenapa dia seolah-olah membenarkan pula sambutan Hari Kekasih oleh penganut Islam? Senang kata macam ni lah: "Tak apa nak sambut pun, tapi jagalah tingkah laku tu, jangan buat menda tak elok."
Dengan berkata demikian, sang pengacara yang kata-katanya itu tersiar ke seluruh negara memberi tanggapan kepada golongan remaja Islam bahawa tiada salahnya menyambut Hari Kekasih, asalkan dijaga tingkah dan laku. Sedangkan sudah berbuih mulut para alim ulama di seluruh dunia menegah umat Islam tidak kira tua atau muda untuk menyambutnya. Kerana perayaan itu merupakan satu bentuk penghinaan terhadap agama Islam yang kita anuti. Harap kalian faham apa yang ingin ku sampaikan ini.
Jadi, kepada 'orang tv' terutamanya yang muncul di depan skrin aku berpesan, kalian harus berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada dengan setiap patah ucapan yang keluar dari mulut kalian. Kerana kata-kata kalian sangat diguna-pakai oleh para penonton khasnya muda-mudi dan kanak-kanak. Tolong jadikan medium siar-raya kalian itu sebagai alat bantu kepada penonton untuk memahami Islam yang sebenar.
Itu tugas kalian sebagai 'orang tv' dalam menyedarkan masyarakat di tika rancangan-rancangan tv pada hari ini penuh dengan dosa-dosa yang berterusan melekakan para penonton. Jika agenda tv negara kita masih dan terus dengan kelam-kelibut yang tidak mengenal agama, apa akan jadi dengan generasi kita kini dan akan datang?
Lu pikir la sendiri...!
EHEM:
: Sedang aku menaip entri ini, ada sms iklan langganan lagu sempena Hari Kekasih sampai ke inbox hp aku. Duhai malangnya ummah. Dot.
0 comments:
Post a Comment